part°18

36 7 19
                                    

ps: story namjoon ni hanya rekaan semata, tiada kena mengena dengan sejarah korea atau mana-mana negara. jangan percaya pula, ini hanya untuk menggempakkan cerita, maaf sekiranya terdapat kekurangan, aque pesan awai-awai takut ada yang terpengaruh pula,


pada zaman sebelum merdekanya negara korea•
kim namjoon merupakan anak panglima istana yang cukup hebat mengendalikan senjata seperti pedang, pisau dan sebagainya.

dia sedang mengasah pedangnya sehingga tajam di belakang istana tempatnya tentera lain berehat,

"aku akan asah kau sampai cantik, huhu"-namjoon gumam sendiri sambil tersenyum melihat pedangnya yang panjang dan cukup tajam itu.

tak lama itu, suasana istana menjadi kecoh dan tidak terkawal, ramai orang berlari ketakutan dan mencari tempat berlindung.

namjoon mula berkerut dahi,

"apa yang da berlaku?"-tanya dia sendiri, semerta dia berdiri daripada duduknya, 

seseorang melangkah laju ke arahnya, iaitu ayahnya merupakan ketua panglima di situ, namjoon pula timbalan ketua panglima,

"istana akan di serang dengan tentera pemberontak dari kerajaan lain, kita kena halangnya,"-kata panglima kim dengan seriusnya, pantas dia mengambil beberapa senjata dan perisai untuk melawan musuh.

di ikuti namjoon dan tentera lain bersiap sedia, mengambil pelbagai kelengkapan senjata dan lain-lain,

"kita pasti akan menang"

^^

manwol melangkah sambil melihat sekeliling kawasan istana, terdapat tentera kerajaan ini sedang berkumpul di hadapan istana dan adanya tentera perberontak di hadapan mereka, hm seakan kedua pihak sedang berkata sesuatu,

"heh nak perang, perang jela. ni nak bincang apa lagi, heh"-manwol tersenyum sinis, dia dapat merasakan banyak nyawa yang akan dia tarik hari ni,

lahai zaman ni manwol kerja seorang, dia la hotelier dia la bos dan dia la malaikat maut. so.. ni tugas dia la.

dengan pakaian hanbok hitamnya, dia terjengket melihat balik pagar istana yang tinggi itu, huhu

"lain kali aku kena bawa tangga la lahai"-manwol mengeluh sendiri, mahu saja dia mengamuk di situ.

semerta dia terlihat seorang pahlawan yang tinggi lampai dan memengang pedang dan terdapat beberapa bilah pisau bersaiz kecil dan tajam diikat di kakinya, pantas membuatkan manwol tersenyum senget.

"kau nampak menarik bagi aku, dari dulu aku perhati kau, siapa agaknya kau"-tanya manwol sendiri, punya perasaan terhadap laki itu? jangan mimpi la.

"Huh yang aku pasti, lelaki itu tak akan mati harini"

^^

namjoon menggengam pedangnya erat, takut? tidak la pahlawan mana boleh takut. lagipon ni bukan kali pertama dia terlibat dalam peperangan.

"apa kau mahu daripada kami sehingga mahu berberontak sebegini!"-tanya panglima kim dengan penuh amarahnya, mahu pastikan dulu,

"kami mahu menuntut bela atas kematian putera raja kami! raja kamu bertindak secara tidak waras, biar kami bunuh dia!"-kata ketua panglima tentera pemberontak itu dengan penuh dendam, 

ia kerana sebelum ni raja kerajaan ini telah menjatuhkan hukuman pada putera raja mereka sehingga mati kerana di tuduh menjadi pengintip di istana itu, tetapi itu semua hanya salah faham, dengan keputusan raja tanpa bukti itu terus memerintahkan putera itu di seksa sehinga mati.

©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)Where stories live. Discover now