Bab 1 : Masa Lampau

461 47 108
                                    

"Uwaah.... U-chan. Sakit...."

Suara seorang kanak-kanak bergema di langit yang membiru. Dalam kala mereka bergembira, pasti berlakunya kemalangan walaupun sedikit.

"Janganlah menangis. Biar saya tolong, Mi-chan. Tampalkan plaster ini dan...."

Sahabat karib kepada kanak-kanak yang jatuh tanpa sengaja itu bertungkus lumus untuk memujuknya. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sebungkus plaster yang masih belum berbuka.

"Dah baik!"

Dengan lembut si anak gadis ini menampalkan pelekat luka itu pada lutut sahabat karibny yang kian mengalirkan darah.

"Wah, hebatnya U-chan!"

Begitulah persahabatan dua orang rakan karib ini. Bagaikan isi dengan kuku. Akan tetapi setiap pertemuan semestinya akan adanya perpisahan.

🌸🌸🌸

Angin meniup seribu bahasa di taman perumahan itu. Mi-chan secara tiba-tiba hendak bertemu dengan U-chan di taman permainan yang menjadi port kegemaran mereka.

"U-chan.... Esok saya akan berpindah."

Itulah hasrat yang ingin disampaikan oleh Mi-chan. Kanak-kanak yang digelarkan sebagai U-chan sangat terkejut dengar khabar berita mengejutkan itu.

"Saya terpaksa ikut ayah pindah sebab kerja. Terima kasih sebab...."

U-chan terus memeluk kawannya Mi-chan sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya.

"Janji yang awak tak akan lupakan saya, Mi-chan?"

"Hmph!"

Maka terpisahlah dua orang sahabat ini. Masih ada lagikah harapan untuk mereka bertemu kembali? Barangkali ya, barangkali tidak.

🌸🌸🌸

10 tahun kemudian, Isaac International High School merupakan sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar yang bertaraf genius.

Di sinilah kisah baru akan bermula....

"Hmm, kelas sudah.... Bilik guru sudah.... Parkir motor sudah.... Hanya tinggal pagar depan sahaja."

Seorang gadis berambut perang dan berkaca mata sedang membuat rondaan di kawasan sekolah.

Siapakah gerangan si gadis ini?

Dialah Ruelle atau lebih di gelar sebagai 'Singa jelita' di Isaac International High School. Pelajar tahun dua, kelas 2-A. Dia sangat cantik dan tersangatlah garang ibarat sang singa. Itu membuatkan guru-guru melantiknya menjadi ketua presiden bagi pelajar tahun dua.

🌸🌸🌸

Sedikit maklumat tentang sekolah ini. Para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sini akan belajar selama tiga tahun bermula seawal enam belas  tahun dan akan menamatkan pengajian pada akhir lapan belas tahun.

Setiap tahun akan ada organisasi bagi tahun masing-masing yang akan di lantik oleh guru-guru.

🌸🌸🌸

Ruelle : "Masa untuk ke pagar depan."

Ruelle berjalan dengan laju tanpa melihat ke hadapannya. Tiba-tiba dia terlanggar dengan bahu seseorang.

"Kau ini..."

Ruelle : "Suara ini?"

Ruelle terus memandang siapakah yang telah dilanggarnya. Seakan dikenali manusia yang dilanggarnya itu.

White Truffle©Where stories live. Discover now