CHAPTER 23

56.9K 1.9K 180
                                    

"You nak apa?!" Aurora menengking Tengku Adam apabila lelaki itu daripada tadi mengejutkannya.

"Sarapan dah siap. I nak tanya, you nak makan tak?" Suara Tengku Adam masih lagi lembut walaupun hatinya terguris. 

"I dah cakap Adam, tak perlu sibuk pasal I. Nanti kalau I nak makan pandai-pandailah I turun,masak." Kasar sahaja suara Aurora berkata. Dia letih apabila kualiti tidurnya diganggu. 

"I'm sorry Love." Perlahan sahaja suara Tengku Adam. Pintu bilik tersebut kembali ditutup. Tengku Adam menghela nafas panjang. Hatinya sakit.

"Sabar Adam." Tengku Adam mengumam perlahan memberi semangat kepada dirinya.

.....................................................

4 bulan kemudian...

Tengku Adam sudah buntu. Mati akal. Aurora semakin hari semakin dingin dan semakin jauh daripada dirinya.  Sudah berulang-ulang kali dia meminta maaf, namun yang dia dapat hanyalah tengkingan daripada Aurora. Malah, Aurora sudah mula kembali bekerja. Hendak ditegur, Aurora pasti akan melenting. Aurora juga mengugut mahu membawa Tengku Amelia jauh daripadanya. Walaupun dia mempunyai pangkat dan harta, dia tahu ugutan Aurora bukan mainan.

"I dah letih nak pujuk you Aurora." Tengku Adam mengumam perlahan. Gambar perkahwinan mereka ditenung.

"Apa akan jadi dengan perkahwinan kita ni Love?" Tengku Adam sudah buntu. Perangai Aurora tidak dapat dikawal. Malah, dia sudah jarang bertemu dengan Tengku Amelia. Kemana-mana sahaja Aurora pergi dia akan membawa sekali anak perempuan mereka.

Tengku Adam merenung cincin platinum di jarinya. Cincin yang berukir nama Aurora padanya. Tiba-tiba dia rasa dia berkahwin terlalu awal. Dia dan Aurora sudah tidak mempunyai chemistry lagi.

"Salah aku ke Ya Allah?" Tengku Adam sudah buntu dengan apa yang terjadi. Rumah tangga yang semakin retak membuatkannya sangat-sangat tertekan. Itulah punca dia pengsan tempoh hari. Aurora langsung tidak mengambil tahu tentangnya. Aurora  memang akan mengelak daripada bersua muka dengannya.

................................................................

Aurora membaca report kesihatan milik Tengku Adam. Dia sebenarnya risau berkenaan kesihatan Tengku Adam yang agak merosot sejak kebelakangan ini. Dia tahu suaminya itu sangat-sangat tertekan.

"Jahat sangat ke aku sekarang ni?" Aurora mengumam perlahan sambil menyelak perlahan helaian report kesihatan suaminya.

"I guess, it's time to end this." Aurora mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Datin Rose Ailie. Tidak sampai 5 saat, Datin Rose Ailie sudahpun berada di talian.

"Mama, I want to end our planned. Aurora kesian and rasa serba-salah dengan Adam." Aurora teragak-agak untuk memberitahu Mamanya. Dia khuatir sekiranya Datin Rose Ailie tidak bersetuju.

"Suit yourself sayang. Mama okay kalau you nak berbaik dengan Adam. Babah pun ada cakap, Adam dah banyak hilang fokus and tender syarikat." Aurora semakin rasa bersalah. Mungkin, dia sudah melampau dalam tindakannya.

"Sekarang dah pukul 9 malam, lagi 1 jam Adam balik. Gunalah taktik The Seducer you tu." Datin Rose Ailie mengusik Aurora membuatkan Aurora ketawa. Dalam fikirannya sudah banyak rancangan yang difikirkannya untuk memujuk Tengku Adam.

"Memanglah boleh Mama. Tapi, Aurora dah tak ada lingerie yang baru. Semua Aurora dah guna." Aurora tiba-tiba teringat tentang set lingerie di dalam wardrobe.

"Don't worry, Mama akan dapatkan untuk you."Aurora pasti Datin Rose Ailie sedang tersenyum sinis.

"I'll wait for it Mama."

.........................................................

Tengku Adam masuk ke dalam rumahnya. Sunyi seperti selalu. Biasanya, Aurora yang akan menyambut kepulangannya. Tengku Adam terus masuk ke dalam bilik kerjanya. Tempat paling tenang dan sunyi. 

Tengku Adam masuk dan terus membuka suit dan bajunya. Dia hanya memakai seluar. Rasa dingin air-cond sangat-sangat membantu. Tengku Adam duduk di kerusinya dan membuka laptopnya. Dia mempunyai 2 laptop. Satu ditinggalkan di pejabat, satu ditinggalkan di dalam private office di dalam mansion miliknya.

Tengku Adam membuka Macbook miliknya dan dia terpana melihat wallpaper yang telah berubah. Daripada gambar perkahwinannya kepada gambar Aurora yang sedang memakai lingerie yang sangat-sangat seksi.

"Bila ma..."

"Shhhh..keep quiet Bie." Belum sempat Tengku Adam menghabiskan percakapannya, satu jari yang cantik berada di bibirnya.

Aurora memusingkan kerusi office Tengku Adam. Aurora tanpa membuang masa naik ke atas tubuh Tengku Adam dan menyambar bibir Tengku Adam. Tengku Adam terkaku buat seketika. 

"I want you now Tengku Adam." Kata Aurora sambil mengusap lembut six pack milik Tengku Adam.

"Love, what are you doing?" Tengku Adam menolak perlahan tubuh isterinya. Dia jelas sekali terkejut. Terkejut dengan tindakan Aurora. 

"Come here my bad boy." 

...........................................................

"Bie, siapa perempuan malam tu? Kenapa Bie bawa dia masuk bilik? Bie tidur dengan dia ke?" Bertalu-talu soalan dilemparkan oleh Aurora. 

Tengku Adam terus memeluk erat tubuh Aurora yang sedang berkemban. Rasa hendak ketawa pun ada. Dalam kepenatan dan kesakitan pun masih boleh ingat.

"I'm sorry Love. I cuma fikirkan pasal baby and salahkan you. I'm sorry sebab bawa balik perempuan dalam rumah, but I swear I tak tidur dengan dia. I can't betrayed my own wife." Tengku Adam menyesal dengan sikapnya yang mementingkan diri, overthinking dan ego. 

"Okay. I trust you this time Tengku Adam. Next time you do it again, I'll leave with our daughter." Tengku Adam hanya mengangguk mendengar ugutan isterinya.

"I'm sorry again." Tengku Adam memegang tangan isterinya.

"Love pun nak minta maaf. Sebab Love, Bie pengsan. Bie stress. Babah cakap Bie banyak hilang fokus." Aurora merenung wajah suaminya.

"Love tau?" Tengku Adam terkejut. Dia ingatkan Aurora tidak tahu mengenai hal kesihatan.

"How about your project Bie?" Aurora bertanya.

"I honestly don't know." Tengku Adam mengeluh perlahan. Yang ada di dalam otaknya hanyalah isteri dan anaknya.

"Kalau you performed macam before you kahwin, I'll consider giving you another baby"


YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang