Ianya sudah tiga hari selepas pertandingan bola tampar antarabangsa dan Michi masih dengan mood murungnya.
Shiba : "Yow, Mitch! Kau study lagi?"
Michi : "Jangan kacau. Aku tak ada mood sekarang ini."
Shiba : "Alaa.... Mitch. Sudah-sudahlah itu dengan frust international hari itu."
Michi : "Kau diam. Kau tak faham perasaan aku."
Shiba : "Macam mana aku nak faham kalau kau cerita separuh-separuh?"
Michi terus menggosok kepalanya. Terlalu serabut dengan rakan karibnya itu.
Shiba : "Okey. Kau bertenang.... Cuba cerita apa benda yang kau serabutkan sangat ini?"
Michi : "Perut aku lapar."
Shiba membuat muka geram mendengar jawapan tidak semenggah Michi.
Shiba : "Kau ini...."
🌸🌸🌸
Tamatnya waktu persekolahan, Ruelle hendak berjalan pulang ke rumah. Namun ada susuk manusia hadir melawat kawasan sekolahnya.
Ruelle : "Eh? Young?"
Young : "Oh, Ruelle. Kita jumpa lagi ye?"
Ruelle : "Ahah.... Tahniah atas kemenangan ke peringkat antarabangsa."
Young : "Terima kasih."
Di kala Ruelle dan Young bertegur, hadirnya Michi yang kebetulan hendak berjalan pulang ke rumah.
Michi : "Ruelle?"
Michi pun kebetulan hendak keluar daripada pagar sekolah. Mood dia terus berubah apabila dia ternampak wajah Young.
Michi : "Apa lagi yang kau nak?"
Young sekelip mata melihat kaki Michi yang berbalut dan berselipar itu.
Young : "Aku nak tengok-tengokkan kau. Kaki kau nampak teruk."
Michi : "Berhenti berlakon buat baik dekat akulah."
Ruelle : "Mitch. Dia cuma nak tanya khabar kau dan kau balas dia macam itu?"
Young : "Haa.... Aku dah biasa dah."
Mahu berasap Michi apabila Ruelle memenangkan Young.
Michi : "Ruelle, berapa kali aku cakap? Jangan dekat dengan dia lagi."
Ruelle : "Aku kadang-kadang tak faham dengan kau ini tau? Kenapa emo sangat?"
Wajah Michi mula berkerut dahi geram dengan Ruelle. Dia kemudian memandang ke arah Young.
Michi : "Apa yang kau rancang sebenarnya, haa? Kau nak tarik kawan-kawan aku dan sebarkan benda buruk fasal aku macam yang kau selalu buat dulu?"
Ruelle terkaku mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Michi. Kata-kata Michi itu diajukan tepat kepada Young.
Michi : "Aku malas nak buka aib kau sebenarnya. Tapi kau yang terlalu memaksa aku. Kau sabotaj aku, kau jatuhkan maruah aku. Apa lagi yang kau nak? Rampas Ruelle aku pula? Aku dah penat nak layan perangai entah apa-apa kau ini. Sebabkan nama, kau tikam belakang aku."
Sungguh panjang lebar Michi berleter di hadapan Ruelle dan Young.
Young : "Ahahah.... Kau ingat lagi semua itu?"
YOU ARE READING
White Truffle©
Любовные романыGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...