Bab 21 : Salah Anggap

101 26 22
                                    

'Titt! Titt! Titt!'

Bunyi jam loceng mula bergema di dalam bilik Michi.

Michi : "Hmm.... Dah pagi ke?"

Terkial-kial Michi bangkit dari tidur untuk mematikan jam locengnya.

Michi : "Oh, my...."

Setelah melihat tarikh yang tertera pada jam loceng, Michi tidak membuang masa pun untuk ke sekolah.

Ianya merupakan hari peperiksaan akhir bagi tahun dua. Masing-masing dalam kalangan pelajar tahun dua kelihatan tertekan ketika menjawab soalan.

Tamat sahaja sesi persekolahan, mulalah pasar malam berlangsung di dalam kelas.

Neru : "Susah gila soalan dia...!"

Shiba : "Aku pen merah lagilah ini."

Begitulah reaksi dua orang rakan karib Michi. Seraya Neru dan Shiba memandang ke arah Michi yang juga kelihatan agak serabut. Mereka berdua terus berkerut dahi melihat sendiri reaksi Michi.

Shiba : "Nampaknya, soalan tadi pun terlalu susah untuk si genius...."

Neru : "Gagal teruk kita ini, Shiba."

Dengan perlahan-lahan Shiba menyapa Michi yang ibarat di langgar ribut dimejanya.

Shiba : "Mitch? Susah sangat ke soalan tadi?"

Michi : "Eh? Tak adalah. Tak adalah susah sangat pun sebenarnya."

Terkejut besar Shiba dan Neru mendengar jawapan selamba daripada Michi.

Neru : "Tak, kau cakap?"

Michi : "Pada aku biasa-biasa sahaja."

Shiba : "Habis itu? Yang kau nampak serabut sangat ini kenapa?"

Michi : "Aaa...."

Terlopong besar mulut Michi hendak memikirkan jawapan kepada persoalan Shiba.

Shiba : "Bukan main panjang kau punya 'aaa' itu. Kalau boleh nak bagi lalat masuk"

Michi : "Ianya masalah personal."

Shiba : "Okey. Kau nampak stress sangat. Besar betul masalah kau itu."

Michi : "Tak adalah besar. Cuma complicated."

Lalu Michi dengan selambanya membuka telefon bimbitnya di dalam kelas. Akan tetapi malang tidak berbau.

'Pak!'

Terdapat seseorang menyambar telefon bimbitnya ibarat petir.

Ruelle : "Aku dapat! Masa untuk aku tolak markah merit kau!"

Ruellelah manusia yang berjaya telefon bimbit Michi. Michi hanya mampu membuat muka malasnya sahaja. Langsung tiada perasan akan kehadiran presidentnya.

Shiba : "Aku tak terlibat...."

Neru : "Bye, Michi."

Lepas tangan, Neru dan Shiba terus berjalan pergi meninggal Michi yang berada dalam masalah yang besar.

Michi : "Aaa.... Dah akhir tahun. Come onlah...."

Ruelle : "Akhir tahun pun, peraturan tetap tak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah."

Michi : "Ruelle...."

Ruelle : "Aku akan merit kau. So... cikgu boleh pertimbangkan sama ada kau masih lagi layak digelarkan best student ataupun tak. Ahahahh...."

White Truffle©Where stories live. Discover now