CHAPTER 35

63.3K 1.9K 153
                                    

Tengku Adam setia menunggu di luar bilik rawatan. Kali ini, Aurora diserang demam panas. Suhu badannya naik dengan mendadak ketika mereka di dalam perjalanan ke hospital.

"Setiap kali, kau came out dengan rancangan gila, Aurora mesti end up masuk hospital." Tengku Jericho memerli Tengku Adam. Kononnya rancangan mereka hanya untuk menakutkan Aurora.

"Tengok sekarang, dia kena demam panas. Lepas ni, aku tak nak terlibat lagi dengan rancangan gila kau. Kalau kau nak dia, go for it. I don't want to do something that might harm her anymore. She had enough." 

"Before she passed out, she said that I ada beli tanah rumah kebajikan yang dia duduk dulu. I swear to you guys. Aku tak beli pun tanah tu. Aku tak tau pun rumah kebajikan tu dah kena roboh." Tengku Adam confuse.

"Itulah yang kau tak tau. Anna dengan Raf tu licik. Lagi-lagi Raf tu. Dia dah faham sangat dengan waktu kerja kau, kontrak-kontrak or semua tender yang kau dapat."Tengku Farid sudah lama tahu. Dia sengaja tidak mahu memberitahu. Dia ingatkan Tengku Adam akan mengetahui mengenai hal-hal kecil seperti itu. Rupanya tidak.

"Kenapa tak inform aku?" Tengku Adam merenung tajam wajah Tengku Farid.

"Bukan ke kau dah buang Aurora daripada hidup kau. Sekelip mata kau rampas tittle isteri tu daripada dia. Kau rampas segala-galanya yang dia ada. Now it's your turn. Giliran dia untuk hancurkan ego kau. Giliran dia untuk malukan kau. Giliran dia untuk rampas balik hak dia." Tengku Farid menghela nafas panjang. 

"Aku akan pastikan dia menang lawan kau Adam."

..................................................................

Aurora hanya mampu berbaring dan menyedut oksigen yang sejuk. Dia tidak larat. Sangat-sangat tidak larat. Dia betul-betul perlu rehat sebelum dia keluar. Dia perlu cari ikhtiar lain untuk membayar segala hutang. 

"Datin." Aurora hanya memandang doktor yang sedang menutup pintu. Doktor peribadi milik Tengku Adam.

"Saya akan periksa keadaan Datin dulu."

Aurora hanya membiarkan doktor dan nurse membuat kerja mereka. Dia malas mahu melawan. Sejak dia dibebani hutang, dia kerap mendapat migraine. Cepat pitam. Tekanan darahnya juga tidak menentu.

"Datin, ni dah kali kedua Datin pengsan. Demam pula. Datin jangan stress sangat. Tekanan darah you, far from normal Datin. You kerap ambil painkiller. Bahaya Datin. Kalau boleh, Datin kena banyak rehat. Pergi bercuti ke, riadah ke or buat something yang akan bagi ketenangan pada Datin." Doktor peribadi Tengku Adam dengan lembut menasihati Aurora.

Aurora menghela nafas panjang. Dia letih. Badannya sakit. Sakit sangat-sangat. 

"Love?" 

Aurora meluat mendengar panggilan tersebut daripada mulut Tengku Adam. Panggilan yang suatu dahulu dia suka dan nanti-nantikan. Kini tidak lagi. Dia sudah tawar hati dengan Tengku Adam.

"How is she?" 

"She's okay. Cuma, dia masih lagi lemah. Pihak kami akan monitor mengenai kesihatan Datin dalam masa seminggu. Kalau ada apa-apa, saya akan beritahu Datuk secepat mungkin."

"Thank you. You can go now." Dingin sahaja suara Tengku Adam. 

Tengku Adam terus duduk di sisi Aurora. Risau dengan keadaan Aurora. Aurora kerap sakit dan tubuhnya agak kurus daripada kebiasaan.

"Love, are you okay?" Lembut sahaja suara Tengku Adam bertanya.

"Stop calling me like that. It disgust me." Lancar sahaja serangan balas keluar daripada mulut Aurora.

"Okay. Just stop stressing yourself. I tak nak you sakit lagi." Tengku Adam mengambil keputusan untuk mengalah.

"Selagi you ada dekat sini, selagi tu I akan stress." 

....................................................................

"I dah cakap dengan you, I tak nak rujuk dengan you. Apa masalah you ni?" 

Aurora rimas apabila selalu diganggu oleh Tengku Adam. Siang, malam, pagi dan petang lelaki itu akan memunculkan diri.

"Why not? Kita ada anak Aurora. Please." Lembut sahaja pujuk rayu Tengku Adam.

"Jangan lupa Tengku Adam, you yang pisahkan I dengan dia. I dah tak ada kena-mengena dengan you." Aurora terus menghempas pintu kondominiumnya dengan kuat.

Aurora dah letih. Tengku Adam memang jenis yang tidak akan mengalah untuk memikatnya kembali. Dia sudah tawar hati dengan Tengku Adam. Tetapi lelaki itu sangat degil dan keras kepala.

"Aurora! Open the door my Love!" 

Aurora menekup mukanya apabila Tengku Adam mula menjerit-jerit di depan pintu rumahnya. Dah mula dah. 

"Ish! Kenapa you ni tak faham-faham ni!!" Aurora yang sudah tidak boleh menahan kemarahan ,mengambil mug di atas mejanya. 

Pintu dibuka dan mug dibaling kuat mengenai kepala Tengku Adam. Mug tersebut pecah berderai.

"Aurora!"

Aurora terus seakan-akan tersedar. Mulutnya ditekup. Darah mula mengalir membasahi pipi sebelah kanannya.

"A...A..Adam...I..I.." Aurora tiba-tiba rasa bersalah sangat.

"I balik dulu. Assalamualaikum." Tengku Adam tanpa banyak bunyi terus melangkah pergi.

"Adam wait!" Aurora segera mengejar Tengku Adam yang melangkah laju meninggalkannya.

"Adam!" 

Aurora cuba mengejar Tengku Adam yang sudah masuk ke dalam lif. Namun, belum sempat dia mengejar, pintu lif telah pun tertutup.

Aurora segera bergerak ke arah tangga. Dia perlu mengejar Tengku Adam. Dia betul-betul tidak sengaja. Sebaik sahaja dia turun, dia melihat kereta Tengku Adam yang sudah pun mula bergerak.

"Ada..Arghh!" Aurora terhenti apabila kakinya terpijak sesuatu. Paku berkarat!

"Sakitnya!!" Aurora mengumam perlahan. Terduduk dia dibuatnya. Sakitnya tidak boleh digambarkan. Dia tidak tahu bagaimana saiz paku tersebut.

"Haih! Hospital lagi!"

..............................................................

"Itulah kau! Aku dah kata, jangan terhegeh-hegeh macam tu. Banyak lagi cara lain!"Tengku Farid membebel sambil memerhati luka Tengku Adam yang dibersihkan oleh doktor peribadinya.

"Manalah aku nak tau dia nak mengamuk macam tu." Sesekali Tengku Adam meringis kesakitan.

"Lain kali bawa hadiah bila jumpa dia." Tengku Farid sekali lagi membebel.

"Aku bawa rantai tangan emas tau. 56K. Dia pijak rantai tangan tu." Suara Tengku Adam kedengaran sangat kecewa.

"Nanti dia sejuklah tu." Tengku Farid memujuk Tengku Adam yang seakan-akan merajuk.

"Patut tak aku move on?"

...............................................................

Bella mengesat perlahan air mata Aurora yang keluar menahan sakit. Badannya berpeluh-peluh. Bahagian tapak kakinya sudah mula membiru. Mana tidaknya, bila sudah teruk baru Aurora menghubunginya.

"Abang, cepatlah! Baby risaulah!" Sesekali, Bella menekap tangannya di dahi Aurora. Peluh dilap.

"Sikit lagi Aurora." Bella risau melihat keadaan Aurora yang kelihatan pucat dan lemah.

"Dah sampai! Tunggu sekejap, I panggil nurse." Tengku Daniel betul-betul berhenti di lobi hospital. Tidak sampai 20 saat, nurse tiba dengan wheelchair. 

Tengku Daniel memapah perlahan Aurora. Bella memang tidak larat kerana dia sedang sarat mengandung.

"Harap-harap tak teruk sangat."

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang