Kolaj•
Yoongi berjalan dengan gembiranya sambil membawa bebarapa fail kerja kursusnya untuk dia hantar di atas meja sir lee.Kenapa gembira? , kerana dia merupa student pertama yang menghantar kerja kursus yang di beri oleh sir lee itu. Harus lah bangga!
"hehe mesti dapat markah lebih, yeah yoongi memang budak baik"-puji yoongi sendiri, ala nak bangga dengan diri sendiri.. Apa salahnya.
Sedang dia tersenyum suka itu, secara tiba-tiba ada seseorang dengan sengajanya melanggar bahu yoongi dari arah bertentangan.
Sehingga membuatkan bahu yoongi terasa sedikit sakit. Dia menyentuh bahunya seketika, dia tak mahu la mengetahui siapa yang melanggarnya itu. Dia hanya buat tak tahu dan teruskan melangkah.
"woi! Memang tak reti nak minta maaf ke?!"-jerkah kuat seseorang daripada belakang, nada katanya begitu kasar.
Yoongi yang tadinya kembali tersenyum suka itu mula terjeda langkahnya.
Terus yoongi berasa gerun, Pelajar yang berada di sekeliling mula memandang yoongi dan sekumpulan lelaki yang berada di belakangnya.
Lantas yoongi menghadap kearah lelaki tadi, tanpa berfikir panjang dia menundukkan kepalanya.
"maaf.."-kata yoongi perlahan, tak mahu la dia sekiranya berlaku ketidakpuas hati terhadap lelaki itu.
Semerta lelaki tadi mendecit perlahan, bagi dia tindakan yoongi itu seakan memerlinya.
"kau perli aku ke apa ni?, dasar junior tak guna"-kata lelaki itu dengan tidak puas hatinya,
Yoongi yang tunduk itu mula berasa geram, apa yang perlu dia buat selain meminta maaf?.
Yoongi diam saja, tidak kata apa-apa.
Secara tiba-tiba ada seseorang menyampuk,
"abang, ni la budak yang tunjuk bagus sangat tu! Dah la budak baru.. Lepas tu ada hati dia nak try gadis pujaan abang tu"-kata taeyong dengan sinisnya, dia seakan menjadi batu api di situ.
Abang kandungnya iaitu taeyang terus saja terkejut dengan apa yang adiknya katakan.
"biar betul kau ni? Mamat lembek ni nak rembat my girl?! Uish tak sedar diri betul"-kata taeyang suka, dia terasa tercabar dengan yoongi apabila mengetahui yoongi mendekati 'gadis' pujaannya.
Yoongi yang hanya mampu mendengar perbualan adik beradik itu semerta menelan liurnya pahit.
Takkan la gadis pujaannya sudah dimiliki orang lain? Haih tak penting la, sekarang ni fikir macam mana nak ngelak daripada dua ekor lembu ni.
Taeyang menayangkan wajah yang tidak puas hati, lantas dia melangkah mendekati yoongi yang masih tertunduk gerun itu.
"aku nak tanya ni, betul ke apa yang adik aku cakap?"-kata taeyang dengan geramnya, lantas jari telunjuknya menolak-nolak kepala yoongi beberapa kali.
Pelajar sekeliling muka berkata tentang apa yang telah berlaku, memang dua beradik itu amat di geruni dekat kolaj ni.
Si adik kaki reka cerita, si abang pula kaki pukul.
Yoongi menggenggam tangannya geram, apa salah dia di layan seteruk ini?
"aku datang kolaj ni untuk berjaya, bukan nak gaduh dengan kau. Its not my level"-kata yoongi berani, semerta dia mengangkat wajahnya memandang tajam wajah taeyang.
Taeyang yang sinis tadi semerta terjeda, dia agak terkejut dengan apa yang yoongi katakan. Sungguh mencabar dirinya.
Taeyong di belakang dan beberapa pelajar di sekeliling mula terkejut dengan tindakan berani yoongi itu.
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasySeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...