"Jatuhnya lelaki kerana seorang wanita."Tengku Adam membaca perlahan artikel tersebut. Artikel yang sangat kena dengannya. Haih! Tengku Alex memang sengaja melancarkan provokasinya itu.
Tengku Adam merenung gambar perkahwinannya bersama Aurora. Dia rindu saat-saat bahagia itu.
"Jatuhnya Adam Akhtar kerana Aurora Salsabila." Tengku Adam berkata perlahan. Dia sudah hampir kehilangan Aurora sepenuhnya. Gambar Aurora ditatap penuh minat.
"Dulu, aku pernah cakap dengan diri aku Aurora, kalau aku tak dapat kau tiada siapa boleh dapat kau. Sampai aku mati sekali pun, aku akan dapatkan kau balik."
..........................................................
Tengku Adam hanya diam sahaja dan memerhati Raf yang sedang mengendalikan meeting tersebut.
'Hebat kau Raf. Kau berjaya pisahkan aku dengan Aurora. Aku tunggu masa untuk pisahkan anggota badan kau Raf.' Hati Tengku Adam remuk.
'Aku tak akan lari daripada prinsip aku Raf. I'll eliminate you' Tengku Adam beriak biasa. Dia tidak mahu Raf atau Anna mengesyaki dirinya. Biarlah dia kelihatan bodoh.
"Itu sahaja untuk hari ni. Kalau ada apa-apa report, bagi dekat I and I akan pass dekat Tengku." Semua yang berada di bilik meeting mula bangun dan keluar daripada bilik meeting.
"Tengku okay?" Raf bertanya apabila Tengku Adam hanya diam sepanjang meeting berjalan.
"Aku nak kau bunuh Aurora." Tengku Adam berkata dingin. Dia sengaja mahu melihat reaksi Anna.
"B...BB..Bunuh?" Raf gugup. Biar betul? Jika dia membunuh Aurora, apa yang dia akan dapat? Anna akan dapat Tengku Adam. Dia?
"Kenapa? Kau tak sanggup? Bukan ke kau orang paling setia dengan aku?" Sinis sahaja pertanyaan Tengku Adam.
"Jangan risau Raf. Aku tak nak kau kotorkan tangan kau dengan darah dia. Aku cuma nak kau tengok. Aku dah bayar orang lain untuk buat." Raf tercengang. Aduh! Dia sudah berjanji dengan seorang bapa ayam untuk menjual Aurora!
"Kenapa kau risau ni Raf? Kau ada apa-apa ke dengan Aurora?" Soalan cepumas datang bertalu-talu kepada Raf.
"Tak adalah Tengku. Takkan saya nak suka dengan perempuan macam tu."
"Glad to hear that."
.......................................................
"Syafiq? Awak buat apa dekat sini?" Aurora bertanya lembut kepada Syafiq yang menyapanya.
"Kerja I dah habis dekat Switzerland. Dah 3 hari dah I sampai Malaysia." Aurora hanya menganggukkan kepalanya. Tidak sangka dia akan berjumpa dengan lelaki tersebut.
"You tinggal area sini ke?" Aurora hanya sekadar mengangguk. Bukannya tidak mahu melayan, namun hatinya masih lagi sakit dengan perbuatan makhluk bernama lelaki. Hidupnya punah gara-gara Tengku Adam. Mereka ada peluang bahagia, tetapi lelaki itu yang memusnahkannya.
"Aurora, you nak tak kalau I ajak you pergi lunch dengan I?" Aurora dapat melihat kegelisahan lelaki itu. Takut kena reject agaknya.
"Sure. Send location dekat I, nanti I datang. I sebenarnya ada hal. I pergi dulu. Apa-apa hal nanti you text I okay?"Aurora terus berlalu pergi. Rasanya tidak salah untuk dia berkenalan dengan orang baru. Buku baru. Bab baru.
Syafiq hanya memandang Aurora yang berlalu pergi ke keretanya.
"Takkan kau dah jatuh cinta dengan dia Abang?" Anna yang entah dari mana tiba-tiba muncul di sebelah Syafiq.
"Betul ke dia dah rampas bakal suami kau? Aku tengok baik sangat rupa dia, akhlak dia. Tak adalah macam kau." Syafiq sudah mula berbelah bahagi. Membantu darah daging sendiri atau membantu orang yang tidak dikenali?
"Kau jangan nak buat Abang! 'Barang' kau, aku yang bayar! Kalau tak dah lama dah kau mati ketagih!"
"Hurmm. Pandailah aku buat kerja aku! Tak perlu sibuk nak ajar aku!"
..............................................................
"Penagih?" Tengku Jericho memerhati daripada jauh Syafiq yang sedang berseronok dengan rakan-rakan penagihnya.
"Memang tak sesuai langsung dengan our Aurora!" Tengku Alex bernada sinis. Manakala Tengku Daniel hanya diam tidak berkutik di seat belakang.
"What do you mean by 'our Aurora'?" Tengku Jericho bertanya hairan.
"Yalah. Kita kan dah anggap dia macam family. Dia tu sebaya dengan adik aku tau!" Tengku Alex berkata sambil matanya galak memerhati Syafiq yang sedang khayal.
"Kalau betul pun dia ada kaitan dengan Anna and Raf, what is their plan?" Tengku Daniel mengumam perlahan. Dia perlu tahu rancangan Anna dan Raf.
"Sampai bila kita nak sorokkan benda daripada Adam?" Tengku Alex tiba-tiba teringat kepada Tengku Adam.
"Sampai dia menyesal. Kalau Aurora tak bahagia dengan dia, kita tak boleh nak halang dia." Jawapan Tengku Daniel membuatkan Tengku Alex dan Tengku Jericho memandang sesama sendiri.
"Kau tak kesian dekat dia ke Daniel?" Tengku Alex memadang Tengku Daniel.
"No. He deserved it."
......................................................
"Syafiq? You okay tak ni? Kenapa you gelisah?" Aurora mula tidak selesa dengan perangai Syafiq. Lelaki tersebut nampak lain macam.
"Okay. Just banyak kerja sikit dekat office." Lancar sahaja mulut lelaki itu menipu.
"So, how's your life lepas dah bercerai?" Syafiq bertanya.
"Miserable. Banyak hutang." Aurora cuba untu ketawa.
'Memanglah banyak hutang. Kau tu bodoh.' Hati Syafiq sinis mengata Aurora. Dia perlu segera melakukan kerjanya. Adiknya, Anna tidak akan memberikan Aurora kepada Raf.
"Syafiq, you kerja apa?" Aurora sebenarnya curious dengan pekerjaan Syafiq. Lelaki itu sendiri nampak sangat-sangat mencurigakan.
"I ada business sendiri." Aurora hanya mengangguk. Daripada tadi dia merenung lelaki itu. Seram!
"Urm, Syafiq I nak pergi tandas sekejap tau." Tanpa mendengar jawapan Syafiq, Aurora terus bangun membawa beg tangannya.
Aurora masuk ke dalam tandas dan memandang cermin. Tiba-tiba sahaja dia jadi takut dengan Syafiq. Berdebar-debar. Takut!
"He's not a nice person Aurora."
Aurora mengurut dadanya apabila melihat Tengku Daniel berdiri di satu sudut tandas yang gelap.
"You buat apa dalam ladies ni?" Aurora terkejut. Entah daripada mana Tengku Daniel datang.
"Looking after you for Adam." Satu lagi suara muncul. Kali ini Tengku Farid pula.
"Kenapa tak call kalau nak cakap? Terkejut tau tak?" Aurora memandang tangannya yang masih lagi menggigil.
"Well, tak selamat kalau you berdua-duaan dengan lelaki dekat luar tu." Sinis sahaja Tengku Farid berkata.
"Come with us and you will know about him Aurora."
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Romance"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...