Aurora memandang inai di jarinya. Walaupun, dia bernikah buat kali yang kedua dengan orang yang sama, namun Datin Rose Ailie tetap mahukan majlis yang mewah. Tiada pihak media yang akan dijemput. Hanya keluarga terdekat dan juga kenalan rapat keluarga Tengku Adam.
"Aurora, jom kita turun sayang." Datin Rose Ailie memegang tangan Aurora. Majlis yang dibuat di salah satu private hall di hotel milik Tengku Alex sangat mewah.
"Allahuakbar."
............................................................
Menggigil tangan Aurora apabila cincin emas disarungkan ke jari miliknya. Dalam sekelip mata, dia diangkat semula menjadi isteri kepada Tengku Adam. Dia memang tiada pilihan. Daripada menjadi perempuan simpanan Tengku Adam, biarlah dia menjadi isteri Tengku Adam.
Tengku Adam terus mengucup lembut dahi Aurora.
"Pilihan yang tepat Aurora. You don't know how cruel I can be if you are my mistress."Aurora hanya menundukkan wajahnya.
Aurora mengeluh perlahan. Selepas ini, dia dan Tengku Adam akan mempunyai majlis persandingan. Sekali lagi, Datin Rose Ailie memang mahukan majlis yang mewah.
"Come on my Love. We have a photoshoot."
Aurora terpaksa merelakan sahaja perbuatan Tengku Adam untuk sesi bergambar. Tangan Tengku Adam tak usah diceritakan. Merayap ke sana dan ke sini hanya untuk menangkap gambar.
"Jangan nak lebih-lebih Adam. I kahwin dengan you pun sebab I tak ada pilihan."Sinis sahaja Aurora membalas.
"Alright my Love."
..................................................................
Aurora memandang tajam pintu kayu yang diukir tersebut. Baju Kebaya Cik Siti Wan Kembang yang dipakainya ditenung. Baju tradisional yang mahal.
"I...I..I can't do this."
Aurora segera membuka kasut berwarna emas dan berlari laju menuju ke pintu. Pintu ditolak kuat dan Aurora berlari sekuat hati. Aurora berlari ke arah parking lot. Dia harus mencari seseorang yang sudi membantunya.
Aurora melihat seorang lelaki yang berkemeja hitam sedang membuka pintu kereta Mercedes.
"Encik!" Aurora berlari ke arah lelaki tersebut. Namun, saat lelaki itu berpaling, langkah Aurora terhenti.
"Adam"
Aurora segera berundur dan lari daripada Tengku Adam. Dapat dia dengar jeritan Tengku Adam. Aurora berlari sekuat hati. Dia tidak mahu bersama dengan Tengku Adam. Namun, harapannya musnah apabila pinggangnya sempat dipaut kuat oleh tangan kekar Tengku Adam.
"You nak lari mana Aurora?! Tempat ni dah penuh dengan orang-orang Tengku Alex." Aurora meronta-ronta dengan kuat.
"Lepaskan I!! Lepaskan!!" Aurora yang menjerit seperti orang histeria membuatkan Tengku Adam menekup mulut Aurora.
"Calm down my Love. Think about Amelia." Rontaan Aurora terhenti dengan sendirinya. Air matanya jatuh berjuraian. Hanya esakan yang dapat didengari.
Tengku Adam memeluk erat tubuh Aurora yang melorot jatuh. Hatinya sakit apabila terpaksa bertindak sedemikian untuk mengikat Aurora bersamanya.
"Shhh..don't cry my love."
"Kenapa you buat I macam ni?" Aurora bertanya sambil menampar kuat dada bidang Tengku Adam.
"Because I love you."
................................................................
Aurora duduk termenung di atas katil. Tengku Adam yang sedang membuka baju melayu tidak dia hiraukan. Semuanya terlalu pantas. Majlis akad nikah. Majlis persandingan.
"Love?"
Tengku Adam memanggil lembut isterinya, namun tidak disahut oleh Aurora. Tengku Adam yang kini bertuala mendekati isterinya. Pipi isterinya yang basah menarik perhatiannya. Aurora menangis.
"Love." Tengku Adam melutut dihadapan isterinya. Tangan mulus Aurora dipegang dengan penuh kelembutan.
Aurora segera menarik tangannya. Dia terus berdiri dan berlalu pergi ke bilik air. Hatinya punah. Hatinya sakit.
Tengku Adam hanya mampu melihat Aurora yang masuk ke dalam bilik air. Aurora masih berkecil hati dan kecewa. Dia menoleh ke arah anak perempuannya yang sedang nyenyak tidur di atas katil.
"Apa Papa nak buat ni Melia? Mama marah sangat dekat Papa sayang." Tengku Adam mengusap pipi merah Tengku Amelia membuatkan anak kecilnya itu sedikit merengek.
Tidak sampai 30 minit, Aurora keluar dengan memakai sweater dan seluar tidur miliknya. Dia tidak mahu membangkitkan nafsu Tengku Adam. Dia belum bersedia untuk 'bersama' dengan Tengku Adam.
Aurora terus masuk ke dalam wardrobe dan membawa keluar toto dan tilam berwarna hitam. Dihamparkan di sebelah katil Tengku Adam.
"Kenapa tidur dekat bawah. Katil I ni kan besar. Sinilah." Tengku Adam berkata dengan suara paling lembut.
"Tak selesa. I tidur dulu. Assalamualaikum."
....................................................................
Tengku Adam menjamah sarapan sendirian di meja makan. Aurora memasak untuknya dan meninggalkan sarapan di atas meja. Selepas itu, isterinya terus naik ke library bersama Tengku Amelia.
Tengku Adam mengambil beg latop dan dokumen miiknya. Sikit sahaja dia makan. Dia tiada selera. Jika dahulu, pagi-pagi Aurora yang akan menyuapnya. Dia rindu saat-saat itu.
"Nasib kaulah Adam."
Aurora hanya melihat kereta Tengku Adam yang keluar daripada mansion mewah tersebut. Jujur dia katakan, dia tidak boleh tengok wajah Tengku Adam. Dia benci. Dia marah. Dia sakit hati. Dia berdendam.
.......................................................................
Tengku Adam tenang melihat bodyguard miliknya yang sedaya-upaya menghalang wartawan yang berkumpul di lobi office. Tidak sangka, berita dia dan Aurora akan bocor dan tersebar dengan pantas. Setahu dia, dia tidak memberitahu sesiapa.
"Datuk! Datuk!" Tengku Adam terus masuk ke dalam lif peribadi miliknya. Dia tidak akan membuat sebarang press conference selagi hubungannya dan Aurora belum pulih.
Tengku Adam menapak masuk ke dalam office dan meneruskan kerjanya. Hari ini, dia mahu pulang awal. Dia mahu berjumpa dengan Aurora dan Tengku Amelia. Jadi, dia perlu menyiapkan kerja dengan cepat.
"Datuk, Datin nak jumpa." Interkom Tengku Adam tiba-tiba berbunyi. Tanpa sempat dia membalas, pintu office dibuka oleh Aurora.
"I nak keluar. I tinggalkan Amelia dengan you. Assalamualaikum." Aurora terus meletakkan Amelia di atas sofa berhampiran dan berlalu pergi. Dia tidak memberi peluang kepada Tengku Adam untuk bertanya apa-apa.
"Love!" Tengku Adam mengejar laju Aurora yang sedang menapak ke arah tangga kecemasan.
"Love wait!" Tengku Adam sempat merentap tangan Aurora.
"I will not ask we are you going, but at least please bring my bodyguard with you. It's not safe out there. I don't want to take any risk. There will be a lot of people that might harm you." Tengku Adam sangat risau.
"I am already harmed by you. So, what's the point?."
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Romance"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...