CHAPTER 27

47.8K 1.5K 16
                                    

"Masuklah." Walaupun Aurora dalam keadaan sakit, dia masih mempelawa pasangan tersebut dan melayan mereka seperti tetamu.

Aurora hanya tersenyum apabila melihat pasangan muda itu yang kelihatan terpegun melihat keadaan kondominium mewah miliknya.

"Cik tinggal dekat sini ke?" Aurora hanya menganggukkan kepalanya.

"Kami minta maaf sebab susahkan Cik." 

"Panggil Kak Aurora. Tak perlu nak ber 'cik' sangat dengan Akak." Aurora sangat humble.

"Kalau macam tu panggil saya Aini. Suami saya Zaril."Aurora hanya menghadiahkan senyuman manisnya.

"Duduk dulu, bagi Akak siapkan dulu bilik untuk awak berdua."

...........................................................

"Sedap Akak masak. Kami minta maaf sebab menyusahkan Akak." Aurora hanya tersenyum mendengar pujian pasangan muda di hadapannya.

"Akak minta maaflah tanya, mana mak dengan ayah awak berdua ni? Ni anak awak ke?" Aurora bertanya kerana dia sangat-sangat ingin tahu.

"Ya Akak. Sebenarnya, mak dengan ayah kami dah halau kami sebab kami dah bernikah. Kami bernikah sebab masa tu saya dengan suami saya dah terlanjur." Perlahan sahaja Aini menjawab.

"Tak apa. Akak tak judge orang. Boleh akak tanya, umur awak berdua ni berapa?"

"Kami 19 tahun Kak." Aurora jatuh kasihan mendengarnya. Umur 19 tahun dah merasa untuk jaga anak.

"Kenapa tak bayar sewa rumah?"

"Saya kena buang kerja sebab asyik minta cuti. Anak kami, Warda selalu sakit." Zaril menjawab perlahan.

"Dulu Zaril kerja dekat mana?" Aurora tergerak hati untuk menolong pasangan muda tersebut.

"Saya kerja kedai kek. Saya suka baking sebenarnya." Malu-malu sahaja Zaril menjawab.

"Akak ni isteri Tengku Adam kan?" Aini bertanya perlahan.

"Bekas isteri."

.............................................................

"Amelia, jangan macam ni sayang. Tidurlah." Daripada tadi Tengku Adam cuba untuk menenangkan Tengku Amelia yang mengamuk. Bising satu rumah dengan tangisan anak perempuannya itu.

"Bagi dekat Babah." Dingin sahaja suara Datuk Zahid. Berani sekali Tengku Adam menceraikan menantu kesayangannya.

Tengku Amelia terus tenang dan hanya sedikit merengek.

"Amelia rindu Mummy ya? Nanti Atuk bawa jumpa Mummy ya?" Lembut sekali Datuk Zahid memujuk cucunya itu.

"No Babah! You tak boleh bawa dia jumpa Aurora!" Tengku Adam tidak mahu perempuan seperti Aurora mendidik anak perempuannya.

"Baik. Kalau you tak bagi Amelia jumpa dengan Aurora, you boleh keluar daripada rumah I. I tak izinkan you jejakkan kaki lagi dalam rumah I." Datin Rose Ailie hanya diam. Dia kecewa. Dia tidak tahu kepada siapa dia harus memihak.

"Are serious Babah? You sokong perempuan murah tu berbanding I?" Tengku Adam mula bertelagah dengan Datuk Zahid.

"Yes! Babah yakin dengan dia! Babah percaya dia lebih daripada anak Babah sendiri."

.....................................................

"Kami minta maaf ya sebab tanya pasal bekas suami Akak." Pasangan muda tersebut rasa serba-salah kerana bertanya perkara yang sensitif kepada Aurora.

"Tak apa." Aurora cuba mengukir senyuman walaupun perit.

"Lepas ni, both of you nak pergi mana?"Aurora bertanya perlahan.

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang