CHAPTER 36

64.2K 1.9K 197
                                    

"Kau buat apa dekat sini?" Tengku Daniel bertanya sambil matanya ralit memandang kepala Tengku Adam yang ditampal plaster.

"What do you mean? I've tons of work to do." Tengku Adam berkata sambil membelek-belek kertas kerja yang bertimbun.

"Aurora masuk hospital." Tengku Daniel selamba berkata.

"Biarlah dia nak.....wait what?!" Tengku Adam terkejut buat seketika.

"Aurora terpijak paku berkarat. Aku pun tak tau macam mana paku berkarat boleh ada dekat kawasan kondominium mewah macam tu." Tengku Daniel bercakap seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Bila dia masuk? Why you didn't tell me?" Tengku Adam agak marah.

"Why not?"

.........................................................

Tengku Adam tersenyum melihat Aurora yang sedang nyenyak tidur. Haih! Tak sampai 2 minggu, dah 2 kali masuk hospital. Tengku Adam naik ke atas katil hospital perlahan-lahan. Dia tidak mahu Aurora terjaga.

"Nasib baik sayang." Tengku Adam mengusap lembut pipi mulus Aurora.

"Macam mana I nak move on? Dengar you masuk hospital, I dah macam orang gila. Sampai I mati pun I akan ingat tentang penceraian kita. I buat keputusan dalam keadaan marah. I yang pisahkan you daripada Amelia. Dia dah lama tak minum susu badan you. Asyik minum susu botol." Tengku Adam mencium perlahan dahi Aurora.

Selimut ditarik dan diselimuti tubuh mereka berdua. Dia pasti, Aurora pasti akan mengamuk bila melihat posisi mereka. Memang bukan mahram. Tetapi dia, akan sedaya-upaya mengerah tenaga dan buah fikiran supaya mereka kembali menjadi suami isteri.

"I love you Aurora."

................................................................

Aurora merenung wajah Tengku Adam yang sedang nyenyak tidur memeluknya. Kepala Tengku Adam yang berbalut membuatkan dirinya dihuni rasa bersalah. Diusap perlahan kepala Tengku Adam.

"Sorry."

"Ya Allah, aku tipu perasan aku sendiri." Aurora menatap wajah bekas suaminya. Dia rindu dengan sentuhan Tengku Adam. Suara Tengku Adam serta perangai nakal Tengku Adam.

"I mengaku Adam, I masih sayangkan you. I masih cintakan you. I rindu dengan you." Aurora mengumam perlahan.

"Kalau masih cintakan I, kenapa you tak nak rujuk dengan I?" Aurora cepat-cepat mengalihkan tangannya.

"Jawablah Love. Kenapa tak nak rujuk dengan I?" Perlahan sahaja Tengku Adam bertanya.

"I tak boleh. Lepas apa yang you dah buat. Sakit I Adam. Macam-macam you buat. You ceraikan I. You hina I. You pisahkan I daripada Amelia. You susahkan I. I macam orang gila bayar semua hutang. Semua sebab you. Semua orang hina I. I terima bila semua orang cakap I yang salah. I terima Adam. Sakit Adam. Sakit sangat. You tak pernah bagi I peluang untuk explain. You kuat cemburu. You overthinking. You ego. Serba-serbi hidup you,perangai you tak boleh fit dengan I. You carilah perempuan lain Adam. Yang boleh sesuaikan diri perangai you."

Aurora terus memalingkan tubuhnya. Dia sedih. Hatinya sedih kerana terpaksa berpisah dengan Tengku Amelia.

"No! Sampai bila-bila pun you akan jadi hak milik I! I tak akan sesekali lepaskan you." Tengku Adam terus berubah.

"Please Adam, jangan pentingkan diri sendiri. I nak ada life I sendiri. Soal Amelia, you don't have to be worry. I akan datang rumah you and susukan dia kalau you risau dia minum susu botol, but please, lepaskan I. I manusia biasa. Setiap hari you datang rumah I, tak manis orang tengok. Orang pun tak habis bercakap pasal video tu. I malu you tau tak. You sikit pun tak nak tolong I. Maruah I dipijak-pijak Adam. Jiran I, kawan-kawan sekerja I. Semua bercakap. Infact, video tu bukannya fake, it's real Adam. Itulah hakikatnya. You have to accept that I'm dirty. I'm no longer you pure Aurora." Serak suara Aurora.

"I don't care Aurora. Pasal video tu, I paid a lot supaya video tu hilang daripada social media or youtube. I'm trying my best to protect your dignity. That's why I want us to remarry again." Tengku Adam cuba memujuk Aurora.

"I penatlah Adam. Tolong keluar. I nak rehat."

Aurora hanya memejam matanya apabila mendengar pintu wad ditutup. Matanya dipejam. Air mata menuruni laju.

"I can't Adam. I'm sorry"

................................................................

Tengku Adam merenung wajahnya di cermin. Betul apa yang Aurora katakan. Dia memang ego. Dia memang kuat cemburu.

"I masih cintakan you Aurora. I'm pretty sure, our love is strong enough untuk kita berkahwin untuk kali kedua. I percaya pada Allah. I percaya pada cinta kita."

Air mata Tengku Adam jatuh akhirnya. Sekian lama, dia tidak menangis, dia tewas. Tewas dengan Aurora. Tewas dengan sikap buruknya sendiri.

"I akan bagi you peluang tu Aurora. Tapi, bila sampai masanya, I akan ambil you kembali. I akan jadikan you isteri I semula. Itu janji I Aurora. Selagi belum tiba masanya, I tunaikan apa yang you minta."

Tengku Adam menapak perlahan ke arah katilnya. Kerjanya disambung. Baju dilipat dan dimasukkan ke dalam beg. Wardrobe dikosongkan. Esok, dia akan pergi jauh daripada Aurora dan pergi jauh daripada rakan-rakannya. Dia perlu waktu. Begitu juga dengan Aurora.

Gambar perkahwinannya dan Aurora yang agak besar ditanggalkan daripada dinding. Frame ditanggalkan. Tengku Adam mula mencoret segala isi hatinya di belakang gambar tersebut. Ditulis sepenuh hati.

Selesai menulis, Tengku Adam memasukkannya ke dalam sampul surat berwarna hitam. Di dalam sampul surat tersebut, terdapat segala hak yang sepatutnya Aurora dapat. Hak penjagaan Tengku Amelia, turut diberi kepada Aurora. Biarlah dia mengalah.

"Farewell my Love."

...........................................................

"Apa ni?" Aurora mengambil sampul surat berwarna hitam daripada Tengku Farid.

"I pun tak tahu. Adam yang pesan bagi dekat you. Dia kata, dia ada outstation 2 minggu." Tengku Farid hanya memberitahu apa yang diberitahu oleh Tengku Adam kepadanya.

"I pergi dulu Aurora. I busy." Tengku Farid meminta diri terlebih dahulu. Dia ada banyak meeting untuk dihadiri.

Aurora hanya mengangguk. Sampul surat terus dibuka. Benda pertama dia lihat adalah dokumen hak penjagaan yang telah diberi kepadanya serta dokumen-dokumen berkenaan harta.

"Adam.." Aurora speechless. Tengku Adam menghadiahkan 70 peratus daripada hartanya buat dirinya dan Tengku Amelia.

Gambar perkahwinan mereka dikeluarkan. Aurora hanya mampu tersenyum. Aurora menterbalikkan gambar tersebut dan terkejut apabila melihat coretan yang agak panjang di belakang gambar dan diakhiri dengan tandatangan Tengku Adam.

Terdapat juga cincin perkahwinan yang pernah tersarung di jari Tengku Adam. Aurora segera mengambil telefonnya dan nombor Tengku Adam di dail.

"Mana you ni Adam." Aurora cuba menghubungi sekali lagi nombor Tengku Adam. Tetapi masih sama. Tidak dapat. Tengku Adam gagal dihubungi.

"Mana you ni Adam."

YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang