CHAPTER 2

58.9K 2K 211
                                    

"Kau ni dah kenapa Adam?" Tengku Alex melihat Tengku Adam yang daripada tadi bermain dengan jari anak kembarnya.

"Just, I met this woman. You knew her. Aurora Salsabila." Tengku Alex terus ketawa mendengar nama tersebut.

"Well, she's a seducer. Nasihat saya, kalau awak tak mampu nak handle dia, baik awak undur diri." Giliran Zahira pula memberi nasihat kepada Tengku Adam.

"I'm not going to fall for her Zahira" Tengku Alex dan Zahira berpandangan sesama sendiri.

"We will see" Zahira berkata sambil memandang sinis Tengku Adam.

"I'm telling you Adam. She's more dangerous than what you think"

................................................................................

"Haura, siapa yang perempuan yang pakai baju kurung tu?" Datin Rose Ailie bertanya apabila melihat seorang perempuan yang melayan kerenah penghuni rumah kebajikan tersebut.

"Oh, itu Aurora. Model terkenal tu Datin. Dia pernah jadi penghuni dekat rumah ni dulu." Datin Rose Ailie serta-merta kenal dengan gadis itu. Dia tahu gadis itu selalu terpalit dengan gosip-gosip liar di luar sana.

"Bukan ke dia selalu ada kontroversi?" Sinis sahaja Datin Rose Ailie bertanya.

"Memang selalu Datin. Tapi dia perempuan paling baik saya pernah jumpa. Tak pernah sekali pun dia tak call saya tanya pasal anak-anak dekat sini. Dia yang selalu menyumbang untuk anak-anak dekat sini. Infact, daripada duit sumbangan dia yang saya gunakan untuk besarkan lagi rumah kebajikan ni. Cita-cita dia besar Datin. Dia nak ada yayasan dia sendiri untuk tolong orang susah."

"Well, if you say like that, then she's very qualified to be my daughter-in law" Datin Rose Ailie mengumam perlahan. Otaknya ligat memikirkan rancangan nakalnya untuk Tengku Adam.

"Haura, saya balik dulu tau. Nanti duit sumbangan saya akan masukkan." Datin Rose Ailie terus bangun meninggalkan rumah tersebut. Di hadapan rumah kebajikan tersebut sudah ada kereta peribadi yang menunggu.

Datin Rose Ailie sempat merenung ke arah gadis yang bermain dengan anak-anak dan kelihatan sangat gembira. Datin Rose mengeluarkan telefonnya dan mengambil video Aurora bermain dengan anak-anak di halam rumah tersebut dengan penuh gembira.

"Datin ambil video siapa tu?" Pak Junid yang merupakan pemandu peribadi Datin Rose Ailie hairan melihat perbuatan Datin Rose Ailie.

"Saya nak dia jadi menantu saya Pak Junid"

...................................................................................

Aurora keluar daripada pasar raya dengan banyak barang di tangan. Mujur dia membawa Burberry crossbody bag. Mudah dan kecil. Aurora yang sentiasa memakai baju kurung apabila di luar waktu kerja pasti akan mengejutkan orang yang mengenalinya.

Sedang Aurora berjalan menuju ke keretanya, dia melihat seorang wanita yang  sedang mengurut perlahan kakinya. Troli berisi barang juga terbalik. Aurora segera memasukkan barangnya ke dalam bonet kereta dan bergegas untuk membantu wanita itu.

"Ya Allah! Puan ok?" Aurora menarik lembut tangan wanita itu untuk membantunya bangun.

"Kaki Aunty sakit . Entah macam mana Aunty boleh jatuh pula" Datin Rose Ailie berlakon dengan sangat baik.

"Tak apa . Biar Aurora tolong." Sambil memegang tangan wanita itu, Aurora mengambil beg-beg plastik berisi bahan-bahan basah.

"Panggil Aunty sahaja. Tak perlu nak formal sangat." Aurora hanya mengangguk.

"Aunty datang dengan siapa?" Aurora bertanya dengan penuh lembut.

"Aunty datang sendiri."

"Aurora hantar Aunty balik ya?" Datin Rose Ailie sangat gembira. Rancangannya berjalan lancar.

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang