"Plan kita macam tak jadi sangatlah." Datin Rose Ailie merungut. Walaupun selepas Tengku Adam tahu tentang ketiadaan Aurora, dia masih lagi berdiam diri dan kembali ke perangai lamanya.
"Sabar Darling. Kita perlukan sikit lagi masa untuk buat anak kita tu 'meletup'. Masa tu nanti, baru dia akan datang merayu-rayu dekat kita." Datuk Zahid memeluk erat isterinya. Isterinya itu, risau sangat!
"For how long kita kena tunggu lagi."Datin Rose Ailie sudah tidak boleh sabar lagi. Haih! Bertuah punya Adam.
"Sikit lagi."
.......................................................................
"Apa nak jadi dengan kau ni Adam! Aurora tu isteri kau!"Tengku Alex terasa hendak membunuh sahaja lelaki di hadapannya ini.
"I don't know. Aku tak boleh nak tengok muka dia lagi. Aku rasa marah pasal keguguran tu. I've warned her plenty of times jangan guna tangga. She insist to use it. Now, I lost my baby." Tengku Adam meluahkan ketidakpuasan hatinya.
"Oh kau fikir hati kau! Hati Aurora kau tak fikir!" Sinis sahaja Tengku Jericho membalas.
"Lebih baik kau pergi cari dia. Jangan jadi macam aku! Aku ni, walaupun dah beribu kali Zahira kata dia dah maafkan aku, aku tetap tak boleh maafkan diri aku sendiri."Tengku Alex cuba menasihati Tengku Adam yang degil.
"Biarlah dia. Dia dah besar. My advice, tak perlulah cari dia. Kau cari dia bila kau dah menyesal nanti." Lagi pedas sindiran Tengku Daniel terhadapnya.
"Ish! Nanti aku carilah dia!' Tengku Adam membentak. Laju sahaja dia bangun dan meninggalkan kawan-kawannya itu. Semuanya memihak kepada Aurora dan bukannya dia. Haih!
................................................................
Tengku Adam mengerutkan dahinya apabila mendengar Mama dan Babahnya tertawa. Tengku Adam segera menuju ke dapur. Tengku Adam dapat melihat Mama dan Babahnya yang bergelak-ketawa memandang telefonnya.
"Mama dengan Babah video call dengan siapa tu?" Tengku Adam mengumam perlahan. Tengku Adam terus menyorok di sebalik dinding dan mencuri dengar perbualan Mama dan Babahnya.
"Aurora dengan baby sihat?" Datuk Zahid bertanya ceria.
"Sihat Babah. Nanti, Mama dengan Babah fly lah pergi sini, teman Aurora. Due date Aurora tak lama dah ni. Nanti Babah bolehlah tolong tengok cucu Babah." Suara Auorora turut girang.
Terpana Tengku Adam mendengarnya. Baby? Aurora?
"Bukan ke Aurora keguguran?" Tengku Adam semakin hairan dan keliru. Tengku Adam terus berjalan laju meninggalkan kawasan dapur dan terus naik ke biliknya. Benda pertama yang menghiasi pandangannya adalah cincin Aurora. Semuanya Aurora!
"Apa yang dah jadi ni!!" Tengku Adam kusut. Dia betul-betul keliru ketika ini. Tengku Adam terus mengambil tuala yang tersangkut dan segera menuju ke bilik air. Dia perlu membersihkan diri sebelum berbincang dengan Mama dan Babahnya.
Selesai sahaja mandi, Tengku Adam turun ke bawah dan menuju ke arah Mama dan Babahnya yang sedang rancak menonton drama bersama. Tengku Adam terus mencapai remote dan menutup televisyen. Tengku Adam duduk di hadapan Mama dan Babahnya.
"What the hell are you talking about with Aurora Babah?" Tengku Adam memandang Datuk Zahid.
"Language young man." Datin Rose Ailie menegur bahasa kasar anaknya itu.
"Well, apa yang you dengar, itulah kebenarannya." Selamba sahaja Datuk Zahid menjawab.
"Tapi Aurora kan keguguran, macam mana dia boleh mengandung pula! Wait! Aurora mengandung anak lelaki mana! Tell me Babah!" Urat-urat tegang mula menghiasi tangan dan dahi Tengku Adam.
"Kamu fikirlah sendiri anak siapa. Dahlah, Mama dengan Babah masuk tidur dulu." Datuk Zahid segera menarik pergelangan tangan isterinya meninggalkan Tengku Adam dalam keadaan marah. Datin Rose Ailie melemparkan senyuman sinis kepada suaminya. Plan mereka menjadi. Hari ini, Tengku Adam meletup buat kali pertama. Sikit hari lagi, Tengku Adam akan merayu kepada mereka untuk mencari Aurora.
Tengku Adam rasa hendak menangis memikirkan Aurora mengandung anak lelaki lain.
"Apa benda ni!!" Tengku Adam menekup wajahnya. Hatinya sakit!
"Tak! Kau tak boleh menangis Adam! Kalau kena cari tahu dekat mana Aurora and baby dalam perut dia tu Baby siapa."
"If I know you are carrying someone else's baby, I will fucking kill you Aurora."
..........................................................
Aurora ketawa mendengar perangai Tengku Adam. Haih! Suka sangat overthinking.
"Betul Aurora, you patut tengok muka dia tadi. Kesian Mama tengok. Terpinga-pinga. Ada ke patut cakap Aurora mengandung anak lelaki lain." Datin Rose Ailie dan Aurora ketawa terbahak-bahak.
"Sampai macam tu sekali fikiran dia Mama. Dia suka sangat fikir yang bukan-bukan." Aurora mengadu kepada ibu mentuanya.
"That's why, you kena balas balik. Ikut plan Babah, Mama yakin Tengku Adam akan tunduk pada you and takkan fikir yang bukan-bukan lagi." Aurora tersenyum sinis.
"By the way, kalau Adam cari Aurora, nanti mesti dia tahu Babah dengan Mama fly pergi sini." Aurora mula risau.
"That's the plan my dear. Mama nak dia tengok sendiri wajah anak dia. Mama nak dia rasa menyesal dengan tindakan dan kata-kata dia Aurora. Masa tu, Mama nak Aurora guna plan Babah tu." Datin Rose Ailie menghasut menantunya.
"Alright Ma. Mama, Aurora nak pergi klinik ni. Nanti kalau Aurora free, Aurora call Mama lagi tau. I love you Mama, Assalamualaikum."
"I love you too Bunny. Waalaikumussalam. Jaga diri dengan baby."
"Alright Mama."
Aurora segera turun daripada katil dan pregnant gown. Satu gambar diambil. Setiap hari dia akan mengambil gambar dia memakai gown tersebut. Dia mahu menyimpannya sebagai memori. Manalah tahu, kalau jodoh dia dan Tengku Adam panjang, bolehlah dia menunjukkan gambar tersebut kepada lelaki tersebut.
"Oh my god! Finally it's time for retaliation. Wait for it Bie. I will tame you and make you regret Bie."
............................................................
"Ah!! Mana perempuan ni menyorok! Mesti Babah yang tolong dia ni!" Tengku Adam mengamuk apabila sudah seminggu dia menyuruh Raf mencari keberadaan Aurora.
"I need more investigators. Aku nak kau cari isteri aku sampai dapat!" Tengku Adam terus memberi arahan kepada Raf.
"Copy that." Tengku Adam terus menyandarkan tubuhnya dia kerusi. Aurora masih belum dapat dijejak. Sudah beratus-ribu duitnya habis mencari Aurora. Dia langsung tidak kisah dengan duit. Yang penting sekarang adalah Aurora.
"Where are you Aurora." Tengku Adam mengumam perlahan sambil memejam matanya mengingati semula memori-memori indah bersama Aurora.
"Kalau anak tu anak lelaki lain macam mana?" Dah mula dah sikap overthinking Tengku Adam.
"Kalau aku tak jumpa juga Aurora lagi 3 hari, Babah is the last option ."
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Romansa"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...