"Aurora mana?" Tengku Adam bertanya perlahan kepada Tengku Jericho. Air liur sukar ditelan. Tekaknya terasa sangat perit.
"Aurora busy Adam." Tengku Jericho sudah banyak kali menjawab soalan sama yang diajukan oleh Tengku Adam.
"Busy apa? Aku dah bayar semua hutang dia. Gambar dia pun aku dah selesaikan." Tengku Adam mula merungut. Walaupun sakit, dia masih lagi merungut.
"Seriously kau dah langsaikan semua hutang dia? Then, hutang dia dengan pembekal tu? Yang kau rosakkan business dia tu? Kau tak fikir pula?" Sinis sahaja Tengku Jericho menjawab.
Tengku Adam memejam matanya. Bukan kerana sakit kepala yang melandanya, tetapi kerana dia terlupa soal hutang itu. Ah! Macam mana dia boleh lupa! Biasanya, ada Raf untuk mengingatkannya. Namun, setelah dia dikhianati, dia tidak lagi mengambil pembantu peribadi. Yang ada hanyalah setiausaha miliknya.
"Jericho tolong aku. Ambil buku cheque aku dekat office. Tolong langsaikan hutang Aurora." Suara Tengku Adam tenggelam timbul.
"Aku dah agak dah. It's okay. Aku bawa buku cheque aku. Guna duit aku bayar hutang tu." Tengku Jericho terus menyeluk ke dalam suit miliknya. Buku cheque dikeluarkan. Sejumlah wang ditulis pada cek tersebut.
"Nanti aku pergi jumpa sendiri dengan pembekal tu. Kau tu, jaga kesihatan. Nanti Aurora cari lain baru kau tahu."Tengku Adam menjeling tajam rakannya itu. Menyakitkan hati betul. Mentang-mentanglah dia sakit.
"Take care."
...........................................................
Tengku Adam berjalan perlahan sambil dipimpin oleh Aurora. Badannya masih mamai lagi.
"Slowly Adam. Tak perlu nak laju-laju. Tak hilang pun office you tu." Pedas sahaja kata-kata Aurora.
"Sorry." Tengku Adam terus memeluk erat pinggang Aurora.
Aurora terus membawa Tengku Adam masuk ke dalam bilik. Perlahan sahaja Tengku Adam duduk di atas katil.
"You lapar tak?" Dingin sahaja Aurora bertanya.
"Lapar. Tapi, I tak nak makan bubur." Dah mula dah mengada Tengku Adam.
"You nak makan apa?" Aurora pening melihat Tengku Adam. Bila dah sakit, macam-macam benda nak makan.
"I nak makan Nasi Ayam." Tengku Adam membuat muka comelnya dengan harapan Aurora akan kasihankan dirinya.
"Nanti I beli." Aurora yang berura-ura mahu pergi dihalang oleh Tengku Adam apabila lelaki tersebut menarik tubuhnya.
"Ah!!" Aurora jatuh betul-betul di atas tubuh Tengku Adam.
"I tak nak you beli. I nak you masak boleh?" Aurora terus meronta-ronta ingin melepaskan dirinya. Langsung tidak dihiraukan permintaan Tengku Adam.
"Lepaslah! I malas nak masak. Beli senang." Sinis Aurora berkata.
"Masakkanlah!" Tengku Adam semakin erat memeluk Aurora. Rindunya! Rasa dah lama tidak memeluk isterinya.
"Mengadalah you ni!" Aurora cuba melepaskan diri. Semakin dia meronta, semakin erat tubuhnya dipeluk.
"Adam!!" Aurora terjerit kecil apabila posisi tubuh mereka diubah. Dia kini ditindih oleh Tengku Adam.
"Bila you nak maafkan I Aurora?" Tengku Adam merenung ke dalam mata bundar Aurora.
"Sampai I mati pun, belum tentu I dapatkan maafkan you." Hati Tengku Adam bagaikan direntap kuat.
"Maksudnya, you nak kena tengok I mati dulu ke baru you nak maafkan I Love?" Soalan yang tidak dijangka keluar daripada mulut Tengku Adam membuatkan Aurora terdiam seribu bahasa.
"Jawablah Love. You nak tengok jenazah I dulu ke baru you nak maafkan I?" Aurora terus merenung wajah suaminya.
"Apa benda you merepek ni? Ish, lepaslah! Tadi kata nak makan sangat kan?" Aurora cuba melepaskan dirinya. Namun, tubuh Tengku Adam sangat berat menyukarkannya untuk bergerak.
"Jawab dulu soalan I baru I lepaskan you." Lembut sahaja Tengku Adam berkata.
"Yes! Puas hati you sekarang? Now, lepaskan I!" Tengku Adam terus bangun daripada menindih tubuhnya. Matanya hanya mampu melihat Aurora yang keluar daripada bilik mereka.
"Sampai macam tu sekali ke you bencikan I?"
...............................................................
Aurora leka memasak Nasi Ayam permintaan Tengku Adam. Tanpa dia sedar, hatinya ikhlas memasak untuk Tengku Adam.
"Datin masak apa? Kenapa tak panggil saya?" Salah seorang orang gaji paling muda dalam rumah tersebut menyibuk.
"Masak untuk husband I." Aurora mengukir senyuman palsu di bibirnya.
"Lain kali Datin cakaplah, biarlah saya yang masakkan." Aurora panas hati apabila maid gedik tersebut cuba mengambil-alih kerjanya.
"Husband I yang request. Takkan I nak tolak pula?" Aurora membalas sinis.
Aurora mencedok nasi dan juga ayam yang telah sempurna dimasak. Sup turut dihidangkan bersama sos buatan sendiri. Diletakkan di dalam dulang dan jus nanas yang baru sahaja dikisar turut diletakkan di dalam dulang.
Aurora naik ke dalam bilik dan melihat Tengku Adam yang sedang duduk termenung di atas katil.
"Adam. Ni I dah masak untuk Nasi Ayam untuk you. Makanlah." Mata Tengku Adam bersinar-sinar apabila melihat Nasi Ayam yang dimasak oleh Aurora.
"Love, nak suap." Tengku Adam penuh dengan harapan.
"Okay."
Aurora naik ke atas katil. Sudu dan garfu diletak di tepi. Lengan baju disinsingkan. Aurora menggunakan tangannya untuk menyuap Tengku Adam. Tengku Adam terus membuka mulutnya. Dah lama dia tidak merasakan masakan Aurora.
"I miss you."
Tiba-tiba sahaja ayat tersebut keluar daripada mulut Tengku Adam membuatkan Aurora kaku sebentar.
"Jangan merepeklah Adam. For the past six months, I tengok you okay. Bahagia tanpa I di sisi you."
Zap! Sekali lagi hati Tengku Adam direntap. Ayat-ayat yang keluar daripada mulut Aurora semuanya semakin pedas. Memang sakit! Tengku Adam yakin, apa yang keluar daripada mulut Aurora datang daripada hatinya. Dia tahu hati Aurora cukup sakit.
"I'm sorry my Love. I saja nak ambil kesempatan yang ada. Mana tau kalau I mati awal daripada you ke?"
........................................................
Aurora duduk di luar rumah dengan hati yang gusar. Hatinya berdebar-debar dan dia rasa seperti hendak menangis.
"Ya Allah! Kenapa dengan hati aku ni!" Walaupun jam sudah menginjak ke jam 11.00 malam, Tengku Adam masih belum pulang.
Tidak sampai 10 saat dia berfikir, kelihatan kereta Bentley milik Tengku Alex masuk melepasi gate mansion Tengku Adam.
"Alex,you buat apa dekat sini? Kalau you nak jumpa Adam, dia tak ba...."
"Adam accident."
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Roman d'amour"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...