CHAPTER 34

66K 2.1K 140
                                    

Aurora membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Badannya pula terasa berbahang.

"Urmmm." Badan Aurora terasa sangat lemah. Dia sedar dia berada di mana. Dia berada di salah satu bilik di dalam rest house milik Tengku Daniel dan kawan-kawannya.

"Aku kena pergi daripada sini." Aurora mengumam perlahan. Dia tidak mahu menjadi isteri Tengku Adam lagi. 

Baru selangkah dibuka oleh Aurora, tubuhnya jatuhnya ke lantai. 

"Ah!" Aurora meringis kesakitan. Tidak semena-mena, air matanya jatuh mengalir. Dia perlu pergi daripada rumah tersebut.

Aurora menguatkan semangatnya. Aurora bangun dan berjalan menuju ke arah pintu. Pintu dibuka dan mata Aurora dihias oleh satu ruang tamu yang besar. Daripada jauh dia boleh melihat pintu keluar daripada rumah agam tersebut.

"Dekat Aurora. Dekat." Aurora memberi semangat kepada dirinya.

Aurora berjalan selaju yang dia boleh walaupun kepalanya sangat pening. Aurora yang baru sahaja hendak mencapai pintu terhenti apabila mendengar suara bayi menangis.

"Amelia?" Aurora kenal benar dengan tangisan anak perempuannya. 

Aurora cuba mencari suara itu. Mana mungkin sifat keibuannya terpadam. Dia rindu dengan Tengku Amelia. Aurora masuk ke dalam suatu bilik besar. Bilik yang serba mewah. Katil,bilik air. Semuanya kelihatan mewah. 

"Amelia" Aurora berjalan ke arah baby cot.

"Hey princess." Aurora mengusap perlahan pipi tembam Tengku Amelia. Cantik! Tengku Amelia semakin tenang apabila melihat wajah Aurora.

"Bukan Amelia seorang yang tenang bila tengok wajah Mama dia, I pun sama." 

"Adam." Aurora yang baru sahaja hendak memalingkan wajahnya membatalkan hasratnya apabila Tengku Adam hanya bertuala.

"Thank you sebab sudi nak rujuk dengan I." 

"Siapa cakap I nak rujuk dengan you? I buat macam tu sebab I tak nak you bunuh Anna, Raf dengan Syafiq." Dingin sahaja Aurora berkata.

"You dah tak boleh tarik balik apa yang you dah cakap Aurora. Hujung minggu ni, akad nikah dekat sini. Mama dengan Babah dah uruskan semua benda. Ikut cakap I, I jamin you akan  selamat." Tengku Adam mula memberi amaran.

"I tak takut pun dengan ugutan you." Jawanpan Aurora membuatkan Tengku Adam ketawa sinis.

"Seriously? You tak takut? Are you sure my Love?" Tengku Adam mengepung tubuh Aurora di baby cot Tengku Amelia. Sesekali, nafasnya dihembus ke leher Aurora. Dia perasan bulu roma Aurora yang meremang.

"I bukan hamba abdi you yang akan ikut semua telunjuk you." Pertengkaran mereka semakin menjadi-jadi.

"Siapa kata you hamba abdi I? You isteri I. Ops..tersilap. Bakal isteri I. I takkan pernah jadikan you hamba abdi I." Ada sahaja jawapan Tengku Adam. Pandai menjawab.

"Whatever! Yang I tahu, I tak akan balik dengan you. I lagi suka kalau hidup single daripada bersuamikan lelaki macam you!" Kali ini, jawapan Aurora menimbulkan sedikit bara di hati Tengku Adam.

"Lelaki macam I? Do you mind to elaborate it Aurora?" Dingin sahaja suara Tengku Adam.

"Rasanya, tak perlu untuk I jelaskan. You sendiri tahu perangai you macam mana. Perempuan sana-sini. Clubbing. Minum arak. Nak jadi suami I? Such a daydreamer. You pernah cakap, perempuan jijik macam I tak layak jadi Mama Amelia, tapi you! 10 kali ganda tak layak daripada I!" Bukan lagi pedih, malah menghiris keegoan Tengku Adam.

"Just admit yang you jealous tengok I keluar dengan perempuan lain!" Tengku Adam mula meninggi suara. 

"I tak perlu pun nak jealous dengan you. Setakat you nak goda perempuan, I boleh goda lelaki lebih ramai. Kalau you, Tengku Adam yang orang pandang tinggi pun bernafsu tengok I, how about another men Adam?" Aurora dapat melihat muka Tengku Adam yang merah. Aurora mendekati tubuh Tengku Adam. Bibirnya didekatkan ke telinga Tengku Adam.

"They surely will ravish my body,Tengku Adam." Aurora berkata sinis. Sejurus itu, Aurora berjalan perlahan meninggalkan Tengku Adam yang kelihatan sangat-sangat marah.

"Kalau you keluar daripada bilik ni, I akan pastikan you menyesal Aurora." Tengku Adam memberi amaran keras kepada Tengku Adam.

"Try me Tengku Adam."

...............................................................

"Kenapa buat macam tu dekat Aurora?" Zahira memulas kuat telinga Tengku Alex.

"Sayang! Sakitlah! Please! I dengan Daniel cuma nak takutkan Aurora." Tengku Alex masih lagi meringis kesakitan. Zahira memang garang ketika mengandung. Terbalik dengan dirinya, dia akan menjadi sangat sensitif tatkala Zahira mengandung.

"Malam ni, Abang tidur dekat luar. Baby nak tidur dengan Zahira." Giliran Bella pula memarahi Tengku Daniel. 

"What?" Tengku Daniel dan Tengku Alex berkata serentak.

"Ini hukumannya sebab buat Datin Aurora takut. Datuk Daniel dan Datuk Alex, sila tidur di luar." Bella mencapai tangan Zahira dan mereka berjalan beriringan ke master bedroom meninggalkan Tengku Daniel dan Tengku Alex yang frust.

"This is all your fault Adam."

..............................................................

Aurora masih melangkah keluar daripada rumah walaupun keadaannya lemah. Ditambah pula dengan keadaan luar rumah yang agak sejuk. 

"Aurora!" 

Aurora sedikit pun tidak berpaling walaupun mendengar jerkahan Tengku Adam yang paling menakutkan. Dia sudah letih dengan perangai Tengku Adam. Dia bukan objek. Cukuplah dengan layanan Tengku Adam yang melayannya seperti sampah. 

"Aurora wait!" Sekali lagi jerkahan Tengku Adam keluar. Namun, Aurora sikit pun tidak gentar. Dia, The Seducer. Dia sedikit pun tidak akan tunduk kepada lelaki.

Pergerakan Aurora terhenti apabila tangannya dicapai oleh Tengku Adam. Tangannya segera direntap kuat daripada pegangan lelaki itu.

"Kita bukan lagi suami isteri. Jaga batas you. I bukan perempuan murah yang you boleh pegang sesukat hati." Sekali lagi Tengku Adam 'diserang' oleh Aurora.

"I tak peduli kalau you nak marah or maki I. Yang I tahu, hujung minggu ni you akan nikah balik dengan I. I tak kira." Tengku Adam masih lagi berkeras.

"Cukuplah Adam! I dah tak larat dengan semua ni! I terseksa! Kenapa susah sangat you nak move on! You dah dapat Amelia! You dah berjaya musnahkan perniagaan I! You dah berjaya hancurkan I! You dah berjaya buat anak-anak dekat rumah kebajikan merempat! I yang susah payah habiskan, gadaikan semua yang I ada untuk selamat anak-anak dekat rumah kebajikan,perniagaan I." Air mata menghiasi wajah Aurora.

"I mengaku yang perniagaan you I yang rosakkan. But rumah kebajikan tu, what? What do you mean Aurora? I tak buat apa-apa pun dekat rumah tu." Tengku Adam bertanya hairan.

"Penipu! You beli tanah rumah kebajikan tu. I bayar 4 juta! Tapi rumah tu still kena roboh! You jangan jadi bodoh and pura-pura tak tahu!" 

Jeritan Aurora membuatkan Aurora memejam matanya. Tubuhnya sudah kehabisan tenaga. Dia tidak larat. Aurora akhirnya jatuh melorot namun sempat disambut oleh Tengku Adam.

"Apa yang dah jadi sebenarnya?"

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang