CHAPTER 40

68.1K 1.9K 81
                                    

Tengku Adam setia menunggu di luar rumah walaupun hujan lebat. Sudah pukul 9.00 malam dan Aurora masih belum pulang.

"Where are you my love?" Tengku Adam mengumam perlahan apabila Aurora masih lagi belum pulang. Bodyguard juga tidak mengiringi Aurora.

"Ya Allah, semoga tak jadi apa-apa dekat dia."

........................................................

Aurora menolak perlahan pintu mansion Tengku Adam yang besar. Jam 12 baru dia pulang. Lama dia duduk di taman sambil menikmati KFC di dalam kereta. Hari ini, dia melalui hari yang sangat penat. Pinjaman daripada bank langsung tidak lulus.Bebanan hutang cukup mengganggu dirinya.

"Lambat balik?" Langkah Aurora terhenti apabila Tengku Adam yang tidak berbaju muncul dari dapur sambil memegang segelas air.

"I'm busy." Ringkas sahaja jawapan Aurora. Lagi banyak dia menjawab, pasti pergaduhan akan berlaku.

"Busy buat apa? You tak kerja kan sekarang? Now tell me my love and don't fucking lie to me!" Suara Tengku Adam mula berubah.

Aurora malas hendak melayan karenah Tengku Adam. Aurora terus mendaki anak tangga dengan laju. Tengku Adam semakin menyakitkan hati. Perangai tak berubah. Masih sama.

"Aurora! I tak habis cakap lagi."Tengku Adam dengan cepat mengejar Aurora dan memaut pinggang ramping milik isterinya itu.

"Adam! Lepaskan I! Ish! Apa ni! Lepaslah!"Aurora meronta-ronta apabila tubuhnya dibawa secara paksa oleh Tengku Adam ke dalam bilik tidur mereka. Tengku Adam sempat mengunci pintu bilik berteknologi tinggi tersebut dan membawa Aurora ke katil mewah miliknya. Tubuh Aurora dihempas.

"You nak buat apa ni! Lepaslah!" Aurora cuba menolak tubuh Tengku Adam yang sudah pun menindih tubuhnya. 

"Shhh...Melia nak tidur." Aurora terus mendiamkan diri. Hanya bunyi nafasnya dan nafas Tengku Adam yang kedengaran.

"Kenapa ni Love? You marah-marah. You stress. You are so tense. What's wrong my wife?" Tengku Adam bertanya dengan suara yang sangat lembut sambil mengelus lembut wajah isterinya.

"Let me go!" Aurora sekali lagi gagal dalam cubaan melepaskan diri. Tubuh Tengku Adam sangat berat dan membuatkannya agak sukar untuk bernafas.

"You dah tahu jawapan dia. Kenapa tanya lagi?"

........................................................

Aurora terjaga apabila mendengar Tengku Adam yang tidak berhenti batuk. Aurora yang tidur di bawah segera bangun dan kepalanya perlahan-lahan menjenguk Tengku Adam. 

"Aurora." 

Aurora dapat mendengar namanya keluar daripada mulut Tengku Adam. Aurora memberanikan diri dan melihat Tengku Adam yang sedang berselebung di dalam comforter. Aurora bangun dan menapak perlahan ke arah suaminya. Tangan dilekapkan ke dahi Tengku Adam.

"Ya Allah! Panasnya! Adam! Bangun Adam! You demam ni!" Cubaan Aurora untuk mengejut Tengku Adam gagal apabila tangan Aurora digenggam dan dipeluk erat oleh lelaki itu.

"Love, please don't leave me!" Tengku Adam mula meracau.

Aurora perlahan-lahan menarik tangannya dan menuju ke arah wardrobe. Sehelai tuala kecil diambil dan dia terus menuju ke bilik air. Sebekas air diambil dan diletakkan di sebelah Tengku Adam.

Aurora terus merendam tuala tersebut dan memerahnya. Kemudian, tubuh Tengku Adam dilap lembut. Tengku Adam memang jarang sangat sakit. Namun, sekali dia sakit, pasti teruk.

"Adam, bangun Adam." Lembut sahaja Aurora memanggil suaminya itu. Masalahnya, bukan Tengku Adam sahaja, Tengku Amelia juga merengek. Haih! Memang sehati sejiwa dua beranak ni!

Aurora bergerak ke arah Tengku Amelia. Anaknya semakin kuat merengek. 

"Ya Allah! Dia pun demam juga!" Aurora terus membuka telefon Tengku Adam. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. 

" Kena call doktor juga. Nanti dua-dua melarat."

.............................................................

Aurora tersenyum manis apabila melihat anaknya yang sedang lena tidur selepas diberi ubat oleh doktor. Tetapi, hatinya masih risau apabila melihat Tengku Adam. Doktor ada berpesan padanya, jika suhu badannya tidak turun sehingga waktu Subuh, dia perlu menghantar Tengku Adam ke hospital. Suhu badan Tengku Adan naik dengan mendadak. 

"Urmm..urmm." Aurora memandang Tengku Adam yang membuka matanya perlahan dan cuba bangun.

Aurora terus naik ke atas katil dan menahan tubuh suaminya daripada bangun.

"Love." Suara Tengku Adam serak dan kurang jelas.

"You nak makan ke?"Perlahan sahaja Aurora bertanya.

Tengku Adam meringis kesakitan ketika menggerakkan tangannya. IV drip memang menyakitkan.

"Esok kita pergi hospital eh?" Aurora bertanya sambil mengusap perlahan rambut suaminya.

"Okay."

............................................................

Aurora naik ke atas katil dan meletakkan kepalanya di dada bidang Tengku Adam. Seperti yang dikatakan doktor, suhu badan Tengku Adam masih tidak turun. Selepas Subuh, Aurora terus menghantarnya ke hospital. Mujur, Tengku Amelia dijaga oleh Datin Rose Ailie.

"Love." Aurora yang baru sahaja hendak terlelap terus bangun apabila mendengar suara Tengku Adam.

"Hey. How do you feel?" Aurora bertanya sambil matanya merenung wajah pucat lelaki itu.

"Weak." Sepatah sahaja perkataan yang keluar daripada mulut Tengku Adam.

"You lapar?" Aurora bertanya dengan penuh kelembutan.

"Lapar."

Aurora segera mengambil bubur yang masih panas. Dituang ke dalam mangkuk. 

"Duduk sebelah I." Tengku Adam kalau sakit memang manja lain macam.

Aurora sekali lagi naik ke atas katil Tengku Adam. Kasut dibuka. Aurora meniup perlahan makan tersebut dan menyua bubur tersebut di mulut Tengku Adam. Bubur ayam black pepper kesukaan Tengku Adam.

" Nanti rasa dia memang tawar and tak sedap. You kan demam." Tiba-tiba sahaja Aurora jadi dingin. Hati Tengku Adam yang berbunga-bunga sebentar tadi terus hilang. Entah kenapa dengan Aurora.

" Lepas I suap you ni, I ada kerja. Nanti Tengku Jericho datang teman you."

....................................................

"Kau tak patut tunjuk Aurora yang kau kisah pasal dia, risau pasal dia." Aurora menghentak kuat stereng kereta. Dia sangat marah. Dia sepatutnya menyembunyikan perasannya.

"I hate you Adam! I hate you!"

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang