Ianya persediaan untuk karnival tahunan sekolah. Masing-masing sibuk membuat persiapan di dalam kelas.
Ruelle : "Baiklah, tahun ini pelajar tahun dua akan buat cafe."
Ujar ketua presiden tahun dua. Semua orang bersorak dengan girangnya.
Michi : "Dah boleh agak sebenarnya."
Shiba : "Yelah. Kita dekat sini cuma ada tiga tahun tahun. Tahun satu buat game, tahun tiga buat konsert dan kita mestilah buka cafe kan?"
Ruelle : "Selebihnya, saya serahkan kepada ketua kelas untuk tentukan tema dan jenis hidangan yang kita akan sediakan.
Kemudian seorang lelaki berambut hitam berjalan ke hadapan kelas. Dialah ketua bagi kelas 2-A, Ren namanya.
Ren : "Okey, kita nak buat tema apa sekarang ini?"
Tiba-tiba Nikki dengan angkuhnya berdiri di tempat duduknya untuk memberikan cadangan.
Nikki : "Apa kata kita buat tema, aristokrat? Lelaki pakai baju butler dan perempuan pakai baju maid. Okey, semua setuju. Sekarang kita decide siapa yang akan jadi pelayan."
Ikut suka hati dia sahaja hendak membuat keputusan begitu tanpa persetujuan daripada semua pihak.
Nammy : "Hoi? Tak ada siapa buat keputusan lagilah!"
Macam biasa, Nammylah yang berani membidas si keras kepala Nikki. Kekerasan kepala Nikki ini, batu pun boleh pecah.
Nikki : "Ianya idea daripada Nikkilah. Of course semua orang akan setuju. I'm the queen. Yang pasti aku nak Michi jadi pelayan utama."
Nikki dengan selambanya menunding jari ke arah Michi. Michi terus berkerut dahi sebaik sahaja namanya tiba-tiba di seru oleh Nikki.
Shiba : "Habislah kau, Michi...."
Nikki : "Cuba bayangkan kalau Michi pakai baju butler dan melayan pelanggan? Mesti cafe kita dapat sambutan hangat."
Neru : "Dia menjual kau ini, Mitch."
Michi hanya menggaru kepala tidak tahu nak membuat reaksi apa lagi.
Ren : "Urm.... Sebenarnya, kelas 2-C dah ambil tema itu dulu."
Nikki terus terkejut mendengar kata-kata Ren.
Nikki : "Apa? Macam mana kau boleh bagi sahaja dia orang?"
Ren : "Manalah aku tahu yang kau nak tema itu?"
Kemudian giliran Nammy pula yang berdiri untuk memberikan cadangan tema.
Nammy : "Idea Nikki ini memang tak boleh di pakai."
Nammy sengaja hendak mencabar kesabaran Nikki. Nikki dah memandang Nammy geram. Nasiblah dia orang berdua tidak bertepuk tampar dekat dalam kelas itu.
Nammy : "Aku ada idea."
Pelajar lelaki yang mendengar kata-kata Nammy terus terkejut.
Shiba : "Oh, tak. Bukan kau!"
Nammy : "Kita buat tema cosplay animal."
Kesemua pelajar lelaki yang berada di dalam kelas menghembus nafas lega. kenapa yee?
Neru : "Nasib baik bukan cadangan yang mengarut macam tahun lepas."
Shiba : "Aku ingat dia nak suruh kita pakai skirt macam tahun lepas."
YOU ARE READING
White Truffle©
Любовные романыGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...