Seokjin membuka matanya apabila menyedari ada sesuatu yang tak kena di sekelilingnya,
"Aku dekat mana ni?"-gumamnya sendiri apabila melihat kawasan sekelilingnya,dia berasa aneh kerana dia berada di sebuah rumah usang.
"Rumah ni lagi? Tolong la, kenapa aku kena hadapi benda yang sama saja"-seokjin mula mengeluh sendiri, mahu saja dia menyerah dengan mimpinya, sudah banyak kali mimpi yang sama berulang dan menghantuinya,
Seokjin mula meraup rambutnya kebelakang,pantas dia mula melangkah perlahan-lahan di dalam rumah usang tersebut.
"Seokjin"
Suara itu mula didengari seokjin jelas, dia melihat sekelilingnya untuk mencari empunya suara itu. Dan seperti biasa dia hanya melihat kawasan usang dan tiada siapa yang berdekatan dengannya.
Tetapi kali ni mimpi yang dia hadapi agak berbeza dengan yang sebelum ni,
Sedang seokjin leka melihat keadaan sekeliling, Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang yang seakan melangkah masuk ke dalam rumah usang tersebut,
Seokjin mula bersandar di dinding untuk mengintai siapa yang melangkah masuk itu, hatinya mula berdebar, takut.
"Kenapa mimpi aku lain kali ni?"-katanya di dalam hati, perlahan-lahan dia mula menyengetkan kepalanya untuk melihat siapa gelaran manusia itu,
Semerta dia ternampak seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 6 tahun itu mula melihat sekeliling sambil memeluk anak patungnya, dia kelihatan seperti takut.
Tanpa berfikir panjang, seokjin melangkah keluar daripada tempat dia bersembunyi, niatnya mahu mendekati kanak-kanak itu.
"Kenapa kamu di sini? Mana ibu ayah kamu?"-tanya seokjin prihatin, takkan nak biarkan budak sorang-sorang dekat tempat begini?
Kanak-kanak itu tidak menjawab soalan seokjin itu,wajahnya tertunduk melihat bawah.
Seokjin mula berkerut dahi, dengan keberanian yang ada pada dirinya, dia mula mendekati, lalu dia berlutut di hadapan kanak-kanak itu,
"Kenapa kamu.."-baru saja seokjin mahu mengulang soalannya tadi, semerta katanya terjeda apabila kanak-kanak itu mula tergelak sinis,
"Hehehe"
Jelas suara itu di dengari seokjin, apabila kanak-kanak itu mula mendongakkan kepalanya, semerta seokjin terkejut dan dia terduduk di situ.
Kenapa dia terkejut? Sebab wajah kanak-kanak itu hanya kosong tiada rupa,
"Si.. siapa kau.."-tanya seokjin gugap, wajahnya terpapar ketakutannya, dia mula berpeluh teruk.
Kanak-kanak itu mula melangkah perlahan-lahan mendekati seokjin yang ketakutan itu, semerta seokjin merangkak kebelakang dengan rasa gerunnya,
"Abang.. hehe nampak muka saya tak? Huu.. kenapa ianya kosong?"- tanya kanak-kanak itu dengan suara yang begitu mengerikan. Secara tiba-tiba kanak-kanak itu mula menangis teresak, jelas bunyi tangisan yang menakutkan.
"Ja.. jangan dekati akuu!! pergii!!"-jerit seokjin sekuat hati, kakinya seakan kaku dan tak mampu untuk berdiri, dia hanya terus merangkah kebelakang dengan matanya tertumpu pada kanak-kanak tersebut,
"Jangan la takut, hiks kenapa tak ada siapa sayang kita.?."- ringis kanak-kanak itu lagi.
"Pergii la, syaitann!!!"-jerit seokjin nyaring, dia mula buntu apabila dia merasakan ada sesuatu yang menghalangnya untuk bergerak kebelakang lagi,
Apabila dia mendongak kepalanya ke atas untuk melihat apa yang menghalangnya, semerta dia terlihat seseorang berpakaian serba hitam wajahnya tidak kelihatan,
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasySeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...