CHAPTER 38

59.9K 1.9K 115
                                    

Tengku Adam berjalan perlahan menuju ke biliknya. Dia hanya berada sekejap sahaja di atas yacht miliknya. Masa selebihnya, dia habiskan di dalam bilik hotel. Tengku Adam memilih bilik paling private dan sunyi. Dia hanya mahu bersendiri buat masa ini.

Tengku Adam memasukkan kod dan terus membuka pintu. Namun, langkahnya terhenti apabila terhidu bau yang sangat dia kenali. Bau bedak dan lotion mandian Tengku Amelia.

"Amelia, look at that! Papa dah balik!" 

Tengku Adam terpaku melihat Aurora yang sedang mendukung anak mereka.  

"Love." 

Aurora terus bergerak ke arah Tengku Adam dan menyerahkan Tengku Amelia yang semakin tembam kepada lelaki itu.

"Amelia." Tengku Adam terus mengucup lembut pipi anak perempuannya itu. Makin tembam!

"I datang sini sebab Amelia asyik merengek tengah malam. I rasa dia rindukan you. Lagipun, malam-malam kan you yang selalu bangun and tidurkan dia. I'm sorry sebab datang mengejut macam ni. I minta tolong Farid. I harap you tak kisah." Aurora rasa kekok dengan Tengku Adam.

"No. It's okay. I tak kisah pun. You dah makan?" Jantung Tengku Adam berdebar-debar. Dengan imej bertudung, Aurora bertambah cantik dan seksi. Ditambah pula dengan jumpsuit berwarna hitam yang dipakai olehnya.

"Belum lagi. Tak sempat nak makan. Farid ada hal." Aurora berkata sambil bermain memandang jarinya sendiri.

"Kalau macam tu, jom ikut I pergi makan. Nanti perut you masuk angin kalau perut tu kosong." Tengku Adam cuba menyembunyikan rasa tersebut. Dia tidak mahu Aurora rasa tidak selesa dengannya.

"Okay." Aurora hanya mengikut Tengku Adam daripada belakang.

"Walk with me Aurora, not behind me." Tengku Adam menegur tindakan Aurora yang seakan-akan mahu menyorok.

"Tak ada siapa pun kenal you dekat Maldives ni. Kalau kenal pun, bukan dia berani tegur you. So, hold your head up ." Aurora hanya menganggukkan kepalanya.

"This is awkward." 

............................................................

Aurora daripada tadi mendiamkan diri. Bukan sengaja, tetapi kerana dia sedang menahan kesakitan. Dia lupa hendak mengepam susu badannya. Sekarang dia mengalami bengkak susu. Walaupun Tengku Amelia kuat menghisap susu, namun badannya menghasilkan susu dengan sangat banyak.

"Aurora? Are you okay? Kenapa berpeluh-peluh ni? You demam ke?" Tengku Adam berhenti daripada makan dan merenung ke arah Aurora.

"Sakitlah Adam. Bengkak susu." Aurora memegang bahagian dadanya. Sakit!

"Jomlah masuk bilik." Tengku Adam terus mendukung Tengku Amelia yang galak memandang orang yang lalu-lalang di restoran mewah tersebut.

"Selalu ke you kena bengkak susu?"

"Before this tak kerap sangat. Tapi since we divorced it became worse." Aurora menjawab sambil meringis kesakitan. 

"I'm sorry Aurora."

...........................................................

Aurora rasa lega apabila bahagian breast telah dituam dengan air suam. Sakit perlahan-lahan hilang. Susu pun telah dipam dan disimpan di dalam botol. Aurora memakai semula baju dalam miliknya. Baju kurung disarung. Namun, zip baju kurung tersebut tersangkut.

"Ish! Kenapa time ni juga kau nak tersangkut!"

Aurora cuba menarik zip baju tersebut. Dia semakin fed up. Sebelum ni boleh sahaja dia memakai baju berzip seperti itu.

"Easy my love. Koyak baju you nanti." Aurora kaku apabila mendengar suara Tengku Adam. Malah, zip bajunya ditarik ke atas oleh Tengku Adam.

"I tak tau pula you dah tukar size baju dalam you?" Soalan Tengku Adam membuatkan Aurora menampar kuat dada bidang Tengku Adam.

"Bila masa you masuk? Kita bukan suami isteri lagi! Jangan sesuka hati nak mengintai tubuh I!" Aurora menengking kuat Tengku Adam.

"Relax my love. I bukannya tengok you naked pun." Tengku Adam selamba menjawab. Dia sengaja ingin membuat Aurora marah. Dia mahu memulakan pergaduhan. 

Aurora yang sangat-sangat marah terus mengambil beg tangan miliknya dan mendukung Tengku Amelia.

"Eh! You nak pergi mana? You ingat I senang-senang ke nak lepaskan you? You ingat Tengku Farid saja-saja nak hantar you sampai sini? You ingat Tengku Jericho tak tahu semua yacht yang I ada?" Sinis sahaja soalan Tengku Adam.

"Wh..W..What do you mean?" Aurora gugup. 

"You fikir I akan tinggalkan you dengan anak kita? Listen well my love Aurora, kalau I tak dapat you, tak akan ada lelaki yang boleh dapat you. I akan pastikan you jadi milik I sampai bila-bila. You dah masuk perangkap I Aurora." Pinggang Aurora dipeluk erat olehTengku Adam. Tubuh mereka dirapatkan.

"I menang dalam permainan I sendiri. Kesian dekat you, tak sedar langsung. Kali ni, I tak paksa you untuk datang cari I. You volunteered yourself. Now, I tak akan lepaskan you. Now, either you jadi isteri I or you lebih rela jadi perempuan simpanan I? Choose wisely. I akan bagi you masa sampai pagi esok." Setitik air mata Aurora jatuh ke atas pipi tembam Tengku Amelia membuatkan anak kecil itu merengek.

"I will take her. You fikir masak-masak." Tengku Adam masih lagi dengan senyuman sinisnya.

"Ya Allah! Apa yang dah jadi sebenarnya ni?"

.............................................................

Flashback...

"Kau nak buat apa ni Adam? Kalau kau nak sakitkan Aurora lagi, aku tak nak terlibat." Tengku Farid sudah awal-awal menarik diri.

"No. Aku guna cara paling halus. Instead of aku yang kejar dia, apa kata kalau dia yang kejar aku?" Tengku Adam bertanya sambil memandang ke arah kawan-kawannya.

"What is it?" Tengku Daniel bertanya.

"Aku nak kau yakinkan Aurora yang aku bawa diri and aku takkan guna private jet. I'm using my new yacht and for you Farid, aku nak kau yakinkan Aurora yang kau boleh bawa dia jumpa aku. I knew her too well. She will miss me." 

"How do you know yang dia akan rindu kau?" Giliran Tengku Jericho pula mencelah.

"Trust me."

"Kalau dia tak nak kahwin dengan kau juga?" Tengku Alex bertanya sinis kepada kawannya.

"Well, aku cuma bagi dua pilihan dekat dia. Either jadi isteri aku atau perempuan simpanan aku. Aku tak kisah kalau dia nak maki hamun aku. Apa yang aku tau, aku tak akan lepaskan dia."Tengku Adam masih lagi dengan nada angkuh miliknya.

"Suit yourself  Datuk Adam."









YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang