CHAPTER 26

51.5K 1.8K 500
                                    

Flashback...

Aurora membuka matanya perlahan. Tubuhnya rasa sejuk semacam. Mata Aurora terus membulat apabila melihat bilik yang dia langsung tidak ketahui.

"Ya Allah!" Menggigil tangan Aurora apabila menyelak selimut katil tersebut. Dia naked.

Aurora melihat bajunya yang bertaburan. Menitik air mata Aurora.

"Ya Allah! Aku tidur dengan siapa?"

.........................................................

Aurora terbangun. Tubuhnya berpeluh-peluh. Dia mimpi sekali lagi. Mimpi yang sama. Mimpi dia berada di bilik hotel dalam keadaan naked.

"Love, kenapa tak tidur lagi? Kenapa berpeluh-peluh ni? Pucat? You tak sihat ke?" Tengku Adam yang baru sahaja selesai daripada membaca report tekejut melihat tubuh Aurora yang berpeluh.

"I had a nightmare." Aurora menjawab perlahan. Aurora kembali baring dan menutup matanya. Dia tidak tahu sampai bila dia boleh menyimpan rahsia tersebut daripada Tengku Adam. Hatinya semakin risau dan tidak tenang.

Aurora merenung Tengku Amelia yang nyenyak tidur di sebelahnya. Dia tidak sanggup berpisah dengan anak perempuannya. Dia sangat-sangat risau. 

"Sini, I peluk you. Bagi lena." Tengku Adam terus memeluk erat isterinya. Dia hairan. Semenjak dia pulang daripada outstation tempoh hari, perangai Aurora pelik. Bila dia bertanya pada Raf, Raf berkata tiada apa-apa yang terjadi.

"Sleep my Love." Tengku Adam suka melihat isterinya tidur. Comel. Tengku Adam turut menutup matanya menikmati kehangatan tubuh Aurora. Tanpa dia sedar, mungkin malam itu merupakan malam terakhir dia bersama Aurora.

..........................................................

Aurora terus memakirkan kereta Lamborghini milik Tengku Adam. Terdapat beberapa biji kereta yang dia sangat-sangat kenali. Kereta ibu dan bapa mentuanya.

Aurora dengan senang hati masuk ke dalam rumah. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat Anna di sisi Tengku Adam yang kelihatan sangat-sangat marah. Mukanya merah. Di tangannya terdapat CD dan beberapa keping gambar yang dia sendiri tidak tahu bagaimana rupanya.

"Bie?" Aurora memanggil lembut suaminya.

"Aurora Salsabila Binti Aariz Shiraz, aku ceraikan kau dengan talak satu. Raf! Halau perempuan ni! Aku jijik nak tengok muka dia!"

"Ya Allah Adam! Bincang dulu dengan Aurora!" Datuk Zahid meninggikan suaranya. Dia tidak akan membiarkan Adam melakukan sesuka hatinya terhadap menantu kesayangannya, Aurora.

Raf dengan muka bersalah, terpaksa mengheret Aurora yang kaku. Raf menarik lembut Aurora keluar daripada mansion mewah Tengku Adam.

"Saya yakin Datin tak bersalah. Datin balik dulu kondo Datin. Nanti saya dengan Datuk Zahid datang." Aurora masih lagi kaku. Tengku Adam baru sahaja melafazkan cerai. Dia bukan lagi isteri kepada Tengku Adam.

"Padan muka kau! Aku dah kata, aku akan dapatkan Adam." Aurora menggam erat tangannya.

"Kau! Ni semua kerja kau kan!" Aurora terus menyerang Anna. Ditampar dan ditumbuk Anna dengan kuat.

"Aurora!!" Tengku Adam keluar daripada rumah. Dengan langkah yang laju, dia mendekati Aurora dan...

'Pang!'

Terteleng kepala Aurora menerima tamparan kuat daripada Tengku Adam. Aurora dapat merasakan cecair pada celah bibirnya. 

"Bie" Mengalir air mata Aurora.

"Aku bukan suami kau lagi. Aku jijik nak mengaku pelacur macam kau ni isteri aku. Kau tidur dengan lelaki lain belakang aku! Kau curang! Kau tak layak jadi isteri aku.  Amelia aku akan ambil. Sekarang , aku nak kau keluar daripada rumah aku!!" Tengku Adam merentap kuat tangan Aurora. Ditarik tubuh Aurora dengan kuat.

"Bie, dengar dulu penjelasan I." Tengku Adam semakin kuat menarik tangan Aurora menuju ke gate. Walaupun jauh, Tengku Adam masih kuat menarik tangan Aurora.

Sampai di gate, Tengku Adam menolak kuat tubuh Aurora.

"Disgusting!"

....................................................

Aurora merenung sejadah dan Al-Quran di tangannya. Jiwa dan raganya sangat sakit. 

'Sampai bila, kau nak macam ni Aurora. Kau cari Dia pun jarang. Sebab tu rumah tangga kau macam tu. DIA rindu dengan rintihan kau.' Hati Aurora sedih dan sebak. 

Aurora menangis dan menangis. Hebatnya kuasa solat dan doa. Hatinya tenang. Aurora mengambil telefonnya dan membukanya. Sekali lagi dia diuji. Video 'panas' dirinya dan seorang lelaki yang tidak dikenali telah pun tersebar. Bertalu-talu mesej masuk. Semuanya untuk membatalkan kontrak yang telah dimeterai.

"Sabar Aurora. Sabar." Aurora cuba menahan air matanya daripada jatuh. Allah memberinya ujian untuk menjadikan dirinya manusia yang lebih baik. Muslimah yang lebih baik.

"Lupakan pasal tu Aurora, sekarang ni kau kena fokus untuk perbaiki kehidupan kau." Aurora memberi kata-kata semangat buat dirinya. Sekarang dia perlu memikirkan bagaimana dia hendak mendapatkan duit untuk menampung perbelanjaan rumah kebajikan tempat dia membesar. Lagipun, dia perlu membayar duit peguam. Dia perlu mendapatkan hak penjagaan Tengku Amelia.

"Kau kena kuat Aurora."

......................................................

2 minggu kemudian...

"Tolonglah, I nak jumpa Amelia." Aurora menangis dengan teruk.

"Oh! Ingat pasal Amelia! Aku ingatkan, bila dah tidur dengan jantan lain, tak ingat dekat anak." Pedas sahaja sindiran Aurora. Disebabkan video 'panas' dan duit Tengku Adam, hak penjagaan anak diberi kepada Tengku Adam.

"Raf, let's go." 

"No! No! No! Adam!" Aurora mengejar kereta Tengku Adam yang mula bergerak.

"Amelia!!" Aurora yang sedang mengejar tersandung dan jatuh. 

"Amelia!!!!" Aurora menangis. Dia dapat melihat Anna yang sedang memangku Tengku Amelia tersenyum sinis.

Dia dah tak boleh berjumpa dengan Tengku Amelia. Ujian yang dihadapinya sungguh berat sekali. Sekarang juga, makin banyak surat saman yang datang kepadanya. Dia pasti, itu semua kerja Tengku Adam. Job semakin kurang. 

Aurora terduduk di atas jalan tar tersebut. Dia hanya mahu berjumpa dengan anak perempuannya. 

"Sorry." Aurora terdengar suara dibelakangnya. Aurora memalingkan wajahnya. Perkara yang terakhir yang dia ingat adalah sebatang kayu yang dihayun ke arahnya.

............................................................

Aurora membuka matanya perlahan apabila terasa sesuatu yang basah menitik di wajahnya. Aurora sesekali memejam matanya. Kepalanya sakit. Hujan rupanya. Hari sudah malam. Dia langsung tak cam wajah orang yang memukulnya. Pasti kerja Anna.

"Aku cuma ada Kau sahaja Ya Allah." Aurora bangun perlahan-lahan. 

Aurora berjalan perlahan menuju ke arah keretanya. Dahinya dipegang. Darah! Aurora masuk ke dalam kereta miliknya dengan keadaan basah kuyup. 

'Sampai hati Bie buat I macam ni' Hati Aurora merintih. Dia sedih. Apa bezanya jika dia memberitahu Tengku Adam sekali pun.

................................................................

Aurora menerima 15 jahitan di dahinya yang pasti meninggalkan parut. Aurora memandu perlahan keretanya menuju ke kondominium. Dalam perjalanan ke kondominium, Aurora dapat melihat sepasang suami isteri yang basah kuyup bersama anak mereka yang masih kecil sedang berteduh di bawah pokok.

Aurora memberhentikan keretanya. Dia mahu membantu pasangan tersebut.

"Kenapa awak berdua berteduh bawah pokok ni?" Aurora kasihan melihat anak kecil yang pastinya kesejukan.

"Kami kena halau Cik sebab kami tak bayar sewa rumah." Perlahan sahaja Si suami menjawab. Malu barangkali.

"Kalau macam tu, masuklah. Malam ni, tumpang rumah saya dulu."

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang