Bab 24 : Cikgu Pembelot

102 26 15
                                    

Ianya suatu hari yang indah di sekolah Isaac. Kelab bola tampar merasmikan pakaian rasmi baru mereka.

Yang perempuan kesemua mereka sudah menyarung baju jersi kelab mereka kecuali Ruelle.

Kyi : "Ruelle. Sarunglah baju kau itu...."

Ruelle : "Erm...."

Kyi : "Jomlah."

Kyi lekas menarik Ruelle ke bilik salinan perempuan. Sementara yang lelaki juga tidak jauh beza situasinya.

Kageru : "Nah, baju kau Michi."

Michi : "Terima kasih."

Kageru : "Kau tak nak acu dulu ke baju itu dekat badan kau?"

Michi : "Hmm...."

Lantas Michi berdiri dan hendak berjalan ke bilik salinan lelaki yang bersebelahan dengan bilik salinan perempuan. Baru hendak berjalan ke dalam bilik salinan, Ruelle telah keluar dari bilik salinan perempuan. Baju Ruelle agak menggelebeh dan longgar.

Kyi : "Besarlah baju itu dengan kau. Kau ambil saiz apa?"

Ruelle : "Aku ambil saiz...."

Tiba-tiba Michi yang kebetulan melepasinya membetulkan leher baju Ruelle. Ruelle sangat terkejut dengan tindakan Michi.

Ruelle : "Eek?"

Michi : "Nampak tali bra."

Muka Ruelle terus bertukar menjadi warna merah sebaik sahaja mendengar teguran Michi.

Ruelle : "Kau diamlah, makhluk durjana!"

Michi : "Kau ambil saiz apa?"

Ruelle : "L."

Michi : "Badan kau itu bukannya besar mana pun nak ambil saiz L...."

Ruelle : "Aku tak suka pakai baju yang fit-fit."

Michi : "Tukar dengan aku. Aku punya saiz M. Badan aku tinggi. So tak nampak besar pun saiz L pada aku."

Ruelle : "Tak nak! Lagipun aku dah pakai baju ini."

Michi : "Daripada kau pakai baju yang menggelebeh itu, lagilah.... Tak fasal-fasal satu dewan tahu yang kau pakai bra warna merah."

Muka Ruelle berubah menjadi merah padam sebaik sahaja Michi menyebut warna baju dalamnya.

Michi : "Baik kau tukar. Aku tak nak orang lain tahu warna bra kau. Biar aku seorang sahaja yang tahu."

Mendengar sahaja ayat nakal Michi, Ruelle tiada pilihan selain daripada menukar pakaiannya dengan Michi.

Ruelle : "Kau diam! Okeylah, aku tukar!"

Lantas Ruelle merampas baju jersi pada tangan Michi yang masih dalam plastik. Dia kemudiannya menarik Kyi ke dalam bilik salinan bersamanya.

Kyi : "Ahahah...."

Ruelle : "Apa yang kau gelakkan itu? Malu tahu tak? Kenapa kau tak cakap yang aku pakai tadi nampak tali bra?"

Kyi : "Aku tak perasan pun sebab rambut kau tutup bahu kau tadi. Entah macam mana dia boleh nampak?"

Ruelle : "Sebab di itu pervert! Bencilah...."

Kyi : "Dia sangat protectivelah. Kau tak rasa ke?"

Ruelle : "Dia itu, makhluk durjana. Kau faham tak?"

White Truffle©Where stories live. Discover now