"Apa Bie buat dekat Ashley?" Aurora bertanya kepada suaminya.
"I serahkan dekat police. Biar Ashley tu meringkuk dalam penjara." Tengku Adam bernada sinis.
"Thank you Bie sebab jaga Love dengan Baby. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi." Aurora memeluk suaminya.
Masih lagi Aurora ingat, Ashley yang berjaya ditahan bersama dengan sebotol acid kuat yang sangat merbahaya. Mujur sahaja Bodyguard suaminya tangkas dan cekap. Kalau tak, memang bermandilah dia dengan acid.
"Your Welcome my Love."
............................................................
"Bie!!" Aurora menjerit kesakitan apabila dia jatuh terduduk di atas lantai. Perutnya dipegang. Dia tergelincir dan jatuh daripada tangga.
"Bie!!!" Aurora semakin takut apabila melihat darah yang mengalir semakin banyak menuruni pahanya.
"Ya Allah Aurora!" Datuk Zahid berlari mendapatkan menantunya.
"Adam!" Kali ini suara Datuk Zahid lebih kuat memanggil.
"Babah sakit" Air mata lebat menuruni wajah Aurora.
"I know Bunny." Datuk Zahid segera mencapai telefonnya untuk menghubungi ambulans. Jika hendak menghantar sendiri, pasti tidak akan sempat.
"Love!"
Tengku Adam berlari mendapatkan isterinya. Dia risau jika berlaku apa-apa kepada anak dan isterinya.
"I've told you. Kalau nak apa-apa guna lif kan." Tengku Adam sempat lagi memarahi isterinya.
"I'm sorry." Perlahan sahaja suara Aurora sebelum matanya dikaburi dengan kegelapan.
.........................................................
"Kami gagal untuk menyelamatkan..." Belum sempat doktor tersebut habis bercakap, Tengku Adam terus menerjah ke dalam wad isterinya. Dilihat wajah Aurora yang pucat.
"Ni semua salah kau!" Tengku Adam menjerit ke arah isterinya yang sedang tidur.
Aurora segera membuka matanya apabila mendengar jeritan suaminya. Wajah suaminya dipandang. Dia cuba mengukirkan senyuman, namun dia tahu Tengku Adam sangat marah.
"Kalau kau dengar cakap aku, anak aku mesti hidup lagi!" Tengku Adam menjerit seperti orang gila di dalam wad Aurora.
"Bie." Aurora terkejut dengan tuduhan suaminya itu.
"Tengku, dengar dulu apa yang saya nak cakap." Doktor yang merawat Aurora , berasa geram dengan Tengku Adam yang tidak sabar.
"Ah! Aku dah tak apa-apa nak dengar. Ni semua salah perempuan ni!" Tengku Adam terus keluar daripada wad isterinya. Kepalanya kusut ketika ini.
"Sebab kau anak aku mati Aurora."
............................................................
"I minta maaf doktor. My son jerit-jerit macam tu dekat doktor." Datin Rose Ailie meminta maaf bagi pihak anak lelakinya.
"It's okay Datin. Maybe, dia tertekan and kusut." Doktor tersebut berkata sambil memandang wajah Aurora yang mendung. Sejurus itu, dia terus berlalu pergi.
"Mama, Aurora minta maaf. Aurora..." Belum sempat Aurora menghabiskan kata-katanya, Datin Rose Ailie terlebih dahulu menggenggam tangan Aurora dan mencium lembut tangan menantunya itu.
"It's okay sayang. Mama tak marah. Mama yang patut minta maaf dengan perangai Adam yang salahkan you. None of this is your fault. Ini takdir Allah sayang." Aurora sekali lagi mengalirkan air mata apabila Datin Rose Ailie memberikan kata-kata semangat buatnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Romance"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...