"Raf? You buat apa dekat depan rumah I ni?" Aurora yang baru sahaja pulang daripada bank terkejut melihat Raf dihadapannya. Semakin lama, dia semakin rimas dengan Raf yang selalu datang. Dia tidak selesa. Tambahan pula untuk wanita bertudung sepertinya.
"Kebetulan saya ikut Tengku Adam meeting area sini. Itu yang saya singgah rumah Datin dulu." Aurora dapat rasakan yang Raf mempunyai muslihat sendiri.
"Aurora"
Aurora terus memalingkan wajahnya apabila mendengar suara Tengku Farid.
"Farid?" Aurora hairan melihat Tengku Farid yang kelihatan risau dan tergesa-gesa.
"Tengku Daniel dengan Tengku Alex nak jumpa you. They are waiting for you dekat hotel Alex." Tengku Farid berterus-terang.
"Okay. Nanti I datang." Aurora bertambah pening dan hairan.
"I was requested to escort you Aurora." Keras suara Tengku Farid. Aurora terus sahaja menganggukkan kepalanya.
"I pergi dulu Raf." Aurora mengikuti Tengku Farid yang laju melangkah.
Tengku Farid membuka pintu kereta Vellfire miliknya. Aurora pula tanpa banyak bunyi terus masuk ke dalam kereta. Pintu automatik tertutup. Tengku Farid pula, terus masuk ke dalam Jaguar F-Type miliknya. Kereta yang membawa Aurora diiring oleh beberapa buah kereta Range Rover hitam.
Aurora pula rasa tidak sedap hati. Dia tidak tahu mengapa Tengku Alex dan Tengku Daniel mahu berjumpa dengannya.
'Ya Allah, janganlah aku kena maki dengan Daniel dengan Alex. Sudahlah.'
........................................................
Aurora memeluk erat Tengku Amelia. Tengku Daniel dan Tengku Alex sebak melihatnya. Dicium lembut pipi tembam anaknya.
"Aurora, I dah sediakan satu bilik untuk you. There's a guard in front of the door. Kalau nak apa-apa cakap dengan guard tu. You spend time dengan Amelia. Kesian dia. Asyik minum susu botol." Aurora hanya menganggukkan kepalanya. Dia sudah lama tidak bertemu dengan Tengku Amelia.
"Thank you." Tengku Daniel dan Tengku Alex hanya menghadiahkan senyuman kepada Aurora. Mereka tahu rasanya apabila terpaksa berjauhan daripada anak.
Aurora mencium lembut anaknya.
"I miss you so much. Sorry sebab Mama tak dapat susukan Amelia. Mama minta maaf sangat-sangat. Lepas ni, Mama nak pergi jauh. Mama dah tak ada nak tengok Amelia. Amelia jangan susahkan Daddy. Dengar cakap Daddy. Jadi anak yang baik. Insya Allah, suatu hari nanti kalau Mama panjang umur, ada rezeki Amelia untuk jumpa Mama walaupun masa tu Amelia tak rapat dengan Mama." Aurora memeluk erat bayinya.
"You nak pergi mana?" Satu suara mengejutkan Aurora. Suara Tengku Adam. Aurora tidak berani memalingkan wajahnya. Tidak sanggup untuk melihat wajah Tengku Adam. Great! Dia telah ditipu oleh Tengku Alex dan Tengku Daniel.
Aurora segera meletakkan Tengku Amelia ke dalam baby cot dan mencium lembut pipi Tengku Amelia. Aurora dengan cepat mengorak langkah ke pintu bilik. Pintu cuba dibuka. Berkali-kali Aurora cuba menarik pintu tersebut, namun masih belum terbuka.
"Cuma thumbprint I yang boleh buka pintu tu. Tapi sebab you tak jawab lagi soalan I, I tak akan lepaskan you." Tenang sahaja Tengku Adam menjawab. Namun, di dalam hati, hanya Allah sahaj yang tahu bagaimana perasaannya berjumpa dengan Aurora. Dia rindu sangat dengan Aurora.
"Mind you own business. Tak perlu sibuk dengan urusan hidup I. I'm not your wife anymore." Aurora membalas dingin.
Tiba-tiba suasana menjadi tegang.
"Kenapa you tak beritahu I apa yang dah berlaku pada you? Kenapa mesti berahsia dengan I?" Perlahan sahaja Tengku Adam bertanya.
"You boleh ke terima keadaan I Adam kalau I cerita pada you? Tak boleh kan? So why wasting your time for a slut like me? You judge me before knowing the truth. You divorced me." Aurora sudah mengalirkan air mata.
"I'm sorry." Tengku Adam jatuh melutut. Aurora pula masih lagi menghadap pintu. Hatinya sakit! Cukup sakit! Cinta mereka tidak cukup utuh apatah lagi kepercayaan mereka.
"It's too late Adam. Pergilah cari perempuan yang kena dengan expectation you. Cari perempuan yang memahami standard you. Now, buka pintu ni. I nak balik." Aurora letih. Dia mahu pulang. Hilang mood dirinya untuk bersama dengan Tengku Amelia.
"You tak kesiankan Amelia ke Aurora?" Soalan panas dituju kepada Aurora.
"Are you?"
ZAP! Jawapan balas daripada Aurora membuatkan Tengku Adam terdiam seribu bahasa.
"You yang pisahkan I daripada Amelia. Kenapa nak salahkan I pula!?" Suara Aurora mula meninggi. Tubuhnya sekarang menghadap Tengku Adam. Aurora akui dia terkejut melihat wajah Tengku Adam. Sudah mula berjambang dan agak kurus berbanding sebelum ini.
"You yang tak bagi I peluang untuk explain! You yang..." Aurora memejam matanya sekejap. Pandangannya berpinar-pinar buat seketika. Yang dia dengar adalah suara Tengku Adam.
"Love?"
Aurora menahan tubuhnya di pintu bilik tersebut. Kepalanya pula terasa seakan dicucuk-cucuk.
"Aurora?" Tengku Adam berjalan pantas ke arah Aurora yang masih lagi memejam mata.
"Love? Are you okay?" Tangan Tengku Adam ditepis oleh Aurora.
"I can handle myself!" Aurora cuba berjalan. Setapak dia melangkah, dunianya terus gelap serta-merta. Perkara terakhir yang dia dengar adalah suara Tengku Adam yang memanggil namanya.
...........................................................
"What's wrong with her doctor?" Tengku Adam setia di sisi Aurora.
"Tekanan darah Cik Aurora agak tinggi. Mungkin kerana faktor pemakanan dan tekanan yang dihadapi oleh Cik Aurora."
Berbanding mendengar penjelasan doktor, hati Tengku Adam sakit apabila perkataan 'Cik' disebut oleh doktor tersebut.
"Adam!"
Tengku Adam tersedar daripada lamunannya apabila disergah oleh Tengku Jericho.
"Aikk! Takkan sakit hati dengar doktor tu panggil Aurora 'Cik'? Kau kena ingat Adam, kau dah tak ada hak atas Aurora." Provokasi pedas daripada Tengku Jericho.
"Diamlah! Pergilah keluar!"
Tengku Adam merenung wajah Aurora yang agak pucat. Apa yang membuatkannya tertekan? Dia kah puncanya?
"I ke punca you tertekan?"Tengku Adam berbisik perlahan.
"I tak akan lepaskan Raf dengan Anna. They ruined our relationship. They teared us apart." Air mata Tengku Adam jatuh ke atas wajah Aurora. Air mata dendam dan kekesalannya.
"I tak kisah kalau I perlu bunuh both of them untuk puaskan hati you. I'm willing to do that."
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Romance"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...