CHAPTER 37

59.8K 1.8K 103
                                    

1 bulan kemudian...

Aurora menepuk lembut Tengku Amelia yang merengek. Barangkali dia rindu dengan sentuha Tengku Adam.

"Yang patut bawa diri aku, bukannya dia." Aurora hairan dengan Tengku Adam. Bukan dia sahaja yang tidak boleh menghubungi Tengku Adam, malah kawan-kawannya yang lain juga tidak dapat mencari Tengku Adam. 

Tengku Adam hilang tanpa jejak. Aurora akui, dia risau dan dia tidak boleh buang rasa risau tersebut. 

Aurora mengambil telefonnya dan cuba menghubungi nombor Tengku Adam. Saja hendak mencuba. Mana tau, Tengku Adam akan menjawab panggilannya. 

"Hurmm."

Aurora hanya boleh mengeluh. Nombor Tengku Adam tidak dapat dihubungi. Menurut Tengku Farid, yacht milik Tengku Adam ada. Yang tidak ada adalah jet peribadinya dan jet peribadinya mendarat di Maldives tetapi Tengku Adam tidak ada di sana.

"Ya Allah, janganlah apa-apa jadi dekat Adam." Setiap kali hati Aurora memikirkan Tengku Adam, dia akan sentiasa berasa risau.

"Baliklah Adam."

....................................................................

"So, macam mana Tengku? Setuju tak dekat tawaran saya? Saya banyak copy video isteri Tengku. Saya orang terakhir yang ada." Tengku Adam tersenyum sinis mendengar keangkuhan lelaki di hadapannya.

"Berapa you nak?" Tengku Adam bernada dingin.

"1 million untuk setiap copy. In USD." Tengku Adam tersenyum sinis.

"Very well then. I akan siapkan duit you." Tengku Adam mendekati lelaki tersebut. 

"You know what? You memang pandai buat tawar-menawar dengan I. I'm amazed." Tengku Adam menyentuh perlahan bahu lelaki itu.

"Tapi sayang, you tak cukup kenal I." Tengku Adam menolak kuat lelaki itu.

BUSH!

Dalam sekelip mata, lelaki itu jatuh ke dalam laut. Sekarang ini, Tengku Adam berada di atas salah satu yacht miliknya. Dia baru sahaja membeli kapal mewah tersebut tanpa pengetahuan rakan-rakannya. Segala telefon dan akaun social media ditutup. 

"Tengku! Tolong! Saya tak boleh berenang! Tengku!" Tengku Adam melihat lelaki tersebut tenggelam timbul dan hampir lemas.

"Save him." Tengku Adam tersenyum sinis. Salah seorang bodyguard Tengku Adam terjun ke dalam laut dan menyelamatkan lelaki yang cuba tawar-menawar dengan Tengku Adam.

"Aku nak kau cari semua video pasal Datin. Aku nak kau padam semua sekali. Kalau ada yang degil, aku nak kau contact lawyer aku. Sediakan surat saman." Arahan Tengku Adam sangat jelas.

"You akan kembali pada I Aurora."

......................................................................

"You dapat tak call Adam?" Tengku Alex bertanya kepada Aurora. Memang susah untuk mencari Tengku Adam.

"I tak tahu. Dah banyak kali I call dia. Dia dah matikan phone dia." Perlahan sahaja Aurora menjawab. Hatinya pedih. Tengku Adam pergi membawa diri.

"Guys!" Daripada jauh, Aurora dapat melihat Tengku Jericho yang berlari dengan pantas ke arah mereka.

"Aurora, you tau tak yang Adam ada beli satu lagi yacht?" Tengku Jericho bertanya serius kepada Aurora.

"Tak. Yang I tau each one of you cuma ada satu yacht kecuali Tengku Farid. You ada 3 kan?" Aurora memandang ke arah Tengku Farid.

"Absolutely right."

"I rasa dia pergi berlayar." Tengku Jericho berkata perlahan.

"Tapi pergi mana?" Tengku Daniel pula yang semakin pening. Belum pernah terjadi lagi, Tengku Adam merajuk dengan perempuan. Aurora perempuan pertama yang berjaya.

"Entahlah. Dia tak cakap apa-apa dekat I." Perlahan sahaja Aurora menjawab. Dia risau sebenarnya. Dia yang disakiti, tetapi dia yang risau.

"You tak perlulah risau sangat Aurora. I dah berlayar dengan dia dah lama dah." Tengku Farid memujuk Aurora.

"I harap dia okay and sihat." 

...............................................................

Tengku Farid menepuk perlahan paha kecil Tengku Amelia. Dia akui, Tengku Amelia merengek teruk. Aurora juga kelihatan sangat letih. Maklumlah, sekarang ini mereka sedang berada di dalam kapal terbang peribadi milik Tengku Farid. Mereka sedang menuju ke Maldives. 

"Aurora, I tak janji tau yang Adam akan ada dekat sana. I minta maaf awal-awal kalau dia tak ada dekat sana." Tengku Farid berkata sambil mencium lembut pipi tembam Tengku Amelia.

"It's okay. I cuma nak tau kalau dia sakit ke? Ada apa-apa benda buruk berlaku dekat dia ke? I risau sangat-sangat." Pertuturan Aurora membuatkan Tengku Farid tersenyum.

'Risau. Ingatkan tak risau.' Hati Tengku Farid ketawa kecil.

"Kenapa you risau walaupun Tengku Adam dah buat macam-macam dekat you?" Tengku Farid betul-betul hendak tahu.

Aurora hanya diam. Dia sendiri tidak tahu jawapannya. Tapi apa yang pasti, dia sangat-sangat risau. Dia rasa hendak menangis apabila terfikirkan tentang Tengku Adam. 

"Itu namanya cinta Aurora. Walaupun dia dah buat macam-macam dekat you, you tetap cari dia. Tengku Adam tu memang susah nak percaya dekat orang. You bahagia sebab layanan dia and perangai dia. Kurangnya bahagia bila you memiliki tapi tak menguasai. Tak salah kalau you sebagai isteri nak tahu dia pergi mana, dengan siapa. Apa dia buat. Tengku Adam selalu cakap dengan I, you percayakan dia sangat. Kali ni, ajar dia cukup-cukup Aurora. Ajar dia supaya dia percayakan you.Be that seducer. Be the woman that have standard. Make sure you berdiri sebelah dia and other women will know that he is yours." 

Kata-kata Tengku Farid sedikit-sebanyak menaikkan semangat Aurora.

"I don't know if I can be that seducer again. After what happened, I..." 

"Let bygones be bygones. Bukan salah you Raf buat macam tu. Dia sepatutnya berterima kasih dengan Adam. I yakin, you mampu jadi Aurora yang dulu. Yang boleh jatuhkan Tengku Adam." Aurora memandang wajah anaknya yang sedang tidur.

"But how?"

"Kahwin dengan dia balik but this time you will control the game. Not him or anyone else. Kalau you boleh control permainan you, you akan menang. Trust me, bukan senang nak jatuhkan Adam 100 percent."Tengku Farid datang dengan persiapan. Persiapan untuk membantu Aurora.

"Susahnya! By the way, bila masa you fikir semua ni?" Aurora hairan dengan Tengku Farid.

"Bukan I seorang yang fikir, Tengku Jericho, Tengku Alex, Tengku Daniel, Bella, Zahira, semua tolong I. Then, we came up dengan satu kata sepakat. Kahwin balik dengan Tengku Adam and you will get your revenge." Tengku Farid kedengaran sangat yakin.

"Bagi I fikir dulu."





YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang