CHAPTER 13

67.7K 1.9K 84
                                    

"Aku terima nikahnya Aurora Salsabila Binti Aariz Shiraz dengan mas kahwinnya 99 ribu ringgit tunai." 

"Sah"

"Sah!"

Aurora mengalirkan air mata saat Tengku Adam melafazkan akad. Dia sah menjadi milik Tengku Adam sepenuhnya. Aurora mengesat sedikit air matanya yang mengalir. Majlis mereka pada malam ini diambil secara live oleh majalah yang sama mengambil siaran langsung majlis perkahwinan Tengku Daniel dan majlis resespsi Tengku Alex.

Jari Aurora dipegang lembut oleh Tengku Adam. Aurora dapat melihat cincin yang sangat cantik disarung ke jarinya. Dagu Aurora dipegang dan dahi Aurora dicium lembut oleh Tengku Adam. Mata Aurora agak silau apabila matanya  terkena flash kamera tanpa henti.

Pipi Aurora dicium lembut oleh Tengku Adam. Wajah Aurora sangat manis apabila bertudung. 

"You are mine Mrs.Adam."

...........................................................................................

Aurora rasa sangat-sangat letih. Baru majlis akad nikah belum lagi majlis resepsi. Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam dan tetamu semuanya sudah pulang. Yang tinggal hanyalah mereka yang bertanggungjawab untuk mengemas.

Aurora duduk di sofa ruang tamu mewah Datin Rose Ailie dan membuka kasut tinggi jenama Jimmy Choo yang dipakainya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia dan Tengku Adam perlu memakai kasut di dalam rumah.

"Sakitnya kaki aku." Aurora mengumam perlahan sambil mengurut perlahan kakinya yang sudah memerah. Mana tidaknya, daripada selepas majlis akad nikah, dia dan Tengku Adam menyapa setiap rakan kerja ayah dan ibu mentuanya. Bussiness partner Tengku Adam pula tersangatlah ramai. Semuanya daripada luar negara.

"Sakit sangat ke?" Tengku Adam duduk bersila di hadapan isterinya dan memegang lembut kaki gebu milik isterinya.

Aurora tidak menjawab soalan suaminya. Dia masih lagi marah dan sakit hati dengan tindakan lelaki itu. Dia tidak mahu terperangkap dalam perkahwinan. Jujur dia katakan, dia tidak bersedia untuk menjadi isteri kepada Tengku Adam.

"Love, I tanya ni, sakit sangat ke?" Aurora tanpa banyak bunyi terus menarik kakinya daripada pegangan Tengku Adam dan bangun meninggalkan lelaki itu.

Aurora menghempas tubuhnya ke katil empuk milik Tengku Adam. Tudung dibuka. Zip belakang baju songketnya turut dibuka sehigga menampakkan girdle berwarna putih yang dipakainya. Zip baju tersebut betul-betul berhenti di punggungnya. 

"Baik aku tidur." Aurora terus meletakkan kepalanya di atas bantal suaminya itu. Aurora akhirnya terlelap dek kerana kesejukan bilik tidur suaminya itu.

......................................................................................................

"Urmm..Bie, Love nak tidur." Aurora menggunakan aura godaannya untuk menghalang suami miangnya itu. Tangan tak boleh duduk diam!

"You can sleep after you solat Love. Wake up. Sekarang dah pukul 6.30 Love. Bangun eh?" Lembut sahaja Tengku Adam mengejut isterinya itu.

"6.30!?" Aurora terus turun daripada katil dan berlari masuk ke dalam bilik air. Dia takut terlepas solat subuh.

Tengku Adam hanya ketawa melihat telatah Si Penggodanya itu. Haih! Dah banyak kali dia mengejut isterinya itu, namun Aurora tidur dengan sangat lena.

..................................................................................................

"Mana semua orang dalam rumah?" Aurora bertanya sambil mengacau nasi goreng di dalam kuali. 

"Semua orang dah ada dekat hotel Alex." Tengku Adam menjawab sambil memeluk tubuh isterinya daripada belakang.

"Nak buat apa dekat sana?" Soal Aurora hairan sambil menyuap sedikit nasi goreng tersebut ke mulut Tengku Adam. Dia risau jika ada apa-apa yang kurang.

"Our reception." Terkebil-kebil mata Aurora mendengar jawapan Tengku Adam.

"Reception?" Aurora sangat tidak rajin. Lagi ramai tetamu. Lagi lama berdiri. Lagi banyak gosip.

"Yes Love. Our reception." Tengku Adam mengusap perlahan paha isterinya yang gebu. Aurora memakai salah satu sweater miliknya dan tidak memakai seluar. Betul-betul Penggoda.

"I tau you penat. Tapi, reception penting supaya semua orang tau you dah jadi milik I Aurora. Other than that, I tak boleh ambil risiko untuk you lari lagi daripada I. Kalau semua orang tahu you kahwin dengan I, then you larikan diri, you yang akan dapat malu. I tak kisah." Licik betul Tengku Adam.

"Are you that desperate Adam?" Aurora merenung wajah suaminya.

"Yes Love. I terlalu terdesak untuk dapatkan cinta you. I terdesak nak dapatkan tubuh you. I terdesak untuk buat you pregnant." Meremang bulu roma Aurora.

"Pregnant?"

"Kenapa? You tak sudi ke mengandungkan anak I? Lahirkan anak I?" Tengku Adam rasa sakit hati. Peha Aurora dicengkam kasar.

"Bukan tak sudi, tapi you tau kan kerja I. I want to earn my own money. I don't want to depend on you Bie." Aurora tahu Tengku Adam marah. Aurora mengusap lembut dada bidang suaminya. Dia tidak mahu lelaki itu mengamuk.

"Berhenti kerja and buat business." Selamba sahaja Tengku Adam menjawab membuatkan Aurora sakit hati.

"You ingat buat business senang ke? Kalau I dah keluar modal then I bankrupt, kan susah?" Aurora mengambil pinggan dan menyenduk nasi goreng yang sudah sedia untuk dimakan.

"You can use my money and use my brain for your business my love." Aurora memandang wajah berlagak suaminya.

"Ok. I akan gunakan duit and otak you. Tapi, I tak nak you bagi duit tu bulat-bulat dekat I. I nak you bagi loan dekat I. If you refuse, I tak akan berhenti daripada jadi model." Aurora menyilangkan tangannya.

"Very well. I will give you a loan but you have to pay me back with a very high interest rate my Love."







YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang