Michi dan Ruelle kini sudah bertolak ke kampung halaman. Setibanya di sana, kesemua makcik dan pakcik Michi meraikan mereka. Mereka makan tengah hari bersama di meja jepun milik keluarga Michi.
Jane : "Uhuh.... Kesian kamu ini, Ruelle."
Makcik Jane secara tiba-tiba menyapa Ruelle yang tidak jauh darinya.
Ruelle : "Eh? Kenapa?"
Jane : "Yelah. Muda-muda lagi dah kena kahwin. Berapa umur kamu?"
Ruelle : "Dua puluh tiga."
Jane : "Haa. Muda sangat.... Michi ini memang gelojoh sedikit orangnya."
Lantas, Michi yang sedang minum di sebelah Ruelle terus tersedak sebaik sahaja mendengar kenyataan Makcik Jane. Ruelle pantas menepuk belakang Michi yang tersedak dari tadi.
Ruelle : "Ish.... You ini...."
Michi kemudian memandang Makcik Jane dengan jelingan maut.
Michi : "Apa yang auntie Jane tak puas hati dengan saya?"
Jane : "Ahahah.... Janganlah marah. Ini Ruelle ini? Sudah berisi ke belum? Auntie tak sabar nak tunggu cucu saudara ini."
Lantaran itu, Muka Ruelle sudah berkerut manakala Michi dah menggosok dahinya hendak menjawab pertanyaan Makcik Jane. Boleh pula di depan semua keluarganya di tanya soalan begitu.
Jane : "Auntie tanya ini, Michi?"
Terkial-kial Michi hendak menjawab persoalan Makcik Jane.
Michi : "B... belum.... Boleh tak jangan tanya soalan macam ini dekat depan orang ramai macam ini?"
Lantaran, Michi memandang ahli keluarga yang sedang khusyuk memerhatikan mereka.
Jane : "Kita semua kan family? Apa salahnya?"
Michi : "Urgh...."
Hendak dijadikan cerita, Ruelle menyampuk perbualan mereka menyatakan situasi sebenar mereka.
Ruelle : "Actually, Michi sangat busy akhir-akhir ini. Kita orang jarang luangkan masa bersama sangat."
Makcik Jane agak terkejut mendengarkan penjelasan daripada Ruelle. Seraya dia meninggikan suaranya kepada Michi.
Jane : "Apa? Michi!"
Michi : "Apa? Kenapa saya yang kena? Cuba tanya dengan chairman kenapa saya sangat susah nak dapat cuti?"
Lantaran itu Michi membidas sambil menunding jari ke arah ayahnya yang merupakan ketua besar dalam syarikat MRC.
Ayah Michi : "Ahahah.... Biasalah itu. Tapi sibuk-sibuk pun, jangan abaikan bini kamu itu."
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...