part°20

50 7 37
                                    

Manwol menongkat dagunya melihat namjoon, dia tahu namjoon terluka,

"Kau nak aku tolong kau ke?"-tanya manwol datar, dia kesian pula lihat namjoon ni, muda-muda da terima jawatan dan dugaan yang berat.

Kata manwol itu semerta membuatkan namjoon tergelak sendiri,

"Aku serius la! Aku tak main-main"-kata manwol bengang, pantas dia jeling namjoon dan melarikan pandangannya melihat tempat lain.

"Maaf la, aku tergelak. Lahai aku tak nak la libatkan perempuan dalam hal aku. Bahaya"-kata namjoon sambil menekup mulutnya sedikit, tahan gelak. Hm

"biar la, apa salahnya kalau aku nak merasa mati kalau betul bahaya pon"-kata manwol selamber, dia mengambil batu kecil lalu dia baling ke dalam kolam ikannya.

Kata manwol itu membuatkan namjoon terkejut,

"Kau biar benar nak rasa mati tu macam mana,, jangan macam-macam la, aku tetap tak nak kau terlibat"-kata namjoon tegas, dia tetap tak mahu melihatkan orang lain terlibat dalam halnya, rambut panjangnya di kuak ke belakang.

"Kalau aku cakap yang aku tak boleh mati, mesti kau terkejutkan"-manwol kata agak perlahan tetapi tetap boleh di dengari namjoon, dia masih melihat tempat lain.

Namjoon mula berkerut dahi, salah dengar ke? Hm

"Oh ya, aku nak tanya,, apa maksud kau, kau nak tebus salah kau dekat aku? Kau pernah buat salah dengan aku ke?"-tanya namjoon tanpa ragu-ragu, dia memandang manwol lama, mahukan jawapan.

Semerta membuatkan manwol tersentak,
"Aa.. aku ada buat salah, tapi aku tak boleh bagi tahu. Nanti kau tahu sendiri la"-kata manwol kekok, takkan dia nak bagi tahu yang dia la yang membuatkan namjoon terleka dalam peperangan tempoh hari. Hm

namjoon memandang manwol pelik,
"Bagi tahu je la, aku tak marah"-namjoon berkata dengan lembut, cuba memujuk. rambut yang berterbangan akibat terkena angin itu di selit di belakang telinga, aish rimas.

Manwol mula tak senang duduk,
"Aku kena tuka topik"-manwol gumam sendiri, dia mula rasa resah dan bersalah.

Pantas manwol bangun dari duduknya lalu mendekati belakang namjoon,

Namjoon mula terkejut apabila manwol mendekatinya,
"Apa kau nak buat?"-tanya dia sedikit gugap.

Tanpa berkata apa-apa, manwol menyentuh kepala namjoon perlahan, semerta dia menarik semua rambut namjoon kebelakang dengan lembutnya, lalu dia mengambil getah rambut daripada ikatan rambutnya sendiri, terus dia mengikatkan rambut namjoon.

"Aku rimas tengok rambut kau terbang-terbang,jadi jangan nak pikir lain, aku pijak kang"-kata manwol datar, katanya terkandung ugutan.

Semerta membuatkan namjoon tersengeh sendiri, begitu suka dia dilayan sebegitu, tanpa sedar soalannya tadi tergantung tanpa jawapan,

"Terima kasih,manwol"-ucap namjoon semerta dia menoleh belakang untuk melihat manwol di belakangnya.

Secara tidak sengaja, manwol menyentuh wajah namjoon lembut, terkaku mereka berdua apabila mereka mula memandang satu sama lain,

Tak lama itu namjoon mula tersenyum sehingga terserlah lesung pipitnya,ia membuatkan manwol tersedar daripada lamunannya, pantas dia menarik tangannya daripada terus menyentuh wajah namjoon itu.

"Maaf"-kata manwol terus dia melangkah masuk ke rumah perlindungan dengan pantasnya, malu

Namjoon di situ hanya memerhati manwol dengan senyuman manisnya,
"Comel"-gumamnya sendiri, apabila manwol mula hilang daripada pandangannya, dia terlihat ampai kain tidak jauh daripada situ,

©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)Where stories live. Discover now