part°64🌹

22 3 8
                                    

jisoo mula mengalirkan air matanya deras apabila dia dapati..

"chan..yeol?.. kenapa kau halang akuu?!"-tengking jisoo teresak, sungguh dia terkejut dengan kehadiran chanyeol yang memeluknya secara tiba-tiba itu.

lagi mengejutkan jisoo, dia tertikam bahagian belakang chanyeol dengan secara tidak sengaja. walaupun hanya satu tikaman, ianya dapat memberi impak yang besar. sesiapa saja yang di tikam walaupon sedikit dengan mawar itu.

pasti akan mati.

chanyeol pantas meleraikan pelukan itu, semerta dia memandang wajah jisoo yang tidak berhenti menangis. semerta tangannya menyentuh wajah jisoo dengan tenang.

"jangan menangis... buruk duh muka kau,, and sikit saja ni.. jangan risau"-kata chanyeol tenang, tak lama itu dia mula memuntahkan darah yang agak banyak.

"kenapa kau sanggup buat macam ni? kau tahu kan.. kau akan mati kalau buat macam ni?"-ungkap jisoo luluh, sungguh dia tak faham dengan chanyeol ni.

"biar la, aku mati.. selagi kau tak berubah dan menebus kesalahan kau.. aku takkan benarkan kau mati"-kata chanyeol lemah, wajahnya mula bertuka menjadi pucat semerta.

secara tiba-tiba,jisoo yang teresak dan menangis tadi semerta berubah apabila mendengar kata-kata chanyeol itu.

dia tergelak sakan seakan tiada perkara yang buruk berlaku sekarang ini.

chanyeol yang semakin lemah itu berkerut dahi, sungguh dia tak mengerti.

"kenapa kau gelak?.."-chanyeol terjeda apabila dia mula mengingati apa yang manwol katakan padanya tadi...

"sekiranya jisoo membunuh seorang lagi manusia, dia akan kekal menjadi manusia nyata. dan dia tak akan mati"

semerta membuatkan chanyeol tersentak.

"kau memang bodoh chanyeol, kau memang patut mati! HAHAHAHA .. kau tahu tak yang aku perlu membunuh manusia untuk menjadikan aku hidup terus kekal abadi?.. malangnya aku dikira sudah membunuh kau la ni.. haih"-kata jisoo seakan suka secara tiba-tiba.

tetapi ada juga terselit kekecewaan di sudut hatinya kerana dengan ini dia tidak punya peluang lagi untuk memutuskan perjanjiannya dengan si makhluk keji itu.

"terima kasih,chanyeol.. anggap la ni satu perangkap.. haih.. maaf.. dan kau pergi la bersemadi dengan AMAN HAHAHAHAH"-kata jisoo sinis, apabila dia dirasuki memang dia akan berubah serta merta.

chanyeol tidak dapat berkata apa-apa lagi, dia menitiskan air matanya perlahan.

"aku menyesal menerbitkan rasa suka aku terhadap kau.. dan aku berjanji takkan biarkan kau berjaya bersama seokjin selamanya.., aku bersumpah jisoo."-kata chanyeol keras, perlahan-lahan jasadnya mula menghilang daripada pandangan. 

kata lain, chanyeol mula lesap begitu sahaja seperti irene sebelum ni.

kata-kata chanyeol itu membuatkan jisoo tergelak besar, tak lama itu dia mula terduduk lemah di situ. secara spontan air matanya mengalir perlahan.

"syabas jisoo, kau patut berbangga yang kau takkan mati lepas ni. yang paling penting sekarang ni.. kita tak akan berpisah kim jisoo.. selamanya kita akan bersama. hehe"- kata makhluk itu sinis, secara tiba-tiba dia mula muncul kembali di hadapan jisoo.

"kau nak kata kau menang la sekarang ni? okay itu yang kau mahukan, aku akan tetap bersama kau. cuma buat masa ni aku nak pergi dari sini"-kata jisoo seakan pasrah. dia berasa bersalah kerana membabitkan chanyeol dalam masalahnya. dan di sebabkan dia chanyeol mati.

"kau nak pergi ke mana?"- tanya mahluk itu seakan tak mengerti.

jisoo yang terduduk itu semerta bangun dan membetulkan bajunya, dia mendongak sedikit untuk melihat makhluk yang berada di hadapannya.

©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)Where stories live. Discover now