CHAPTER 18

62.4K 1.7K 129
                                    

"Bie tak kerja ke hari ni?" Aurora bertanya sambil menyuap makanan dengan penuh selera.

"I ambil cuti sampai you habis pantang." Terkejut Aurora mendengar pengakuan suaminya itu.

"Tak apa ke? Kerja Bie dekat office?" Aurora bertanya dan terus naik ke atas riba suaminya.

"Tak apa. I have Raf." Tengku Adam suka melihat tubuh Aurora yang semakin bulat. Makin berisi.

"Love, you makin comel. I love it." Tengku Adam memicit-micit paha dan lengan Aurora. Semuanya naik. 

"Anak Bie ni nak makan macam-macam." Aurora ketawa kecil.

"Anak ke mama dia yang request macam-macam?" Giliran Tengku Adam pula ketawa.

"Bie, I want to wear tudung." Aurora memandang suaminya yang terpana.

"Alhamdulillah. It's good to hear that Love." Tengku Adam sangat gembira. Akhirnya Aurora mahu memakai tudung dan menutup aurat.

"Doakan isteri Bie yang seksi ni Istiqamah tau." Aurora mencium lembut pipi suaminya.

"Seksi ke kalau dah bulat semacam?" Tengku Adam bertanya.

"Bie!" Tidak semena-mena air mata Aurora jatuh. Dia sangat sensitif dan sedih.

"I'm sorry Love. Please don't cry Aurora. I'm sorry." Tengku Adam terus panik apabila mendengar tangisan isterinya. Dia terlupa perempuan mengandung sangat sensitif.

Aurora segera mengesat air matanya dan ketawa. Tau pun panik! Aurora suka melihat suaminya panik.

"Main-mainkan I pula!" Tengku Adam mencubit lembut pipi tembam dan gebu isterinya.

"Saja." Aurora mencium sekilas bibir suaminya.

"Love, 9 bulan ni jangan keluar daripada rumah . Dengar cakap I. Jangan bantah." Tengku Adam bernada tegas.

"Kenapa pula?" Aurora hairan melihat suaminya yang seperti sedang marah.

"It's too dangerous for you."

...........................................................

Beberapa bulan kemudian...

Aurora mengusap perutnya. Kandungannya kini sudah mencecah 5 bulan. Pinggang sudah mula terasa lenguh. Kakinya sudah mula membengkak. Berat badan tak usah dikata! Baru 5 bulan, berat badannya sudah mencecah 75 KG.

"Love, jom makan. Makanan dah siap." Tengku Adam memaut pinggang isterinya dan membantu isterinya untuk bangun. Isterinya banyak mengadu mengatakan pinggangnya lenguh dan kakinya sakit. Tengku Adam kesian melihat isterinya yang selalu menangis menahan kesakita.

"Wah! Bie masak semua ni?" Aurora teruja melihat banyak makanan di hadapannya.

"Of course! Siapa lagi yang masak kalau bukan I." Aurora terus duduk dan merenung lauk di hadapannya. Lauk semua sedap. 

"You mampu ke habiskan semua ni?" Tengku Adam kadang-kala seram melihat Aurora yang makan dengan sangat banyak. 

Aurora tidak menjawab malah mula membaca doa dan makan. Tidak dihiraukan suaminya. Yang penting, dia mahu mengenyangkan perutnya.

"Love, I nak keluar sekejap. Ada meeting emergency. Don't ever go out without my permission. Am I clear?" Tengku Adam sebenarnya takut akan keselamatan isteri dan baby yang akan lahir lagi 4 bulan.

"Okay Bie." Aurora sebenarnya rimas dan bosan duduk di rumah. Setiap kali dia bertanya kepada Tengku Adam, pasti Tengku Adam akan mengelak daripada menjawab soalannya.

Aurora terus makan dan makan sehingga licin masakan Tengku Adam. Dia sangat kenyang ketika ini. Sudah sampai masanya untuk dia makan vitamin yang dibeli oleh Tengku Adam.

Sedang Aurora membuka penutup botol supplement, telefon Aurora yang berbunyi membantutkan dia daripada menelan supplement.

"Ashley?" Aurora hairan melihat panggilan daripada Ashley. Setahu dia, perempuan itu sangat bencikan dirinya.

"Lantak kaulah Ashley, suami aku tak bagi jawab kalau kau yang call." Aurora langsung tidak menjawab panggilan daripada haters nya itu. Malas mahu mengambil tahu tentang perempuan tersebut.

..............................................................

Tengku Adam meneliti setiap gambar yang ditangkap oleh pengawal peribadinya. Dia tersenyum sinis apabila setiap rancangan Ashley gagal.

"She's really dangerous. Setiap masa otak dia penuh dengan rancangan jahat untuk buat your wife keguguran." 

"Aku nak kau kumpul sebanyak bukti yang kau boleh. Jangan sampai perempuan tu tahu kau ikut dia." Tengku Adam terus bangun dan perlu balik dengan segera. Walaupun rumahnya dikelilingi oleh pengawal, dia tetap risau akan keselamatan isteri dan anaknya.

.................................................................

"Bie ada perempuan lain ke?" Soalan tersebut tiba-tiba terpacul keluar daripada mulut Aurora. Ini semua kerana pengaruh drama yang baru sahaja dia tonton. Lagi pun, suaminya itu sekarang banyak berahsia dan tidak memberi kebenaran kepada dirinya untuk keluar daripada rumah.

"Ya Allah! Apa benda Love merepek ni? Ni mesti tengok drama tu lagi kan?" Tengku Adam sangat-sangat terkejut mendengar soalan isterinya itu.

"Bie tak bagi Love keluar. Bie selalu berahsia. I'm just curious. That's all." Perlahan sahaja Aurora menjawab.

"Do you want know the truth?" Aurora segera menganggukkan kepalanya.

"Come here." Tengku Adam menepuk tilam disebelahnya supaya Aurora duduk di sebelahnya.

Aurora naik ke atas katil dan bergerak ke sebelah suaminya. Dia takut apabila terbayangkan suaminya bersama dengan perempuan lain.

"Actually, I suruh my guard ikut Ashley. She's really dangerous right now. Dia nak you keguguran. Dia tak boleh tengok you bahagia sekarang. That's why I suruh orang ikut Ashley." Aurora terus memeluk tubuh suaminya. Dia menangis.

"Hey Love, kenapa menangis ni?" Tengku Adam gusar apabila Aurora menangis.

"Takut." Aurora semakin erat memeluk tubuh suaminya.

"Don't worry my love. I'll protect you and our baby." Tengku Adam menenangkan isteri bulatnya itu.

"Baby, tengok mama awak ni, tak berhenti-henti menangis. Tengok dah tak cantik dah." Aurora ketawa kecil mendengar usikan suaminya. 

"Janji dengan Love, walau apa pun yang jadi Bie tak akan tinggalkan love, Bie akan tetap percayakan Love, Bie akan setia dengan Love sampai akhir hayat Love?" Aurora merenung wajah suaminya.

"Bie janji akan ada dengan Love sampai bila-bila. Bie tak akan tinggalkan Love." Tengku Adam mencium lembut bibir Aurora. 

Aurora membalas ciuman suaminya. Dia sangat cintakan suaminya. Satu-satunya lelaki yang berhak ke atasnya.

"I love you Adam."

"I love you too Aurora."

..............................................................

Aurora excited apabila melihat barang-barang bayi yang comel. Ketika ini, dia dikelilingi oleh lima orang bodyguard. 

"Love, pilihlah nak yang mana." Tengku Adam tersenyum melihat isterinya yang sangat-sangat teruja untuk  memilih barangan bayi.

"Kita beli warna yang biasalah dulu. Lagipun kita belum tahu gender baby kan?" Tengku Adam hanya menganggukkan kepalanya.

"Love pergi pilih dulu. I nak jawab call sekejap." Tengku Adam sempat mencium lembut dahi isterinya. 

"Tengku, she's here and saya nampak dia pegang botol acid." Hati Tengku Adam berdebar-debar.

"Alright, thank you for your information."

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang