Begitu pantas masa berlalu. Hari ini merupakan semester akhir buat Ruelle dan dia sekarang sedang melalui tempoh cuti semesta yang panjang.
Ruelle sedang duduk berehat di rumah sewanya dengan tenang. Tiba-tiba dia mendapat satu panggilan telefon. Tanpa berlengah, Ruelle pun menjawabnya tanpa melihat siapakah yang menghubunginya itu.
Ruelle : "Hello?"
Kyi : "Ruelle!"
Agak teruja Ruelle mendapat panggilan daripada Kyi. Dalam masa yang sama, dia agak tertanya tujuan Kyi menghubunginya setelah sekian lama menyepi.
Ruelle : "Hei, Kyi. Kenapa ini?"
Kyi : "Sekarang ini, tengah musim cuti semester. Kau tengah buat apa itu?"
Ruelle : "Hmm.... Tak ada buat apa-apa pun."
Kyi : "Baguslah."
Ruelle : "Apa yang bagusnya?"
Kyi : "Aku nak ajak kau bercuti."
Ruelle : "Apa? Dekat mana?"
Kyi : "Dekat pantailah!"
Ruelle : "Manalah aku tahu yang kau nak ajak ke pantai?"
Kyi : "Tak kisahlah. Kau nak join tak? Nanti aku bagi alamat location. Lepas itu, kita jumpa dekat sana."
Terkesima Ruelle dengan Kyi yang agak tergesa-gesa.
Ruelle : "T... tapi... duit tabung aku kosong sekarang ini."
Kyi : "Tak payah keluarkan duit pun. Ada orang sponsor."
Ruelle : "Apa? Siapa?"
Kyi : "Aku tak pasti. Sebab Shiba suruh call semua geng-geng kita."
Ruelle : "Ye ke? Shiba sponsor ke?"
Kyi : "Ye agaknya? Sebab dia suruh ajak sahaja. Katanya, sengaja nak hang sama-sama. Dah lama kita tak hang sama-sama kan?"
Ruelle : "Yelah itu. Siapa sahaja yang ada?"
Kyi : "Semua rasanya? Neru.... Kyu.... Nammy.... Kageru.... Aki.... Mitch?"
Ruelle : "Aku tak rasa yang Mitch ada."
Kyi : "Kenapa?"
Ruelle : "Dia itu sangat sibuk."
Kyi : "Kau tak nak ke mengharap yang dia ada?"
Ruelle : "Tak nak. Nanti aku yang sakit."
Kyi : "Ahahah.... So? Kau nak join tak?"
Ruelle : "Memandangkan aku pun tak ada benda yang nak di buat, so aku join. Lagipun tak payah keluarkan duit kan?"
Kyi : "Haa. Tak payah. Yeah! Nanti aku send location dekat kau. Petang ini tau."
Ruelle sangat terkejut mendengar yang Kyi suruh dia ke sana pada hari yang sama.
Ruelle : "Aaa?"
Kyi : "Petang ini. Kau kena gerak sekarang. Percutian ini selama tiga hari dua malam."
Ruelle : "Eh?"
Kyi : "Cepat bersiap."
Belum sempat untuk Ruelle bertanyakan lebih lanjut, Kyi menggesanya untuk segera ke destinasi.
YOU ARE READING
White Truffle©
RomantizmGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...