CHAPTER 30

60.8K 1.8K 317
                                    

Sekejap sahaja duit hasil jualan kek dan lauk-pauk habis. Gara-gara Tengku Adam, semuanya menjadi kucar-kacir. Aurora memberi perniagannya kepada Aini dan Zaril untuk diteruskan. Tetapi menggunakan nama lain. Dia tidak mahu melibatkan sesiapa di dalam krisis hidupnya. Biarlah dia simpan rasa susah tersebut sendirian. Dia sudah biasa sendiri. 

Aurora membuka telefonnya dan memainkan rakaman suara Tengku Adam memarahinya. Setiap malam, dia akan mainkan rakaman tersebut. Dia mahu ingat apa yang Tengku Adam pernah buat. Apa yang Tengku Adam pernah cakap. Biar dia ingat sampai mati.

"Lepas ni, dah tak ada peluang untuk you lagi Adam."

............................................................

"Kau dah buat apa yang aku suruh?" Tengku Adam memandang tajam Raf.

Raf hanya boleh mengangguk. Dia sudah tidak tahu mana hati dan perasaan Tengku Adam terhadap isterinya. Dia kasihan melihat Aurora. Dalam diam, dia semakin hampir dengan lelaki misteri di dalam rakaman yang meretakkan rumah tangga Tengku Adam dan Aurora.

"You will never betray me aren't you?" Tengku Adam bertanya sambil menyisip perlahan minumannya.

"N...N..No Tengku." Gugup Raf menjawabnya. Daripada Tengku Daniel sehinggalah Tengku Farid, semuanya gila. Bahaya!

"Good. Ingat Raf, kalau aku tau kau khianat aku, aku takkan lepaskan kau. Aku akan buat benda yang sama macam aku buat dekat Aurora." Raf menelan air liur perlahan. Ya Allah! Janganlah Tengku apa-apakan Aurora.

"Kalau aku suruh kau bunuh Aurora, kau sanggup?" Tengku Adam mengukir senyuman sinisnya.

Raf terus kaku apabila mendengar soalan Tengku Adam. Takkan Tengku Adam terlalu membenci Aurora sehingga sanggup membunuhnya. 

"I'm asking you Raf. Will you do it for me?" Dingin sahaja suara Tengku Adam. Raf yang setia hanya mengangguk. 

"Very well then. You can go now." Raf dengan cepat keluar daripada office Tengku Adam. Dia tidak tahu pula Tengku Adam akan menjadi lebih menakutkan selepas bercerai. Lebih menakutkan daripada sebelum kahwin.

Tengku Adam menggenggam erat penumbuknya apabila satu mesej masuk ke dalam telefonnya. Mesej daripada nombor private yang Raf sendiri tidak tahu.

'We found it'- private number

"Tak lama lagi Raf."

..............................................................

"Kau dah tau yang Aurora tak bersalah! Yang kau pergi lafazkan cerai tu buat apa?!" Tengku Alex betul-betul fed up dengan Tengku Adam. 

"I'm blind with rage." Tengku Adam menjawab dengan penuh kekesalan. Rupanya, orang yang paling dia percaya, paling setia khianat kepadanya. Raf dan Anna berjaya menipunya hidup-hidup.

"Ha...padanlah muka kau! Kalau aku tak nampak Raf jumpa dengan Anna dekat mall minggu lepas, sampai matilah kau bercita-cita nak musnahkan Aurora. Kau yang buat semua customer dia tarik balik order kan? Macam-macam kau buat Adam. Kau tak kesian ke dekat Aurora. Berkejar sana-sini cari duit tampung rumah kebajikan. Kau tau tak, sebab orang kepercayaan kau tu Aurora hilang kerja. Dia banyak kena saman. Duit dia habis bayar saman orang. Kau pisahkan dia daripada Amelia. Kau hina dia Adam. Kau hina dia." Tengku Daniel menghela nafas panjang. Puas dia menasihati Tengku Adam.

"Amarah kau memakan diri. Taniah Adam." Sarcasm paling pedas dilemparkan oleh Tengku Farid.

Tengku Adam menggenggam erat cawan kaca ditangannya sehingga pecah. Tangannya berdarah. Marah. Sedih. Sesal. Semuanya ada. Dia menyesal. Bagaimana mulutnya sanggup melafazkan cerai terhadap Aurora. Orang yang dia sayang.

"Not to forget my brother, kau biarkan orang awam buat spekulasi sendiri. Sikit pun kau tak pertahankan Aurora. Banyak orang caci dia. Maki dia. Video tu tersebar, kau sikit pun tak kisah. Dia banyak terima sexual harrasment dekat social media. Dia sendiri tanggung Adam. Kau? Sibuk perempuan sana-sini. Sibuk dengan Anna yang bodoh tu. Sekarang? Kau rasakan sendiri." Tengku Jericho betul-betul membasuh pemikiran Tengku Adam. Dia bercakap melalui pengalaman sendiri. Dia juga tidak lari daripada masalah.

"Kau tak akan terlepas Raf."

................................................................

Flashback...

Tengku Daniel memeluk erat pinggang isterinya. Maklumlah, Bella sedang sarat mengandung. Kini, mereka sedang menuju ke salah satu cafe. Bella tiba-tiba mengidam untuk memakan pavlova. Sedang mereka berjalan, Bella tiba-tiba berhenti.

"Baby, kenapa tiba-tiba berhenti? Kata nak makan pavlova." Bella tidak menjawab malah memandang ke satu sudut. 

"Baby tengok apa?"Tengku Daniel turut melihat ke arah yang sama.

"Anna dengan Raf?" Bella segera menarik lengan suaminya ke satu sudut tersorok berhampiran dengan pasangan tersebut.

"What are..."

"Shhh" 

Bella dan Tengku Daniel memasang telinga mereka. Mereka perlu tahu kenapa Anna dan Raf berjumpa.

"How's our plan?" Anna bertanya kepada Raf yang sedang rakus menyedut minuman.

"Aurora is pathetic and Adam is imbecile. Percaya bulat-bulat. Aku dah cakap dengan kau Tengku Adam tu kuat cemburu dengan Aurora. When it comes to her, dia memang akan buat keputusan melulu. Plan kita memang akan berjaya. Kau akan dapat Adam. Aku akan dapat Aurora."

"Kenapa kau tolong aku?" Anna bertanya tiba-tiba.

"Kau ingat aku suka kerja dengan Tengku Adam? Aku ni macam anjing kau tau tak? Ikut mana-mana dia pergi. Suka tengking. Marah-marah. Daripada arwah abang aku kerja dengan dia tak kaya-kaya juga macam Tengku Adam. Abang aku tu yang bodoh setia dengan Tengku Adam." Raf dengan selamba mengata arwah abangnya.

"Aik? Tak cukup ke gaji 15K yang dia bayar abang kau?" Anna menyindir pedas Raf.

"Apa yang aku dapat kalau dia isi dalam akaun bank isteri dengan anak dia? Aku tak dapat apa. Sekarang, duit dia dah tak bernilai. Yang bernilai Aurora. Kalau aku jual tu, memang tinggi harga dia. Masa aku 'rasa' dia, memang tak payah cakap. Barang elok!" Anna dan Raf ketawa jahat.

Bella memandang wajah Tengku Daniel yang merah. Apa yang mereka dengar meruntun hati. Aurora dan Tengku Adam sama-sama terseksa. 

"Kita nak buat apa ni abang? Kesian dekat Aurora dengan Adam." Tengku Daniel tanpa banyak soal terus menarik tangan isterinya berlalu pergi. 

"Mati kau aku kerjakan Raf."

............................................................... 

Tengku Jericho galak membaca profil Syafiq Raikal. Ada sesuatu yang tidak kena mengenai lelaki tersebut. 

"Kau jumpa apa?" Tengku Farid bertanya sambil meniup air kopi panas di hadapannya.

"Well, he is Anna's btother. I don't think it is a coincidence." Tengku Jericho meraup wajahnya. Sibuk menyelesaikan masalah orang lain. Masalah sendiri pun tidak selesai.

"Kalau adik jahat macam tu, entah-entah abang dia taraf devil agaknya." Tengku Farid dan Tengku Jericho sama-sama ketawa.

"Kalau devil tu, taraf-taraf Tengku Daniel. Tak ada orang boleh lawan Tengku Daniel. Kau tak ingat yang dia kurung Bella dalam bilik sebab tak nak dia lari? Tengku Alex pun tak pernah kurung Zahira." Tengku Jericho dan Tengku Farid ketawan terbahak-bahak.

"Lepas ni, jangan kau pula kurung DIA tu."







YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang