Aurora perlahan-lahan membuka matanya. Badannya terasa letih dan lesu. Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia tidur di atas katil kerana berasa pening. Kali ini, dia bangun dan berada di atas katil,namun di atas katil dan sebuah bilik yang berlainan. Aurora berpaling ke sebelahnya dan melihat Amelia yang sedang nyenyak tidur di atas dada bidang Tengku Adam.
Aurora terus tersenyum manis melihat Tengku Adam dan juga Tengku Amelia. What a cute view!
"Urmm, Love?" Aurora segera menghilangkan senyumannya dan memalingkan muka apabila Tengku Adam tersedar.
"How are you feeling now?" Tengku Adam risau melihat muka isterinya yang masih pucat.
"I'm okay." Suara Aurora kembali dingin. Dia perlu mengekalkan lakonannya. Dia tidak boleh kalah dengan pujuk rayu Tengku Adam. Dia mahu memberi pengajaran. Dia tidak mahu sakit lagi.
"Sorry,I letak Princess atas dada I. Dia merengek bila I letak dalam baby cot." Tengku Adam segera memaklumkannya kepada Aurora apabila menerima pandangan tajam wanita itu.
"I nak mandi." Aurora terus bangun daripada katil. Namun, saat dia bangun daripada katil pandangannya berpinar-pinar. Aurora terus terduduk kembali di atas katil.
"Love, doktor kata you kena rehat. You are stressing too much Aurora." Tengku Adam benar-benar risau dan takut.
"Well, thanks to you." Sinis sahaja jawapan Aurora. Tengku Adam hanya diam dan terus memberikan senyuman manisnya kepada isterinya. Dia tahu isterinya masih marah. Dia sama sekali tidak menyalahkan isterinya. Dia yang salah.
"Love, rehat dulu. Kalau dah okay nanti I siapkan makanan dengan mandian you. Mama dah bekalkan dah herba-herba untuk you. Nanti I siapkan." Tengku Adam berkata sambil menyerahkan Tengku Amelia kepada Aurora. Namun, saat Aurora mahu menyambut Tengku Amelia, anak kecilnya itu tiba-tiba sahaja menangis dan merengek membuatkan Aurora rasa serba-salah.
"Dia nak susu ke Love?" Tengku Adam agak panik apabila melihat anak perempuannya yang merengek.
"Maybe." Aurora tanpa segan-silu menyingkap baju yang dipakai.
Tengku Adam berdehem perlahan apabila matanya jatuh ke arah dada Aurora. Oh my god! Dia memang tidak boleh melihat tubuh seksi Aurora. Haih!
"I keluar dulu. Kalau ada apa-apa Love panggil I." Tengku Adam tidak senang berada di dalam kabin tersebut. Tengku Adam terus keluar daripada kabin tersebut. Masih lama lagi sebelum mereka hendak mendarat ke Malaysia.
Aurora menahan tawanya apabila melihat muka terdesak suaminya. Padan muka! Aurora tersenyum melihat Tengku Amelia yang sangat-sangat lapar dan rakus menghisap susu.
"You are beautiful princess." Aurora mengucapkan kata-kata indah tersebut perlahan sambil menepuk lembut paha puterinya itu.
"I wish you become a very successful and attractive just like your Daddy."
............................................................
Aurora terpegun melihat mansion mewah di hadapannya. Mansion yang baru siap dibina beberapa minggu sebelum dia melahirkan Amelia.
"Berapa banyak you dah habiskan untuk mansion ni Adam?" Tanya Aurora.
"32 million." Selamba sahaja Tengku Adam menjawab. Dia berharap agar Aurora suka dengan rumah baru mereka.
"Your 32 million cannot buy my forgiveness." Sekali lagi hati Tengku Adam direntap oleh kata-kata sindiran pedas oleh isterinya.
Belum sempat Tengku Adam mahu membalas, Aurora sudah pun bergerak ke dalam rumah agam mereka. Tengku Adam sekali lagi mengalah. Jika dia melawan, pasti akan lebih melarat.
" Serve your right Adam." Tengku Adam mengumam sendirian. Memang patut pun dia dimarahi.
Aurora membawa Tengku Amelia ke sofa ruang tamu serba mewah Tengku Adam. Aurora sebenarnya serba-salah kerana kurang ajar dengan Tengku Adam, namun hatinya masih lagi sakit. Dia tidak boleh terima dengan sikap overthinking dan ego Tengku Adam.
"Love, naik bilik dulu. Bawa Amelia sekali. Kan dah ada lif tu." Tengku Adam menegur lembut Aurora. Namun, Aurora cuma buat bodoh sahaja. Tengku Adam menghela nafas panjang.
"Sampai bila you nak marah I Love?" Lembut sahaja suara Tengku Adam bertanya. Aurora merenung tajam wajah suaminya.
"Sampai hati I okay. Hati I sakit. Hati I hancur sebab pemikiran bodoh you tu. Selalu overthinking. Susah nak percaya I. I ni isteri you Adam!" Jeritan kuat Aurora membuatkan Tengku Amelia menangis.
"Shhh...shhh..sorry Princess." Aurora kembali menenangkan anak perempuannya yang merengek.
Aurora terus membawa anak perempuannya ke lif rumah meninggalkan Tengku Adam yang berwajah mendung. Biar dia rasa! Aurora mendodoikan anaknya.
"Susah untuk saya maafkan awak Adam."
............................................................
Aurora mengunyah perlahan makanan yang dimasak oleh Datin Rose Ailie. Makanan orang berpantang yang sihat dan sedap.
"Aurora, makanlah lagi. Mama masak banyak tu." Datin Rose Ailie gembira melihat wajah menantunya yang berseri-seri walaupun baru seminggu lebih berpantang.
"Thank you Mama." Aurora memberikan senyuman manisnya kepada Datin Rose Ailie.
Tengku Adam hanya memerhati daripada jauh sahaja senyuman Aurora yang hilang. Senyuman yang tidak lagi dia dapat setiap pagi. Beribu kali dia meminta maaf sekali pun, Aurora masih lagi keras hati.
"Tak perlu nak tinjau-tinjaulah Adam. Kamu yang salah. Tuduh isteri kamu tu melulu. Babah tak pernah tahu you ni suka overthinking. Mana CEO yang Babah kenal dulu. CEO yang arrogant, segak,kaya,berkarisma. Semuanya hilang. Ingat, dia tu The Seducer. Bila-bila masa dia boleh tinggalkan you. Semua lelaki nak dekat dia." Datuk Zahid sengaja melancarkan provokasinya. Dia mahu Tengku Adam sedar dan menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab. Tidak menyakiti hati isterinya.
Tengku Adam mengenggam erat penumbuknya. The thoughts of Aurora having another children with another man memang sangat-sangat membuatkan hatinya membara.
"I won't let another men have her." Tengku Adam mengumam perlahan. Dia sanggup untuk berbuat apa sahaja untuk memastikan Aurora kekal menjadi miliknya.
"Kau akan kekal jadi milik aku sampai bila-bila Aurora. Aku tak akan sesekali lepaskan kau. Aku akan buat apa sahaja untuk pastikan kau ada di samping aku walaupun aku terpaksa sakitkan kau."
............................................................
Aurora baring di atas katil sambil menepuk lembut anak perempuannya itu. Dia suka apabila hanya berduaan dengan anak perempuannya tanpa Tengku Adam.
"Love?" Aurora terus memandang ke arah pintu bilik yang dibuka.
"What are you doing here. Go away." Dingin sahaja suara Aurora.
"I just want to ask you if you let me kiss Amelia before I go to bed." Tengku Adam bertanya dengan penuh harapan.
"No." Pantas sahaja Aurora menjawab.
"Please." Lembut sahaja suara Tengku Adam.
"Fine" Aurora mengalah. Dia mahu Tengku Adam keluar daripada bilik tersebut dengan cepat.
Tengku Adam dengan segera menapak ke arah Tengku Amelia yang sedang nyenyak tidur. Alahai! Comel.
"Sleep tight Princess." Tengku Adam melabuhkan ciumannya pada pipi tembam Tengku Amelia.
Aurora hanya membiarkan sahaja dan terus melelapkan matanya. Dia malas mahu bertembung muka dengan Tengku Adam. Lakonan harus dijayakan.
Aurora membuka matanya apabila terasa tubuhnya ditindih.
"Adam!" Aurora panik apabila melihat tubuh Tengku Adam yang menindih tubuhnya. Dada bidang Tengku Adam ditolak kuat.
"Have a nice sleep my love. I love you." Tengku Adam terus mengucup sekilas bibir Aurora dan terus bangun.
"Kalau ada apa-apa, call I. Bilik yang you duduk ni soundproof."
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Romantik"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...