Bab 17 : Start Over

104 27 8
                                    

Selepas daripada kejadian itu, Ruelle langsung tak bersuara. Ibarat mayat hidup jadinya.

Kyi : "Ruelle...."

Ruelle hanya termenung di luar tingkap. Masing-masing risau dengan kejadian yang melanda Ruelle sebelum ini.

Neru : "Aaa.... Takutlah macam ini. Macam mana penjenayah boleh terlepas pula ini?"

Shiba : "Relax.... Aku pasti yang lepas ini tak akan terjadi lagi. Betul kan?"

Kageru : "Hmm, kesian aku tengok si Ruelle itu."

Seraya Kageru memandang ke arah Ruelle yang ibarat hilang arah.

Neru : "Aku tak pernah tengok dia sedih macam itu."

Kageru : "Michi ini tak patut betullah...."

Shiba : "Hmm.... Aku dah puas pujuk dia. Tapi dia kata, dia dah puas kena teruk dengan Ruelle. Dia dah tak nak kena lagi."

Neru : "Michi sangat beremosi akhir-akhir ini kan?"

Kageru : "Mungkin betul fasal Michi itu. Tapi... Ruelle itu perempuan. Dia tak tengok ke macam mana sedih si Ruelle?"

Shiba : "Aku tak tahulah. Pada aku, kalau ye pun kau nak putus dengan dia, kau minta maaf dulu dan putus dengan cara yang baik. Aku tak sukalah macam ini."

Kageru : "Aku setuju itu. Bila dah jadi kes macam ini, semua dah susah hati."

Shiba : "Jadi tak best vacation kita ini."

Mereka punya berborak mengalahkan mak cik bawang di kedai mamak. Tidak lama kemudian, Ruelle tiba-tiba berdiri dan melangkah kaki keluar.

Kyi : "Ruelle...?"

Shiba : "Aku akan ikut dia."

Kyi : "Okey."

Shiba mengekori Ruelle secara senyap-senyap. Ketika mana Ruelle hendak turun tangga, tiba-tiba dia tergelincir.

Shiba : "Eh?"

Ruelle menggelongsor terus ke bawah. Malangnya, Shiba tak sempat untuk menyelamatkannya. Alangkah terkejutnya di bawah tangga tersebut, ianya Michi yang kebetulan lalu di situ.

Shiba segera menyorok untuk melihat apa yang bakal terjadi antara mereka berdua. Ruelle  menggelongsor ke arah Michi dengan laju. Akan tetapi Michi sengaja mengelak. Tindakan tidak bertamadun Michi menaikkan rasa geram Shiba terhadapnya.

Shiba : "Tak guna punya, Mitch."

Terjatuh teruk Ruelle di situ. Namun Michi hanya memandangnya dengan pandangan yang tiada perasaan.

Michi : "Kau dah kenapa main gelongsor dekat sini? Dekat luar sana ada gunung-ganang, boleh main luncur dekat sana."

Setelah menyatakan ayat menyakitkan hati begitu, Michi terus hendak berjalan pergi meninggalkan Ruelle tanpa menolong. Shiba hanya mampu menahan geram di tempat dia berdiri. Diikutkan hati, mahu sahaja dia membelasah Michi di situ.

Shiba : "Mitch.... Apa yang kau tengah fikirkan? Itulah peluang kau sebenarnya."

Michi hanya mengabaikan Ruelle yang cedera itu tanpa belas kasihan. Ruelle pula dengan sedihnya cuba berdiri dengan sendirinya. Namun dia berjalan terhenjut-henjut akibat jatuh yang sangat drastik tadi. Ruelle berjalan sambil berpaut pada dinding.

Shiba hanya mampu bersimpati melihat situasi yang dilalui Ruelle. Dia dengan perlahan hendak berjalan turun dengan niat nak menolong Ruelle. Namun begitu, secara tiba-tiba Michi dengan pantas mengendung Ruelle pada belakangnya. Shiba sangat terkejut melihatnya.

White Truffle©Where stories live. Discover now