Kaunter perhidmatan•
Seokjin dan hoseok duduk menunggu tetamu yang akan datang."seokjin.. Aku nak pergi tandas sekejap.. Kau jaga tau kaunter ni.. Jangan lari pulak kalau ada tetamu.. Kau layan tetamu baik-baik tau"-pesan hoseok seperti seorang ibu.. Uwuu.
"okey.. Jangan lama-lama tau!"-seokjin agak takot sebenarnya.. Tapi nak buat macam mana kan.
"okeyy babee!!"-hoseok berlari masuk ke dalam lif.
"cis. Apa babe-babe?.. Siku kang"-seokjin ngomel sambil memandang hoseok yang berlalu pergi.
Apabila dia melihat ke depan. Ada seorang tetamu lelaki berdiri tegak sambil tunduk memandang lantai.
Alangkah terkejutnya seokjin sampai melompat jatuh dari kerusi yang dia duduk.
"aduh.. Duh"-seokjin memegang kepalanya yang terhantuk terkena almari kunci bilik.
"encik.. Okey?"-tetamu lelaki tersebut menjengketkan kakinya melihat seokjin yang terduduk di lantai.
Seokjin memandang tetamu tersebut. Soft,pucat dan pendek.
"nasib baik dia tak ada luka teruk."-seokjin berdiri lalu mendekati tetamu tersebut."hehe maaf.. Saya terkejut sikit..btw..nama encik apa?"-seokjin bertanya.
"ouh.. Nama saya.."-tetamu tersebut terhenti seketika.. Mungkin tengah berfikir.
"huh?"-seokjin mengambil sehelai kertas dan pen untuk catat.
"park jimin"-jimin senyum nipis.
"ouh.. Jimin ye.. Encik mati bila?"-seokjin tekun merekot kehadiran tetamu barunya.
"hm.. Kelmarin, saya bunuh diri dalam tab mandi..so saya mati lemas~"-terang jimin sambil melihat seokjin yang sibuk menulis.
"ouh.. Saya faham.. Okey mari ikut saya encik.. Saya akan tunjukkan bilik encik"-seokjin mengiring jimin masuk ke dalam lif.
Seokjin agak gementar sebenarnya. Dia melap peluh di mukanya dengan sapu tangan.
Keadaan di dalam lif tu agak kekok.
"encik akan gembira di hotel ni.. Saya akan melayan encik sebaik mungkin"-seokjin bersuara.
"haha terima kasih.. Btw.. Jangan la panggil encik.. Saya muda lagi.. Hehe.. Panggil saya jimin je"-jimin menggaru kepalanya yang tidak gatal.. Agak kekok di panggil sebegitu.
Seokjin beranikan diri menghadap jimin lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.
"kalau macam tu..saya seokjin."-seokjin senyum manis.
Jimin agak tercengang seketika. Muka dia merah macam mahu menangis.
"huwaa akhirnya saya ada kawan!!"-jimin terharu lalu memeluk seokjin erat.
Seokjin terkedu dengan kelakuan jimin tadi. Dia hanya senyum kelat lalu mengusap rambut jimin lembut.
"mungkin dia tertekan sebab tak ada siapa dalam hidup dia kot.. Tu yang dia bunuh diri.."-andaian seokjin sendiri. Agak simpati melihat jimin.
Sedang sibuk berpelukan. Pintu lif pon terbuka.. Ala maklum la hotel tinggi sangat. So lama sikit.
Hoseok tercegat di depan pintu lif. Dia memandang pelik terhadap seokjin kerana pertama kali dia lihat seokjin begitu 'mesra' dengan tetamu.
"shuu"-seokjin meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Hoseok hanya tercengang.
Seokjin pegang tangan jimin lalu menarik jimin keluar dari lif.
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasíaSeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...