5 bulan kemudian...
"Akak, banyak sangat ni." Zaril dan Aini terkejut apabila menerima cek berjumlah 70K daripada Aurora. Mana tidaknya, setiap bulan mereka akan menerima 20K daripada Aurora.
"Business dah semakin berkembang. Alhamdulillah, awak berdua banyak tolong akak. Anggap tu, rezeki Warda." Aurora tersenyum manis.
"Alhamdulillah, terima kasih Akak." Aini memeluk Aurora yang manis bertudung di hadapannya. Aurora sudah pun menerima hakikat bahawa mungkin Tengku Adam bukan jodohnya. Sesekali, jika dia rindu kepada Tengku Amelia, dia hanya akan melihat daripada jauh. Lagipun, Tengku Amelia sudah ada Anna untuk menjaga.
"Lagi satu, Akak nak hadiahkan ni dekat awak." Aurora meletakkan beberapa gugus kunci di tangan Aini.
"Kunci apa ni Kak?" Aini bertanya.
"Yang ni kunci kereta Hillux. Yang lagi dua ni, kunci rumah. Rumah ni bukanlah rumah baru, Akak dah lama dah beli. Tak adalah rumah mewah sangat, bungalow biasa." Aini dan Zaril mengucap syukur. Umur mereka baru 19 tahun, tetapi Aurora telah berjaya membantu mereka.
"Semoga Allah memberikan kebahagiaan kepada Akak di dunia dan di akhirat."
.......................................................
Aurora menekup mulutnya . Dia menangis teresak-esak. Air matanya mengalir laju apabila dia terpaksa membuang susu badan yang dipam. Jika tidak dipam, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pernah sekali dia dimasukkan ke hospital kerana bengkak susu. Bukan itu sahaja, setiap malam, rakaman Tengku Adam menghinanya pasti akan dimainkan berulang-kali. Kali ini dia tekad, tiada lagi ruang untuk Tengku Adam Akhtar.
"I'm sorry Amelia." Perlahan sahaja Aurora menuturkannya.
"Akak." Mendengar sahaja suara Aini, Aurora terus menyapu air matanya dengan cepat.
"Kalau Akak selalu menangis macam ni, nanti Akak sakit. Nanti boleh dapat depression balik. Doktor kan dah pesan." Aini memujuk Aurora yang mengalirkan air mata.
"Kenapa dia tak percaya dekat Akak? Susah sangat ke?" Perlahan sahaja Aurora menuturkannya.
"Mungkin dia bukan jodoh Akak. Mana tahu, Allah dah tetapkan lelaki yang lebih baik daripada Tengku Adam untuk Akak."
"I hate him. Tapi I can't deny that I love him so much."
....................................................................
Aurora kini berada dalam penerbangan ke Switzerland. Dia mahu mengambil cuti buat seketika. For once, dia memberikan kepercayaan dan tanggungjawab sepenuhnya kepada Aini dan Zaril. Amelia's Cake and Kitchen telah mendapat sambutan yang sangat baik. Dalam seminggu mereka boleh menjana keuntungan belasan ribu ringgit.
Aurora melihatke luar tingkap kapal terbang. Dia rindu moment indah bersama dengan Tengku Adam.
'Ish Aurora. Buat apa kau nak ingat dekat dia. Dia bukan milik kau lagi.' Hati Aurora masih ada sisa-sisa kesedihan. Tak mungkin Tengku Adam akan menjadi hak miliknya semula. Sudah kecoh di media sosial dia dan Anna akan melangsungkan perkahwinan.
'Terima hakikat Aurora.' Tanpa Aurora sedar, air matanya mengalir perlahan.
"Why are you crying miss?" Aurora memalingkan wajahnya dan melihat seorang jejaka tampan yang sedang merenung ke arahnya dengan senyuman manis.
"Nothing. Just a horrible memory." Aurora segera mengelap air matanya.
"By the way, I'm Syafiq. Syafiq Raikal."
"I'm Aurora. Aurora Salsabila. I'm Malaysian." Aurora memperkenalkan dirinya.
"Orang Malaysia rupanya. Samalah kita. Awak pergi Switzerland ni ada kerja or just nak bercuti?" Syafiq bertanya ramah.
"Bercuti. Nak lari daripada masalah sekejap." Aurora membalas dengan gurauan.
"Oh. Awak dah kahwin?" Syafiq bertanya tanpa menyedari itu adalah soalan sensitif buat Aurora.
"Got divorced 5 months ago." Aurora cuba mengukir senyumannya.
"Oh shit! I'm sorry Aurora. I didn't know it." Syafiq menggosok belakang tengkuknya. Rasa bersalah dengan Aurora.
"It's okay. I don't mind at all." Aurora tidak mahu Syafiq kasihankan dirinya.
"Do you mind if I asked you who.."
"My ex husband?" Aurora sudah boleh mengagak. Syafiq pula hanya menganggukkan kepalanya.
"Tengku Adam Akhtar"
..............................................................
"She had some sort of bussiness. She sells cakes. It's beautiful." Tanpa Raf sedar dia telah memuji hiasan kek Aurora dihadapan Tengku Adam.
"I'm your boss Raf. I pay you to work for me. Not that slut!." Raf hanya menundukkan wajahnya.
"I want you to ruin her business. Do whatever you have to do. Aku nak tengok dia susah." Tengku Adam terlalu ikutkan sangat perasaan marahnya. Sudah 5 bulan dia cuba mencari bukti mengenai rakaman video tersebut. Namun, orang di dalam video tersebut hilang tanpa jejak.
"Tapi Tengku.."
"Do it Raf." Dingin sekali suara Tengku Adam.
Raf pula serba-salah. Bagaimana dia mahu mengkhianati isteri bekas majikannya yang begitu baik. Tak mungkin Aurora akan curang di belakang Tengku Adam.
"Saya minta diri dulu Tengku."
..............................................................
"He loathed me that much isn't he?" Aurora bersuara perlahan. Raf menelefonnya untuk memberi amaran mengenai Tengku Adam. Aurora kini menjadi musuh utama Tengku Adam.
"Saya tak boleh nak cakap lama-lama dengan Datin. Insya Allah, kalau ada apa-apa saya akan beritahu Datin. Assalamualaikum." Aurora hanya tersenyum apabila mendengar Raf yang memanggilnya dengan panggilan 'Datin'. Panggilan yang bukan lagi untuk dirinya.
"Kalau apa-apa jadi dekat Zaril dengan Aini macam mana?" Aurora pening memikirkannya. Zaril dan Aini pun mahu hidup juga. Mereka masih muda dan mempunyai seorang anak untuk membesar.
Aurora yang sedang berehat di atas katil terus bangun dan mengemas pakaiannya. Dia perlu pulang ke Malaysia dengan segera. Aurora memasukkan kembali pakaian yang telah dia gantung di dalam almari rumah sewanya. Dia tidak mahu tidur di hotel kerana dia trauma. Trauma dengan apa yang terjadi. Trauma dengan lelaki. Risau jika lelaki mengambil kesempatan ke atas dirinya. Bukan Tengku Adam sahaja jijik dengan dirinya dia juga jijik dengan dirinya sendiri.
Namun, perlakuannya terhenti apabila terpegang baju milik Tengku Adam dan Tengku Amelia. Dicium lembut baju mereka. Masih ada lagi sisa bauan Tengku Adam dan Tengku Amelia. Dia rindu,tetapi dia tidak boleh mendekati mereka. Pasti akan dihalau seperti anjing kurap lagi.
"I love you Bie."
............................................................
"Saya dengan Zaril tak tahu kenapa. Tiba-tiba semua customer tarik balik order." Aini dan Zaril memandang wajah Aurora yang langsung tidak terkesan.
"Tengku Adam." Perlahan sahaja Aurora menjawab.
"Dia ke yang buat semua ni?" Aurora hanya mengangguk. Tidak sampai 3 hari di Switzerland, Tengku Adam sudah berjaya membuat semua pelanggannya beralih arah.
"Kita nak buat apa sekarang ni Kak? Hutang dengan pembekal, kita kena bayar." Aini kedengaran panik.
"Tak apa, Aini teruskan promote. Pasal hutang tu, tak perlu risau. Nanti Akak bayar." Aurora cuba mengukir senyuman walaupun hatinya terlampau sakit.
"Kalau ada rezeki kita, adalah. Kalau tak ada , tak apa."
KAMU SEDANG MEMBACA
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER
Romance"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saa...