Michi : "Ikut aku."
Ruelle terus mengekori Michi ke sebuah mesin ATM di bandar.
Ruelle : "Kau simpan kesemua duit itu di dalam bank?"
Michi : "Ye. Aku tak nak tanggung risiko kalau duit itu hilang."
Ruelle : "O... okey?"
Ruelle langsung tidak menyangkakan semua itu.
Michi : "Kau nak berapa dollar?"
Ruelle : "Entahlah."
Tergaru Michi dengan jawapan Ruelle. Mujurlah dia mahir mengawal keadaan.
Michi : "Kau nak beli barang kesihatan apa sahaja?"
Ruelle terus berkerut dahi. Jangan dikatakan berapa dollar yang diperlukan. Bahkan dia sendiri tidak tahu barang apa yang sepatutnya dibelinya. Langsung tidak teringat untuk dirinya bertanya kepada Kageru tentang barang yang sepatutnya di beli.
Ruelle : "Alamak! Aku lupa nak tanya Kageru balik!"
Michi terus menepuk dahi.
Michi : "Kau ini lembaplah."
Ruelle : "Apa yang kau cakap?"
Tanpa menjawab persoalan Ruelle, Michi sudah tampil dengan jalan penyelesaian.
Michi : "Aku keluarkan lima puluh dollar dulu. Kalau tak cukup, aku keluarkan lagi."
Ruelle : "Hmm.... Okeylah."
Michi pun mengeluarkan sejumlah wang dan resit pengeluarannya di simpan di dalam kocek seluarnya.
Ruelle : "Resit itu untuk apa?"
Michi : "Untuk akaun kelab bulan ini."
Sekali lagi, Ruelle hanya membuat muka pelik. Langsung tiada idea apa yang Michi sedang katakan.
Michi : "Aku tak tahu apa yang kau fikirkan tapi kerja bendahari sangat susah. Aku kena catat semua pengeluaran debit dan kredit akaun kelab. Setiap hujung bulan, aku kena update akaun kelab beserta dengan slip bank jumlah wang terkini dekat guru pembimbing."
Ruelle hanya terkaku mendengarkan keterangan Michi yang begitu panjang lebar.
Ruelle : "Kau buat semua itu... sendiri?"
Michi : "Haa. Aku tak sangka yang kau tak tahu."
Ruelle : "Tak. Sebab kau nampak macam relax sangat. Macam tak banyak kerja. Kau kutip duit kelab pun sambil lewa sahaja."
Michi : "Aku ini jenis yang tak suka kongsi masalah aku dengan orang. Okey, kau nak beli apa tadi?"
Ruelle : "Eh, tak apa. Kau boleh balik. Aku perlukan kau sebab duit kelab sahaja. Sesudah itu, selamat tinggal, makhluk durjana."
Michi : "Ahaa.... Dan kau tak tahu nak beli apa. Itu sangat bagus."
Nada sindiran tajam Michi diutarakan kepada Ruelle. Ruelle juga enggan tewas kepadanya
Ruelle : "Aku boleh call Kageru. Sekian terima kasih. Dah, pergi balik!"
Michi : "Cepatlah call. Aku nak tengok."
Ruelle : "Apa masalah kau ini? Kau ingat aku tiada telefon ke?"
Ruelle pun menyelongkah beg galasnya untuk mencari telefon bimbit. Namun dia terlupa satu perkara penting.
YOU ARE READING
White Truffle©
عاطفيةGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...