CHAPTER 44

71.3K 2K 113
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Bie!" Aurora terkejut apabila melihat Tengku Adam yang mampu berdiri dengan bantuan tongkat. Semua yang ada di dalam bilik mesyuarat terkejut apabila Tengku Adam muncul. Cepatnya! Logik atau tidak?

"Bie! Bie!!" Aurora tidak terkata-kata. Dia terlalu gembira.

"Bie!" Aurora terus menangis dan memeluk tubuh Tengku Adam. Tengku Daniel yang memerhati daripada belakang hanya mampu tersenyum. 

"Kenapa menangis? Bagilah senyuman paling manis you dekat I. I tak nak tengok muka selekeh you bila menangis." Aurora ketawa kecil sambil mengelap air matanya. Pinggang Tengku Adam dicubit perlahan.

"All of you boleh sambung meeting. I nak curi you punya CEO sekejap."Tengku Adam berjalan perlahan sambil dipaut oleh Tengku Daniel. Walaupun Tengku Adam menggunakan tongkat, namun Tengku Daniel tidak mahu mengambil risiko. Dia tidak mahu rakannya itu terjatuh.

"Sejak bila Bie buat fisio? Kenapa tak beritahu I! Kesian dekat I tau tak! Hari-hari fikir macam mana nak pujuk Bie pergi buat fisio. Ish! Sampai hati!." Aurora memuncungkan bibirnya sambil berjalan perlahan mengikut langkah Tengku Adam.

"Aurora, I'm sure daripada sini you boleh handle Tengku Adam kan? I nak sambung meeting you tadi." 

"Boleh. Thank you Daniel." Aurora bersyukur kerana suaminya mempunyai kawan-kawan yang sangat baik dan prihatin.

"Your most welcome." 

Aurora menolak perlahan pintu sambil memapah Tengku Adam. Dia bangga dengan Tengku Adam. 

"Bie, I..."

"Aurora?"

Wajah Tengku Adam dan Aurora berpaling memandang empunya suara. Danish! Hati Aurora berdebar-debar. Janganlah jadi apa-apa.

"Wow! Adam! Congratulations. You dah boleh jalan. Dah tak cacat lagi." Sinis sahaja ucapan tahniah Tengku Adam daripada Danish.

"That so nice of you." Aurora juga tidak kurangnya. Membalas sinis percakapan Danish.

Aurora membantu Tengku Adam duduk di kerusi miliknya. Kerusi yang menjadi tempat duduk seorang CEO yang gah. Aurora pula tanpa segan-silu duduk di atas riba suaminya. Kertas kerja dan report yang banyak mula diselak oleh Aurora.

"Ada apa you datang sini? I busy." Aurora berkata dingin. Dia bersandar di tubuh Tengku Adam dan mula membaca report.

"I sebenarnya nak ajak you lunch. Since suami you ada, bagus juga. Jomlah lunch sekali." Danish mula dengan taktik kotor miliknya.

"Ni, ada sikit salah. Nanti suruh secretary betulkan. Yang lain semua perfect." Tengku Adam mengambil pen dan membulatkan kesalahan di dalam report yang dibaca oleh Aurora.

Perlakuan Tengku Adam dan Aurora membuatkan Danish panas hati. Pertanyaannya langsung tidak dipedulikan.

"Hello? I'm still here." Danish menegur pasangan dihadapannya.

"Hari ni I lunch dengan my husband. Kalau you nak bincang pasal projek you, datang lepas lunch. Now, kalau tak ada apa-apa, you boleh keluar." Aurora tanpa membuang masa terus menghalau Danish.

"Okay. Have a nice day."

...............................................................

"Can you see? Cara dia pandang you? Macam nak makan! Dahlah lagi beberapa minit, waktu lunch habis." Aurora ketawa mendengar rungutan Tengku Adam.

"Bie, I cuma nak you seorang dalam hidup I." Aurora memeluk erat leher suaminya.Bibir suaminya ditenung.

Belum sempat Tengku Adam membalas, Aurora terus menyambar bibir suaminya. Geram! Aurora terus menerus mencium Tengku Adam.

"I dah lama tak dapat you." Aurora memandang suaminya dengan pandangan yang menggoda.

"That line suppose to be mine." Tengku Adam ketawa. Namun, ketawanya mati apabila Aurora mula menggigit lehernya.

"Auch! Aurora! Kenapa nakal sangat ni!." Tengku Adam hanya membiarkan Aurora yang menggigit kuat lehernya. Dia suka.

Tangan Tengku Adam menarik perlahan zip skirt labuh yang dipakai oleh Aurora. Punggung Aurora diusap perlahan.

"I takkan sentuh you, selagi I tak pulih sepenuhnya. You juga yang setuju kan?" Tengku Adam bertanya sambil mengusap lembut punggung Aurora.

"Tahu. Tapi saja nak mengusik Bie." Terus muncul muka cemberut Tengku Adam.

"Mengada!." Tengku Adam mencubit perlahan pipi Aurora.

"Well, you ada meeting kan dengan Danish lepas ni. I nak balik dulu. Kalau ada apa-apa call bodyguard tau." Aurora hanya mengangguk. Dia memegang lengan Tengku Adam dan membantu lelaki itu untuk bangun.

"Hantar I sampai dekat my private elevator. Dah ada bodyguard tunggu dah." Aurora sekali lagi hanya mengangguk. Dia kalau boleh hendak mengikut suaminya di rumah dan berpelukan bersama suaminya di atas katil.

"Okay." 

.......................................................

Tengku Adam berjalan dengan perlahan dan dipegang erat oleh pengawal peribadinya. Mereka kini berjalan menerusi lobi syarikat miliknya. Sedang mereka berjalan, mereka berselisih dengan Danish.

"Eh! Tengku Adam! Takkan dah nak balik dah?" Soalan Danish berbaur perlian.

"Itulah. Letih lepas Aurora 'kerjakan' I tadi." Dengan selamba Tengku Adam menjawab.

Raut wajah Danish terus berubah. Matanya melekat pada leher Tengku Adam yang dipenuhi dengan kesan-kesan 'love bite' yang banyak di leher Tengku Adam.

"I got to go now."

Tengku Adam kembali berjalan perlahan dengan bantuan tongkat daan pengawal peribadinya meninggalkan Danish yang cemburu. Rasakan! 

Danish terus menuju ke lif dengan perasaan cemburu dan marah. Sampai sahaja, di top floor, Danish terus masuk ke dalam office dan melihat Aurora yang sedang menandatangani beberapa dokumen.

"Did you just had sex with Adam in here?" Aurora terus diserang dengan soalan peribadi.

"Kalau ya pun kenapa? Dia suami I. Suka hati I lah bila or dekat mana! Jangan sibuk boleh tak? I ni isteri orang. I tak nak pun dekat you. Cermin dulu diri you tu! Cukup kaya ke macam Adam untuk berdampingan dengan I? Kalau tak kaya, jangan mimpilah!" Sungguh pedas sekali kata-kata Aurora.

"Berani you hina I! You tunggu! I akan beritahu Adam pasal benda ni! For your information, I dah record semua confession gila harta you! You tunggulah nasib you!" Danish terus keluar daripada office tersebut.

"Like I care. Tengku Adam bukan percaya pun"

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang