"Goda Adam sampai dia jatuh cinta dengan you" Aurora terkejut mendengar permintaan Datin Rose Ailie.
"Why?" Satu sahaja soalan yang keluar daripada mulut Aurora.
"Aunty memang dah letih tengok sikap dingin dia. Ego dia. Garang dia. Yang paling aunty tak suka dia selalu layan perempuan macam sampah. Aunty tak suka."
"Kalau dia jatuh cinta dengan Aurora, then Aurora kena buat apa?" Aurora bertanya hairan.
"Aunty nak Aurora tinggalkan dia." Terpana Aurora apabila mendengar rancangan gila wanita itu.
"Kalau Aurora jatuh cinta dengan dia Aunty?" Datin Rose Ailie mengoyak senyuman sinis.
"Aurora kahwin dengan dia"
............................................................................
"Wait! You tak sudi ke minum dengan I Aurora?" James, jurugambar yang sentiasa mahu menguratnya.
"I sibuk"
Aurora terus bergerak keluar daripada cafe kegemarannya. Hilang terus mood dia untuk makan. Aurora terus melangkah laju ke kereta miliknya. Mujur sahaja dia memakai seluar Palazzo yang baginya sangat mudah untuk bergerak.
"Aurora!" Tangan Aurora direntap kuat oleh James membuatkan Aurora meringis kesakitan.
"Sakitlah!" Jeritan Aurora membuatkan orang yang berada di sekeliling mula merakam apa yang terjadi. Tidak kurang juga yang cuba membantu Aurora.
"Dah lama aku suka dekat kau! Tapi kau tak layan aku sebab aku tak kaya! Kau ni memang perempuan murah! Suka sangat dengan lelaki-lelaki kaya. Kau ingat aku tak tau ke kau ada skandal dengan Tengku Adam!" Jeritan James membuatkan Aurora malu dengan orang yang lalu-lalang.
Aurora dengan sekuat hati merentap tangannya dan terus masuk ke dalam kereta. Dia memandu dengan sangat laju meninggalkan James. Entah kenapa dia sedih.
"Kau tak boleh marah Aurora. Kau seducer! Kau kuat" Aurora mengesat air matanya dan menyambung kembali pemanduannya.
............................................................................
Berkali-kali Tengku Adam menonton klip video yang sedang hangat diperkatan di media sosial. Hatinya membara. Hatinya sakit melihat Aurora yang disakiti dan dimalukan di khalayak ramai. Dia akan pastikan lelaki tersebut sengsara.
"Raf, I nak you sediakan satu press conference untuk I minggu depan" Tengku Adam bercakap melalui interkom.
Dalam kepala otaknya ligat dengan perancangan untuk memanipulasi khabar angin yang sedang bertiup kencang di media sosial ketika ini. Sedang dia sibuk memeikirkan, telefonnya terus berbunyi pasti mamanya. Tengku Adam terus menjawabnya.
"Scandal apa pula ni?!" Tanpa salam tanpa sapaan, suara Datin Rose Ailie terus sahaja menerjah ke telinga Tengku Adam.
"I know mama. I'm working on it." Tenang sahaja Tengku Adam menjawabnya.
"You better do something about this!" Entah kenapa Tengku Adam tersenyum mendengar suara risau mamanya.
"I'll do something about it. Don't worry." Tengku Adam terpana apabila talian terus terputus.
"She had my mama wrapped around her finger. I'll be the next one I guess."
Tengku Adam kembali menyemak dokumen yang sangat-sangat banyak di atas mejanya. Dia sangat sibuk. Namun, muka Aurora yang menahan kesakitan berlegar di dalam kepala otaknya. Hatinya yang baru hendak sejuk kembali membara. Dia tidak boleh fokus membuat kerjanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Romance"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...