LAST CHAPTER: CHAPTER 47

79.2K 1.9K 117
                                    

Tengku Adam memuntahkan segala isi di dalam perutnya. Air liur terasa pahit. 

"Kau ni dah kenapa? Aurora mengandung ke?" Soalan Tengku Alex membuatkan Tengku Adam menggelengkan kepala. Mana mungkin, kerana Aurora mengambil pil perancang.

"Tak adalah, aku cuma rasa tak sedap badan, bukannya macam kau." Tengku Adam terus mengeluarkan gula-gula daripada poketnya. Gula-gula dikemam. 

Tengku Adam masuk semula ke dalam office. Tiba-tiba dia rasa lapar pula. Makanan yang dibekalkan oleh Aurora dilihat dengan penuh selera. Sup tulang, telur dadar, air laici ais dan juga ulam raja. Semuanya sangat-sangat menyelerakan.

"Amboi, tak pandang kiri kanan bila makan." Tengku Adam terus membaca doa dan makan.

"Setahu aku, kau tak makan kan ulam-ulam ni. Since when kau makan? Bukan ke kau suka makan sayur bandar?" Tengku Farid hairan melihat Tengku Adam yang sangat berselera.

"Aurora yang ajar. Lama-lama aku dah terbiasa."

...................................................

Aurora daripada tadi melihat Tengku Adam yang sudah menambah nasi untuk kali yang ketiga. Tidak pernah dia lihat Tengku Adam makan sebanyak itu. 

"Love, nak ayam dengan udang tu." Aurora terus mencedok lauk tersebut ke dalam pinggan Tengku Adam.

"Love, kek coklat yang you buat pagi tadi ada lagi tak?" Tengku Adam bertanya sambil menambah lauk ke dalam pinggannya.

"Ada." Aurora hairan melihat suaminya.

"Bie, banyaknya you makan." Aurora bercakap perlahan.

"You nak cakap I gemuklah ni?" Aurora tiba-tiba senyap apabila ditanya oleh Tengku Adam.

"Bukan macam tu I..."

"Suka hati you lah." Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja Tengku Adam sentap. Tak pernah lagi Tengku Adam sensitif dengan perkara-perkara remeh sebegitu.

"Kenapa dengan Adam ni?"

..........................................................

Aurora yang selesai memakai losyen pada tubuhnya kaku apabila melihat pandangan Tengku Adam melalui reflection pada cermin. Dia tahu pandangan tersebut. Pandangan nafsu Tengku Adam. 

Aurora semakin hairan dengan perangai Tengku Adam. Sekejap elok, sekejap tidak. Letih!

"Love, you are so beautiful tonight." Tengku Adam berkata sambil jarinya bermain dengan tali lingerie milik Aurora.

"I memang cantik." Aurora membalas tanpa riak. Katil dituju. Dia hilang mood disebabkan perangai Tengku Adam yang sentap ketika waktu makan tadi.

Aurora terus naik ke atas katil dan menarik selimut. Dia nak merajuk!

"Love." Aurora yang baru hendak melelapkan mata membatalkan hasratnya apabila terasa paha gebunya diusap oleh Tengku Adam.

"Can I have you tonight?" Tengku Adam bertanya sambil tangannya menyingkap lingerie yang dipakai oleh Aurora.

"Ish! Tak naklah!"Aurora merajuk.

"I'm sorry my love. Lately, I selalu sangat sensitif. I kuat sangat makan. I tak tau kenapa I sakit hati bila you tegur I makan banyak." Tengku Adam tiba-tiba rasa bersalah.

"Tak nak! Nak merajuk!" Aurora segera melelapkan matanya.

"Love." Tengku Adam dengan perlahan mengucup leher isterinya. Wangian yang membuatkan nafsunya bergelojak.

"Please my love. I need you right now." Tengku Adam terus menyerang leher Aurora.

"Kenapa dengan Bie ni? Kenapa nak marah-marah? You are too sensitive." Aurora bertanya kepada suaminya.

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang