Jam kini menunjukkan pukul 6.30 petang. Sudah tiba masanya untuk makan malam. Golongan sepupu dan makcik pakcik diasingkan.
Golongan sepupu sepapat sudah bersiap duduk di meja makan panjang. Tengah-tengah makan, suasana kembali tegang apabila Kelly sengaja menyimbah secawan air Lemon ke arah Michi. Masing-masing terkaku dengan apa yang telah berlaku.
Kelly : "Itu sebagai revenge!"
Michi hanya mampu membisu dikerusinya. Barangkali dia terlalu malas untuk melayankan perangai tidak matang sepupunya itu.
Kevin : "Heh, he deserve it."
Ruelle sangat terkejut dengan tindakan mereka kepada Michi. Nak naik angin, Michi sendiri tidak bertindak apa-apa. Maka Ruelle hanya membisu dikerusinya.
Tiya : "Hei, apa yang kau orang buat ini? Michi...."
Michi terlalu malas nak melayankannya. Namun air muka Michi kelihatan agak murung setelah itu dan ini membuatkan darah Ruelle naik mendadak.
Sejurus itu, Ruelle menghentak meja. Dia sudah pun sampai kepada limitnya untuk bersabar. Tangki kemarahannya telah pun melimpah keluar.
Satu dewan mini itu membisu apabila Ruelle menepuk meja dengan kuatnya.
Ruelle : "Apa masalah kau orang ini, haa? Apa yang kau orang tak puas hati dengan Michi? Dia ada ganggu kau orang ke?"
Kevin : "Tengoklah.... Inilah sebabnya kalau kau kutip perempuan jalanan. Tak tahu adab."
Ruelle : "Kau cakaplah apa yang kau suka sebab perangai kau lagi buruk daripada sampah masyarakat!"
Kevin terkejut apabila Ruelle terus menengkingnya. Depan-depan muka Kevin kena tengking. Belum pernah lagi ada mana-mana manusia yang menengkingnya bahkan mengatanya dengan tajam.
Ruelle : "Kau tengok muka aku ini, ada aku peduli ke? Aku kalau nak ikutkan, malas nak layankan perangai kau orang ini! Budak-budak pun tak perangai macam kau orang tau?"
Kevin mengetap gigi dengan Ruelle yang langsung tidak gentar akannya.
Kevin : "Kau diamlah. Kau nanti akan merosakkan nama keluarga kita orang sahaja nanti! Lebih baik kau berambus!"
Ruelle : "Kalau kau sayang sangat dengan nama keluarga kau itu, kau pergi masuk kubur dengan dia sekali!"
Setiap kata-kata yang dilemparkan oleh Ruelle menusuk ke dalam dada Kevin.
Kevin : "Dia ini.... Kau ingat kau siapa nak cakap macam itu dekat aku? Kau lupa ke aku ini siapa?"
Kevin terus berdiri dengan pantas dan hendak bertindak dengan lebih aggresif. Dalam masa yang sama, Michi pun berdiri untuk membentengi Ruelle.
Michi : "Agaknya kau pun lupa aku ini siapa? Pewaris sulung Syarikat YDS ini."
Wajah Michi tegas ibarat hendak dibahamnya Kevin dihadapannya.
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...