CHAPTER 42

65.8K 1.9K 102
                                    

Sudah hampir 14 jam Aurora menunggu, namun doktor masih belum keluar daripada dewan bedah. Tubuhnya menggigil ketakutan. Takut jika apa yang dibayangkan olehnya menjadi realiti. Dia takut untuk kehilangan Tengku Adam. 

"Dia akan okay. You cuma kena doa yang baik-baik untuk dia." Tengku Daniel cuba memberi kata-kata semangat kepada Aurora.

"Ini ke yang dia rasa masa I tak ada?" Perlahan sahaja Aurora bertanya.

"Yes. Even though you dengan dia bercerai, hati dia tetap cari you. Hanya you yang dia nak walaupun dia menafikan perasaan dia pada you. Dia pernah cakap pada I, kalaulah you dengan dia bercerai sekalipun, dia tak akan kahwin lagi. Dia kata, cukup you seorang and dia ada cakap, tak ada sesiapa yang lebih layak berbanding you untuk jadi isteri dia." Kata-kata Tengku Alex mengundang sebak Aurora.

"I.."

"It's okay Aurora. All of us faham kenapa you buat macam tu. I tahu, memang susah untuk you maafkan Adam lepas apa yang dah jadi." Giliran Tengku Jericho pula memberi semangat kepada Aurora.

"Insya Allah, dia akan selamat."

.....................................................

Terduduk Aurora apabila mendengar berita yang disampaikan oleh doktor. Tengku Adam berkemungkinan lumpuh. Walaupun Tengku Adam boleh menjalani rawatan fisioterapi, tetapi berita tersebut sangat mengejutkan.

"Ya Allah! Aurora!" Datin Rose Ailie terus memeluk Aurora.

"Doktor, ada harapan ke dia boleh sembuh?" Menggeletar suara Tengku Farid bertanya.

"Insya Allah, jika Datuk fokus dengan rawatan dan ikut jadual, Datuk akan boleh berjalan semula dengan izin Allah dan alhamdulillah, keadaan Datuk dah stabil. Kita cuma perlu tunggu Datuk sedar sahaja." Doktor bernama Ayub tersebut memberi jawapan positif buat Tengku Farid.

"Doktor, boleh saya masuk? Saya nak tengok suami saya?" Aurora bertanya dengan penuh harapan. Dia nak sangat berjumpa dengan Tengku Adam.

"Silakan. Tapi hanya seorang sahaja yang boleh masuk." Datin Rose Ailie menganggukkan kepalanya kepada Aurora. Biarlah menantunya yang masuk terlebih dahulu.

Aurora menapak perlahan ke dalam wad yang menempatkan Tengku Adam. Setiap perbuatan dan percakapan mula disesali. Dia derhaka dengan suaminya sendiri. Selalu meninggikan suara. Selalu menengking suaminya.

Nafas Aurora seakan-akan sesak apabila melihat Tengku Adam yang terlantar di atas katil hospital berserta tiub yang dilekatkan di tepi mulutnya. Wayar-wayar yang berselirat di atas tubuh kaku Tengku Adam sangat meruntun jiwanya. Dia sedih. Aurora memegang perlahan tangan Tengku Adam.

"Ass..sa..salamualaikum Bie." Aurora terus sebak. Melihat suami yang sedang terlantar sangat-sangat meruntun jiwanya.

"Bie, Love datang ni. Bangunlah." Lembut sahaja Aurora membisikkan di telinga Tengku Adam dengan harapan suaminya itu akan cepat sedar.

"I'm sorry Bie. Please, wake up." Aurora terus mengucup lembut pipi Tengku Adam.

"I'm sorry."

...........................................................

Aurora yang sedang berteleku di atas sejadah hanya mampu merenung Tengku Adam yang terlantar di atas katil. Suaminya masih lagi belum sedar. Menurut doktor, Tengku Adam akan mengambil masa untuk sedar.

"I takut hilang you Adam, tapi dalam masa yang sama I masih tak boleh nak lupakan apa yang dah jadi. I ni ego ke Adam?" Aurora mengumam perlahan.

Aurora bangun dan melipat sejadahnya. Tudung dipakai semula. Dia belum makan. Jadi, dia ingin turun ke cafeteria untuk membeli makanan. Aurora yang baru hendak menapak keluar terkejut apabila melihat Datin Rose Ailie yang memegang beberapa tupperware.

"Mama?" Aurora terus menyalam tangan Datin Rose Ailie.

"Ni, mama ada masak sikit untuk Aurora. Kesian Aurora, daripada semalam tak balik rumah lagi."Aurora tersenyum manis kepada ibu mentuanya. Walaupun dalam keadaan begini, wanita tersebut masih lagi mampu masak untuknya.

"Mama. pasal Amelia.."

"Mama dah bagi susu yang you pumped pagi tadi. Dia sekarang ada dengan Babah dalam kereta. Babah tengah tidurkan dia."

"Sorry sebab Aurora susahkan Mama dengan Babah."Aurora terus memeluk tubuh ibu mentuanya.

"Macam mana dengan Adam?" Datin Rose Ailie bertanya.

"Masih belum sedar lagi Mama. Doktor cakap akan ambil masa. Tapi, alhamdulillah doktor cakap dia dah tak perlukan bantuan pernafasan."

............................................................

Tengku Adam memalingkan wajahnya daripada Aurora. Berita ini sukar untuk diterima olehnya. Dia sudah lumpuh. Dia sudah cacat.

"I'm sorry for being a burden to you." Perlahan sahaja Tengku Adam menuturkannya. Dia tidak sempurna seperti dahulu.

"Please jangan cakap macam tu Bie. You bukan beban sesiapa." Aurora terus naik ke atas katil dan memeluk suaminya.

"I'm sorry." Aurora terus menghamburkan tangisannya.

"Just go Aurora. I want to be alone." Aurora terus memandang suaminya.

"Tapi, I.."

"Just go. I nak rest." Dingin sahaja suara Tengku Adam.

"Okay then." Aurora segera mengelap air matanya dan turun daripada katil. Mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk dia bercakap dengan Tengku Adam.

"I keluar dulu. Kalau ada apa-apa, you boleh panggil I or nurse." Aurora menghela nafas panjang apabila Tengku Adam langsung tidak menjawab.

Aurora keluar daripada wad dan melihat kawan-kawan Tengku Adam masih setia menunggu.

"Dia okay tak?" Perlahan sahaja Tengku Farid bertanya.

"Okay. Kalau nak jumpa pergilah masuk." Aurora sempat memberi senyuman kepada semua sahabat baik Tengku Adam sebelum berlalu pergi.

Aurora bergerak menuju ke surau. Dia perlu tempat yang sunyi untuk menghamburkan tangisannya. Perasaannya bercampur-baur. Risau. Marah.Sedih. Semuanya ada.

"Ya Allah, aku berdosa dengan suami aku sendiri." Aurora menekup mulutnya. Dia tidak mahu tangisannya didengari oleh sesiapa.

Setelah hampir setengah jam menangis, Aurora akhirnya kembali tenang. Muka dibasuh supaya kelihatan segar dan tidak sembab. Dia malas hendak menggunakan sebarang alat solek. Dia lebih suka naked face. Aurora menarik nafas panjang dan menuju ke wad Tengku Adam.

"I tau you sedih. Dalam keadaan macam ni, I tau tak sesuai untuk I cakap pasal syarikat Adam. Tapi you kena tahu, syarikat Adam perlukan CEO baharu untuk sementara waktu and semua ahli lembaga dah bersetuju untuk jadikan you sebagai pengganti Tengku Adam." Tengku Jericho yang datang entah daripada mana mengejutkan Aurora.

"Tapi, I tak tau apa-apa pasal companies Adam." Aurora mula risau.

"Don't worry. Tengku Alex dengan Tengku Daniel akan ajar you. Biar I dengan Tengku Farid fokus pada treatment Adam. I just want you to remember Aurora, syarikat-syarikat Adam tak boleh muflis. He have too many workers yang bekerja di bawah  dia. They have kids and family. So, I harap you boleh tolong Adam." Kata-kata Tengku Jericho membuatkan Aurora serba-salah. Bila difikirkan semula, dia tidak boleh selfish.

"Okay.I'll do it."





YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang