CHAPTER 10

65.7K 2.1K 243
                                    

Berita pertunangan Tengku Adam dan Aurora tersebar dengan sangat pantas. Tidak sampai 2 bulan Aurora menjadi girlfriend Tengku Adam, kini dia sudah bergelar tunangan kepada jejaka itu.

"Aunty, macam mana ni?" Aurora sangat risau. Dia tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam.

"Aurora layankan Adam tu macam biasa. Nanti, Aunty akan tolong you untuk lari." Aurora hanya mengangguk.Dia harap dia dapat lari sebelum Tengku Adam mengetahui rancangannya dan juga Datin Rose Ailie.

"Tapi Aunty, Aunty tak kesian dekat dia? Aurora kesianlah dekat Adam." Aurora berat hati.

"This is the only way to teach him Aurora."

...................................................................

"Love" Aurora yang sedang galak menikmati aiskrim Coklat tersebut memandang ke arah Tengku Adam apabila lelaki itu memanggilnya.

"Promise me, you will not leave me sampai akhir hayat you." Tengku Adam memegang tangan Aurora.

Aurora terdiam buat seketika. Dia akan meninggalkan Tengku Adam dan memungkiri janji. Aurora melihat cincin pertunangan yang tersarung cantik di jarinya.

"Aurora? Can you promise that?" Aurora hanya sekadar mengangguk.

"Thank you Love." Tengku Adam mencium lembut tangan Aurora.

"You ni, dah besar pun makan aiskrim comot lagi. Macam budak-budak." Tengku Adam mengusap asikrim di tepi bibir wanita itu.

"Bie, kalau I tinggalkan you, you nak buat apa?" Aurora sengaja menduga.

"Well, I akan cari you sampai I jumpa. Then, you will know how dangerous I can be and don't blame me if I hurt. I will torture you until you tak berani untuk pergi daripada I." Seram terus Aurora mendengarnya.

"Daniel is just like me but Bella is a wife that really obedient to his husband but I have a really stubborn future wife." Aurora hanya tersengih.

"Wow, I must say you are really creepy Bie." Tengku Adam tersenyum sinis.

"I prefer dominance my Love."

............................................................

"Aku ingat kau suruh aku beritahu yang lain pasal suit dengan baju Melayu tu rupanya nak pakai bertunang. Aku ingat kau nak terus kahwin dengan Si Aurora." Tengku Farid ketawa kecil.

"Akhirnya, kau settled down juga. Aku ingatkan selama-lamanya nak pertahankan ego tu. Rupanya ada hati dekat Aurora." Tengku Daniel menepuk bahu rakannya itu.

"Aku tak bolehlah dengan Aurora. Ego aku tercalar dengan dia. Dia perempuan pertama yang buat aku rasa insecured and perempuan luar pertama yang jejak kaki dengan rumah aku. Dia memang something." Tengku Adam tersenyum sendirian apabila mengingatkan perangai menggoda Aurora.

"So, bila majlis awak dengan Aurora?" Zahira yang berada di atas riba suaminya bertanya.

"Lagi 2 bulan. I malas nak pressure Aurora. Lagipun, banyak lagi kerja dia nak kena selesaikan dulu. Dia kata dia nak berhenti kerja lepas kahwin." Tengku Adam sangat-sangat bahagia ketika ini.

"Aurora mana?" Tengku Jericho bertanya apabila sudah lebih satu jam mereka menunggu Aurora untuk makan bersama.

"Kejap lagi baru dia sampai. Dia ada photo shoot hari ni." Tengku Adam menjawab sambil membaca email yang masuk dengan sangat banyak dalam telefonnya.

"Dah 3 orang dah settled down. Jericho dengan Farid bila lagi?" Soalan Bella membuatkan yang lain ketawa kecuali Tengku Jericho.

"Do you find her Jericho?" Tengku Adam bertanya perlahan.

"Yes, but she loathe me." Perlahan sahaja Tengku Jericho menjawab.

"It is my fault."

........................................................................

2 bulan kemudian.....

Aurora sangat sedih. Malam ini merupakan malam terakhir sebelum majlis akad nikahnya bersama Tengku Adam esok. Malam ini juga merupakan malam terakhir dia berada di dalam hidup Tengku Adam. Esok dia tidak akan muncul di majlis akad nikah. Mujur sahaja, Tengku Adam membuat majlis tertutup yang dihadiri oleh para keluarga dan sahabat. Pihak media juga tidak tahu bahawa esok adalah tarikh perkahwinannya bersama Tengku Adam. 

Aurora mengeluarkan sehelai kertas dan mula menulis titipan terakhir buat Tengku Adam. Cincin pertunangannya juga ditanggalkan dan dicium buat kali terakhir kerana cincin tersebut akan ditinggalkan bersama dengan surat tersebut.

"I'm sorry Bie. Love cuma tolong Aunty. Love sebenarnya tak ada perasaan dekat Bie. I'm sorry again." Aurora melihat jam menunjukkan sudah pukul 3.00 pagi. Penerbangannya ke New York akan berlepas pada jam 6.00 pagi. 

Aurora memasuki kapal terbang dengan hati yang sebal. Dia tidak tahu mengapa. Mungkin kerana rasa bersalah terhadap Tengku Adam.

"Goodbye Adam and I'm sorry."

......................................................................

"I need you to stop the flight!" Tengku Daniel menjerit di telefonnya. Semua penerbangan delay dan bodyguard Tengku Adam memasuki setiap penerbangan untuk mencari Aurora.

Tengku Adam dan yang lain berlari-lari mencari kelibat Aurora di lapangan terbang tersebut. 

"Aku rasa dia dah fly dah ni Adam." Ayat yang terpacul keluar daripada mulut Tengku Jericho membuatkan dia sangat marah.

"She promised me!" Tengku Adam menggenggam penumbuknya. Dia sudah terlambat. Kehilangan Aurora disedari apabila Mak Andam datang untuk membantu Aurora dengan persalinan dan solekannya.

"Kau bergaduh ke dengan Aurora semalam?" Tengku Daniel yang mengah bertanya perlahan. Puas mereka mencari-cari Aurora namun langsung tiada. 

Tengku Adam mengeluarkan telefonnya dan menghubungi nombor Raf.

"Raf, aku nak kau cari Aurora. Aku nak tau semua sekali! Flight,rumah,cars! Semuanya." Tengku Adam bukan sahaja marah, namun dia malu dengan ahli keluarganya ketika ini. Mujur sahaja pihak media tidak mengetahui tentang Aurora.

Sampai sahaja di rumah ,Tengku Adam mengurut lembut pelipisnya dan duduk di sofa ruang tamu rumah mamanya. Dia runsing. Apa yang berlaku kepada Aurora sebenarnya.

"Beri dia masa Adam." Datuk Zahid duduk di sebelah anaknya.

"I don't know babah. She's been lying to me about her feelings. She's toying with my feelings." Lemah sahaja suara Tengku Adam.

"Maybe it's a test for you. You've been playing with women hearts. You slept and treat them like a thrash. Now, she did the same. You are ego. You are too controlling. Maybe you terlalu mendesak dia Adam." Datuk Zahid memandang anaknya yang menyepikan diri.

"Pergi rehat Adam." Datin Rose Ailie menasihati anaknya. Tengku Adam tanpa banyak bunyi terus naik ke biliknya. Apabila mendapati Tengku Adam hilang daripada pandangan, Datin Rose Ailie melemparkan senyuman jahatnya.

"Your plan are going too well darling."



YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang