"ja-jangan dekat dengan aku!!"-jerit seokjin takut, mahu saja sekarang ni dia lari sejauh yang boleh. Apakan daya, tubuhnya kaku di situ.
"abang seokjin, nak areum tolong abang?"-kata kanak-kanak itu lembut, tetapi ada terselit sedikit nada sinis.
Perlahan-lahan kanak-kanak perempuan itu melangkah mendekati seokjin yang masih kaku itu.
Baru saja kanak-kanak itu mahu menyentuh wajah seokjin,
"jangan kau berani sentuh dia, syaitan"-kata seseorang yang sedang berdiri drastik di belakang kanak-kanak perempuan itu.
Semerta perbuatan kanak-kanak itu terjeda, senyuman mengerikan terukir dibibirnya.
Senyuman sehingga ketelinga.
Seokjin mula menggigil di situ, semerta matanya tertutup rapat. Sungguh dia tak kuat untuk melihat wajah kanak-kanak yang mengerikan itu.
"tak apa, nanti kita jumpa lagi ya, abang SEOKJIN! HAHAHAHAHHA"-jerit makhluk itu nyaring, terus saja kelibatnya menghilang serta merta.
Tapak kaki lelaki tadi mula mendekati seokjin,
"buka la mata tu, dia dah pergi la. Cis"-katanya, terus saja dia tersengeh. Agak Kelakar melihat seokjin yang penakut ni. Tapi ni bukan masanya untuk gelakkan dia.
Perlahan-lahan seokjin membuka matanya dan dongak melihat empunya suara.
Dengan automatiknya, seokjin mengalirkan air matanya perlahan. Dia rasa terharu tiber.
"JUNGKOOK!!! TERIMA KASIH SELAMATKAN AKU!!"-seokjin menjerit sekuat hati lalu memeluk kaki jungkook seeratnya.
"lahai, woi bangun la. Jangan la berdrama dekat sini, Orang tengok do."-kata jungkook jengkel, mahu saja dia menendang seokjin sekarang ni. Haih tak apa la, tak jadi.
"hiks.. Sorry.. Tapikan.. Tak sangka kau tolong aku, yala semua orang dah bencikan aku. Aku memang patut di benci ke jungkook?"-kata seokjin sayu, dia mula berdiri dengan kakinya yang lemah itu.
"kau jangan nak sama kan aku dengan orang lain, sekejam aku. Aku tak akan biarkan kau kalah dengan syaitan tu. Btw kau kenal syaitan tadi?"-tanya jungkook mahukan kepastian daripada seokjin.
"aku kenal, tapi aku tak pasti sebab dah lama sangat berlalu."-kata seokjin kekok. Kalau boleh dia tahu mahu membangkitkan hal itu.
" ouh okay, Lebih baik kau cari taemi sekarang"-kata jungkook agak selamber.
Seokjin membulat matanya, baru dia teringat yang dia sedang mencari taemi.
Tanpa tunggu lama, terus dia berlari meninggalkan jungkook seorang di situ.
"haih, tinggalkan aku macam tu je? dia tak tahu ke aku boleh jejak orang dekat mana saja. Nak tolong dia ke tak nak ye? Btw, tak sangka syaitan tu tetap mahukan seokjin."-
^^
199-•
"seokjin sayang, kamu nak main di taman tu lagi?"-tanya puan kim lembut. Dia merendahkan tubuhnya sedikit untuk menyamakan ketinggian dengan anak kesayangannya itu."haah omma, seokjin ada kawan dekat taman tu. Sebab tu seokjin nak teman dia,omma. Kesian omma, dia tak ada rumah pon macam kita. Dia duduk dekat taman tu je dengan kakak dia"-terang anak kecil itu sedikit sedih mengenang nasib rakannya yang tidak bernasib baik seperti dirinya.
Semerta puan kim tersenyum nipis,
"baiknya kamu, nama dia siapa? Boleh omma tahu?"-tanya puan kim lagi. Agak berat dia membiarkan anaknya berkawan dengan orang yang dia tidak kenali.
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasySeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...