"Apa masalah kau ni?" Tengku Adam muak dengan perangai Aurora yang mengada-ngada dan takutkan jarum itu.
"Tapi, I tak nak injection." Perlahan sahaja suara Aurora. Dia memang takut sangat-sangat dengan jarum.
"Nak jadi girlfriend aku, tapi lembik. Jarum pun takut. I'm sick of your behaviour. Next time, if you are sick, don't come to me. Menyusahkan betul!" Tengku Adam meninggalkan Aurora di bilik doktor tersebut.
Aurora terus keluar dan air matanya keluar. Entah kenapa dia sedih apabila dimarahi oleh Tengku Adam. Manalah dia tahu, dia hendak pengsan di office lelaki itu.
"It's time to go home Aurora."
..................................................................................
Aurora memejam erat matanya. Sudah 4 hari dia dilanda demam berserta migraine yang sangat teruk. Memang beginilah keadaannya sejak dia keluar daripada rumah kebajikan untuk mencari kerja. Jika dia sakit, memang tidak akan ada orang peduli. Dia memang bersedirian dan sudah terbiasa.
Aurora cuba untuk bangun, namun setiap kali dia bangun kepalanya terasa dicucuk. Aurora mengambil telefon dan cuba menghubungi Tengku Adam. Namun tidak berjawab. Berkali-kali dia call Tengku Adam, tetapi masih tidak berjawab.
"Migraine, tolonglah pergi." Aurora mengumam perlahan sambil mengurut kepalanya. Tangannya mencapai sebiji pil untuk melegakan kesakitan. Hari ini sahaja dia sudah ambil 4 biji pil yang sama untuk melegakan kesakitan.
"Hospital is the best way I guess." Aurora berjalan perlahan-lahan dan sesekali tangannya menahan pada dinding untuk mengelakkan dirinya daripada jatuh.
Menggeletar tangan Aurora memegang stereng kereta. Dia memandu dengan perlahan ke hospital dan bukannya klinik. Bukannya dia tidak mahu ke klinik berdekatan, tetapi dia pernah ke klinik tersebut dan sakitnya langsung tidak berkurang.
Aurora memeluk tubuhnya dan bersandar pada pintu keretanya. Keluar sahaja daripada kereta, dia menggigil kesejukan.
"Come on Aurora, hospital dekat depan kau. Sikit lagi." Aurora memberi semangat kepada dirinya sendiri.
"I guess he is right. I'm too weak."
.....................................................................................
"How is she?" Tengku Adam bertanya kepada doktor sambil mengusap lembut IV drip yang dicucuk pada tangan Aurora.
"She's stable right now. Saya dah bagi painkiller untuk migraine dia but I'm amazed that she was able to drive alone walaupun dia demam panas."
"When you put this IV drip, dia takut tak?" Tengku Adam bertanya lagi.
"Yes. She suffered from Trypanophobia . She's frightened to death masa kami nak beri injection." Rasa bersalah pula kerana memarahi Aurora.
"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu." Tengku Adam memandang wajah pucat Aurora. Selepas dia kejadian dia memarahi Aurora, dia terus fly ke Qatar atas urusan pekerjaan. Dia ingatkan Aurora hanya mengada-ngada. Bila dia mendarat di Malaysia, baru dia memegang telefonnya. Dia baru perasan puluhan missed call daripada Aurora. Sejurus menerima panggilan daripada mamanya, baru dia tahu.
"You are not weak my love. I am sorry for yelling at you." Tengku Adam memeluk erat tubuh Aurora. Masih boleh dia rasa bahang yang membaluti tubuh Aurora.
"Urmm" Aurora sedikit merengek membuatkan Tengku Adam tersenyum.
"Susah betul jadi perempuan cantik, sakit pun cantik." Tengku Adam mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar wajah pucat Aurora. Nampak suci sahaja wajah Aurora.
"Tak sangka dekat luar menggoda, rupanya you takut jarum." Tengku Adam meletakkan tangannya di atas perut kempis Aurora.
"Kalau aku kahwin dengan dia ni, anak aku mesti takut jarum macam dia ni." Tengku Adam ketawa sendiri apabila membayangkan jika dia mempunyai anak bersama Aurora.
'Macam mana kalau dia tak cintakan kau?' Hati Tengku Adam mula bertanya.
"Kau memang bahaya Aurora. Kau perempuan paling berani untuk goda aku. Sekali aku jatuh cinta dengan kau, aku tak akan lepaskan kau Aurora. I'm more than possessive. I'm obsessive my love." Tengku Adam mengusap wajah lembut Aurora.
"One step away from me, you will know how deranged I can be. I'll torture you and make you feel regret,my love."
.....................................................................................
"Just one injection love." Aurora menggelengkan kepalanya dan sangat takut. Tubuh Tengku Adam dipeluk erat.
"It's okay doctor. You can do it. I'll hold her." Aurora memeluk erat leher Tengku Adam.
"Shhh..shh it's okay love." Doktor tersebut terus menyuntik bahagian lengan Aurora membuatkan Aurora mula menangis.
"It's hurt." Tengku Adam memeluk tubuh Aurora erat. Datin Rose Ailie yang melihat turut berasa kasihan. Dalam berani gadis itu, ada takutnya juga.
"It's done Tengku. Cik Aurora dah boleh balik." Tanpa membuang masa, Tengku Adam terus mencempung tubuh Aurora.
"Adam, bawa Aurora rumah mama. Biar mama dengan babah yang jaga." Tengku Adam hanya mendengar arahan mamanya.
Sampai sahaja di rumah agam Datin Rose Ailie, Tengku Adam meletakkan Aurora di bilik tidurnya. Kesan ubat tersebut sangat kuat sehingga Aurora tertidur dalam masa yang singkat.
"Adam pergilah kerja balik. Apa-apa nanti babah dengan mama update you." Datuk Zahid sempat berpesan kepada Tengku Adam.
"You feel it do you?" Tengku Adam mengerutkan dahinya apabila mendengar pertanyaan babahnya itu.
"You knew dia setanding dengan you kan? You tahu dia lawan you. She's the perfect one to be yours right?" Tengku Adam hanya menganggukkan kepalanya.
"Kalau you yakin dengan apa yang you rasa, claim her Adam. Don't wait too long."
...........................................................................................
"Bie, I ada tangan sendirilah!" Aurora mula rimas dengan Tengku Adam.
"You tak sihat. Biar I suapkan." Tengku Adam menyuap perlahan makanan tersebut. Aurora hanya akur dengan arahan lelaki itu.
"Bie" Aurora memegang tangan kekar Tengku Adam. Tidak bermakna dia sakit, godaannya juga hilang.
"What is it love?" Tengku Adam menyua makanan tersebut ke mulut Aurora.
"Bie dah makan?" Aurora bertanya sambil bermain dengan jari besar dan kasar Tengku Adam.
"What do you want?" Tengku Adam sudah tahu, pasti Aurora mahukan sesuatu.
"Bie, lusa kan I ada photo shoot, I..."
"No!" Aurora terus memasamkan mukanya apabila mendengar arahan tegas Tengku Adam.
"Bie, bolehlah! Kalau Love tak pergi nanti macam mana Love nak dapat duit ,Bie." Aurora naik ke atas tubuh lelaki itu.
"Take my credit card. I've plenty of it. Kalau you nak guna kereta I pun boleh." Aurora terpana mendengar kata-kata lelaki itu.
"Love tak nak duit Bie, Love nak cari duit sendiri." Aurora menggesel-geselkan hidung mancungnya pada leher Tengku Adam. Abs Tengku Adam juga diusap lembut.
'Perempuan ni betul-betul menguji aku'Tengku Adam memejam matanya menahan sensasi di lehernya.
"Please Bie" Kali ini Aurora lebih berani dan menggigit perlahan leher lelaki itu.
"Fine!"
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Romance"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...