Setelah dua minggu pasukan bola tampar Isaac International High School berlatih, mereka kemudian mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan wakil sekolah menentang pasukan pelapis bola tampar.
Kageru dan pasukannya sudah berada dalam gelanggang. Penyokong yang berada di situ tidak putus-putus memberikan sorakan. Ibarat perlawanan piala dunia riuhnya itu.
"Perlawanan dimulakan!"
Ujar pengadil perlawanan. Mama bermulalah perlawanan persahabatan tersebut.
Ianya satu perlawanan yang sangat sengit. Nampaknya, pasukan wakil sekolah mempunyai banyak peningkatan daripada sebelumnya. Mereka kelihatan sudah bersedia untuk perlawanan international yang bakal berlangsung esok.
"Wah, dia orang dah semakin hebat!"
"Michi!"
"Aku rasa kali ini, dia orang mesti dapat ke international kali ini."
"Go, team sekolah!"
Tidak henti-henti penyokong bersorak untuk pasukan wakil sekolah kesayangan mereka. Mereka kelihatan sangat bersemangat menyokong pasukan yang menjadi pilihan hati.
Sudah semestinya majoriti akan menyokong pasukan wakil sekolah berbanding pasukan pelapis memandang mereka yang akan mengharumkan nama Sekolah.
🌸🌸🌸
Setelah tamat sesi perlawanan, pasukan wakil sekolah lelaki menjuarai kebanyakan set perlawanan. Masing-masing berehat setelah berpenat lelah bermain.
Tagawa : "Tahniah, semua. Saya rasa kamu semua dah bersedia untuk esok."
Michi : "Heh, tak sabar rasanya."
Neru : "Yeah! I'm all fire up!"
Cukup bersemangat pasukan wakil sekolah. Mereka kemudiannya bersurai dan bersiap untuk keesokan harinya.
Seperti kebiasaannya, Michi akan menjadi orang terakhir yang pulang ke rumah. Barangkali dia bukanlah jenis yang berminat untuk pulang awal ke rumah.
Ruelle : "Hei, makhluk durjana!"
Langkah Michi terhenti sebaik sahaja Ruelle menjerit ke arahnya.
Michi : "Kenapa?"
Ruelle : "Good luck esok."
Michi tersenyum nipis ke arah Ruelle.
Michi : "Heh, kau pun."
Ruelle : "Pastikan kau menang sebab dia orang semua beri harapan yang tinggi dekat kau orang kali ini."
Michi : "Aku tahulah. Aku akan pastikan yang kita menang esok. Jangan risau. Cepat balik. Aku tak dapat nak temankan kau balik sebab aku ada hal sedikit. Bye~"
Lantas Michi berjalan pergi dengan yakinnya meninggalkan Ruelle. Ruelle hanya memandang bayangnya yang semakin menjauh tanpa sebarang emosi.
🌸🌸🌸
Keesokan paginya, mereka semua sudah bersiap sedia untuk ke stadium perlawanan dengan menaiki bas.
Neru : "Aku tak boleh tidur langsung malam tadi.... Hwaa...."
Yuu : "Jadilah macam Michi."
Seraya Yuu menunding jari ke arah Michi yang sedang tidur dengan lenanya di dalam bas tersebut. Macam tiada perasaan jikalau orang lain melihatnya. Hairan sungguh rakan-rakannya melihat betapa tenangnya Michi tika itu.
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...