Bab 43 : Saingan

91 28 47
                                    

Pada hari sukan sekolah, masing-masing bersiap sedia untuk acara perarakan pasukan bagi setiap rumah sukan. Penyokong sudah berada di tempat duduk penyokong untuk bersorak. Perarakan akan diadakan tidak lama lagi. Kesemua pasukan sedang bersiap dengan watak model masing-masing di belakang kawasan dewan.

🌸🌸🌸

Di pasukan merah, Neru menjadi modelnya. Dia memegang watak sebagai Ironman. Kelab teknik dan vokasional telah menyediakannya sepasang pakaian besi yang sangat menarik.

"Wah, Senior Neru nampak cool...."

Neru : "Ahahah.... Jarang aku dapat watak main icon ini."

"Sebab kau tak masuk apa-apa acara."

Neru : "Ye.... Aku bukannya atlet punya orang. Fine...."

🌸🌸🌸

Di rumah sukan biru, Nikki menjadi watak model dengan temanya adalah Frozen. Kesemua yang memasuki acara adalah perempuan termasuk Ruelle.

Nikki : "Somebody? Tolong betulkan rambut aku ini. Nampak kelakarlah...."

Pembantu rumah sukan pun mula mendandan semula rambut Nikki. Ruelle hanya menjelingnya.

Gediknya Nikki ini memang langsung tak boleh di bawa bincang.

Nikki : "Hei, kau. Cabut spec mata itu. Nampak buruk."

Nikki menunding jari ke arah Ruelle.

Ruelle : "Suka hati akulah."

Nikki : "Tch! Kalau team kita kalah, aku salahkan kau ye?"

Ruelle : "Teruskan membebel. Aku tak hairan pun."

🌸🌸🌸

Manakala di rumah sukan hijau, tema mereka ialah Goblin. Kesemua mereka yang terlibat di cat dengan warna air berwarna hijau di seluruh anggota badan.

🌸🌸🌸

Sekarang ini, ke rumah kuning. Michi sudah bersiap dengan baju ninjanya yang sudah siap dengan hud untuk menutup kepalanya yang sama dengan watak 'Scorpion'.

"Okey tak, Senior Michi? Ketat sangat ke?"

Michi : "Tak, tak.... Okey sahaja. Aku sudah biasa pakai baju yang fit. So okeylah ini."

"Haa.... Lega rasanya."

Tidak dinafikan bahawa Michi nampak sangat menyerlah dengan baju kuningnya.

"Wah.... Macam Scorpion betul-betul."

Lian : "Ingat apa yang kita pernah berlatih."

Michi : "Haa.... Ye...."

Baju ninja tersebut memang menyerlahkan susuk tubuh Michi yang memang tegap. Dia kemudian memakai sarung tangan yang menutup sehingga paras siku di kedua-dua belah tangannya.

"Ini topengnya, Senior Michi. Cuba pakai."

Michi : "Hmm...."

Sebelum Michi memakai topeng mukanya, dia mengikat rambutnya yang lebat itu ke belakang maka jadilah ia ekor kuda yang sangat comel. Masing-masing terkaku melihat Michi termasuklah Ruelle yang kebetulan bersebelahan dengan rumah sukan kuning tika itu.

Setelah selesai mengendalikan rambutnya, barulah Michi memakai penutup mulut yang diperbuat daripada besi pada mukanya. Dia nampak sangat bergaya sedangkan watak Scorpion itu sangat menakutkan. Akan tetapi personaliti Michi telah mengubah watak yang menakutkan itu kepada mempesonakan.

White Truffle©Where stories live. Discover now