CHAPTER 28

49.7K 1.9K 210
                                    

Aurora memindahkan baki RM 4 juta terakhir ke dalam akaun syarikat yang membeli tanah rumah kebajikan tempatnya membesar suatu ketika dahulu.

"Ya Allah, Engkau bantulah aku." Aurora sebenarnya berat hati untuk mengeluarkan duit tersebut. Sebenarnya dia telah berniat untuk menggunakan duit tersebut untuk membiayai perbelanjaan rumah kebajikan. 

"Yakin dengan Allah."

...........................................................

Anna tersenyum sinis melihat dokumen di hadapannya. Dia berjaya mendapatkan RM 4 juta milik Aurora. Tanpa Tengku Adam sedar, Anna telah pun menyelitkan dokumen pembelian tanah tempat rumah kebajikan Aurora.

"Nasib kaulah Aurora. Adam pun satu bodoh sangat." Bukan sahaja Tengku Adam, malah dia berjaya menyelitkan dokumen tersebut tanpa Raf sedar. Otaknya sangat-sangat licik. Anna tersenyum sinis melihat dokumen tersebut.

"Paris! Here I come!!" Anna telah pun merancang untuk menggunakan duit tersebut untuk bercuti ke Paris. Dia mahu membeli-belah. Kalau hendak harapkan Tengku Adam, mati hidup balik pun dia tidak akan merasa duit lelaki itu. Semuanya hanya Aurora. Aurora, Aurora, Aurora.

"Lantaklah! Yang penting aku boleh shopping."

..............................................................

Aurora gembira melihat jualan kek yang semakin laris. Alhamdulillah, dalam masa seminggu dia, Zaril dan Aini telah berjaya menjana RM 7000. Hanya dengan menjual kek. 

"Alhamdulillah! Akak! Kita dah berjaya!" Aurora tersenyum manis melihat pasangan muda yang sangat-sangat gembira. 

"Nanti, saya akan promote lagi pasal kek Akak dengan Zaril." Aini kelihatan sangat-sangat bersemangat.

"Akak ingat, Akak nak buka satu lagi bussines. Boleh buat double income." Aurora memberi cadangan. Dia tidak mahu bergantung hanya pada bisnes kek sahaja. Memang tidak berapa mencukupi.

"Akak nak buat business apa?" Zaril bertanya dengan penuh minat. Dia memang sedia membantu Aurora kerana Aurora banyak membantu dia dan Aini untuk mendapatkan income.

"Akak ingat nak jual makanan. Then boleh hantar kalau ada orang order. Tapi, itulah kena ada runner." Aurora sebenarnya tidak mahu mengeluarkan banyak sangat modal. Dia mahu berjimat cermat.

"Saya dengan Aini boleh jadi runner Akak. Lagi pun, Akak kan masih dalam Eddah." Perlahan sahaja Zaril menjawab. Aurora pula hanya tersenyum. Mana mungkin dia mahu keluar, wartawan bersepah di merata tempat mengejarnya. Dia malu! Video 'panas' miliknya tersebar. Malah, Tengku Adam langsung tidak menafikan mambuatkan semua orang percaya bahawa dia seorang perempuan yang hina dan curang.

"Akak tak perlulah fikir sangat. Nanti lama-lama orang akan penat berkata." Aini memujuk Aurora dengan lembut.

'Ding Dong'

Zaril yang mendengar bunyi loceng rumah terus menuju ke arah pintu dan membukanya. Zaril melihat dihadapannya terdapat dua orang wanita yang cantik,bertudung dan berpakaian mewah. 

"Bella? Zahira?" Aurora terkejut melihat kawan-kawannya datang.

"Aurora!" Bella dan Zahira meluru memeluk Aurora.

"Are you okay?" Bella terus bertanya tentang keadaan Aurora.

"Alhamdulillah okay. Jom masuk." Bella dan Zahira masuk meninggalkan Zaril yang terpinga-pinga dengan keadaan.

Zahira dan Bella terus melihat Aini, Zaril dan Warda yang masih kecil. 

"Siapa ni?" Zahira terus bertanya.

"Oh! Ni Aini dengan Zaril. They are my business partner." Aurora memberi senyuman manisnya.

"What's wrong with your forehead?" Bella berasa ngeri melihat jahitan di dahi Aurora.

"Someone hit me. I kejar kereta Adam. I just want to meet Amelia. That the last thing I remember." 

"Ni mesti kerja Anna si gila tu kan? Daniel dengan Alex marah sangat-sangat dekat your husband." Zahira berkata perlahan.

"Ex-husband."

................................................................

Aurora sebak apabila Bella dan Zahira yang memberi sejumlah wang kepadanya untuk menjalankan perniagaan. Dia sangat-sangat bersyukur.

"Cantiknya Kak Bella dengan Kak Zahira." Aini sebenarnya kagum melihat Bella dan Zahira. Apabila melihat mereka, Aini sudah faham mengapa Tengku Daniel dan Tengku Alex jatuh cinta dengan mereka. Elegant. Luxury.

"Both of them memang cantik. Baik." Aurora tanpa sedar mengukir senyuman. Kedatangan mereka sedikit sebanyak mengubati sakitnya. Hatinya sakit. Jiwanya rapuh. Malamnya bertemankan air mata. Hanya baju Tengku Adam dan Tengku Amelia menjadi peneman. Dia berterima kasih atas ihsan Raf yang menghantar bajunya tempoh hari.

'Ting'

Aurora mengambil telefonnya dan masuk ke dalam bilik. Satu voice message masuk ke dalam telefonnya. 

'ZAP!' 

Sekali lagi hati Aurora dirobek. 

Aku bukan suami kau lagi. Aku jijik nak mengaku pelacur macam kau ni isteri aku. Kau tidur dengan lelaki lain belakang aku! Kau curang! Kau tak layak jadi isteri aku. Amelia aku akan ambil. Sekarang , aku nak kau keluar daripada rumah aku!!"

"Bie, dengar dulu penjelasan I."

"Disgusting!"

Aurora memegang pipinya. Masih dia rasa tamparan Tengku Adam. Tengku Adam tidak pernah naik tangan terhadapnya. Itulah kali pertama. Dia sangat-sangat sedih. Jika dia ceritakan sekali pun terhadap Tengku Adam, mungkin dia sudah mati agaknya.

Aurora memainkan rakaman tersebut tanpa henti. Bagaikan satu hukuman buatnya. Aurora memainkan rakaman sehingga dia lelah dan akhirnya dia berlayar dengan sejuta rasa kesedihan.

.............................................................

Tengku Adam tidak boleh fokus. Fikirannya melayang dan dihimpit dengan bayangan Aurora. Dia rindu sangat-sangat kepada Aurora. Tengku Amelia juga sentiasa merengek. Gambar Aurora dikeluarkan daripada drawer dan ditatap.

"Kenapa you buat macam ni dekat I my Love?" Tengku Adam terseksa. Bagaimana dia hendak menafikan lagi. Dia sudah siasat kandungan video tersebut. Asli 100%. 

"Tak payah nak menangis bagai. Kau dah ceraikan dia dah pun. Mungkin dia akan lebih bahagia tanpa kau." Sinis sekali kata-kata Tengku Alex. Mana dia tak marah, Tengku Adam suka membuat keputusan secara melulu.

"She's fucking another man!" Tengku Adam stress.

"Kau percaya dia sengaja buat?" Pertanyaan Tengku Farid membuatkan Tengku Adam terdiam seribu bahasa.

"I..."

Tengku Adam kehilangan kata-kata.

"I don't believe it." Perlahan sahaja Tengku Adam.

"Tipu. Kalau kau tak percaya, kau tak akan ceraikan dia."

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang