Michi masih khusyuk memasak. Dia nampak sangat seronok di situ walaupun dikelilingi oleh makcik-makcik.
Kemudian, Ruelle menghampirinya daripada belakang. Dalam tika itu, Michi menyuapkan Ruelle sepotong kecil daging barbeque yang telah dipanggangnya tadi. Ruelle sangat terkejut dengan tindakan Michi. Nasib baik dirinya tak tersedak.
Ruelle : "*Mhighi!"
*Michi*
Ruelle menjerit nama Michi dengan mulut yang sibuk mengunyah.
Michi : "Jangan bercakap dengan mulut yang penuhlah. Okey tak rasanya?"
Seraya Ruelle mengunyah daging di dalam mulutnya dengan perlahan seterusnya menelannya.
Ruelle : "Pernah ke masakan kau tak sedap?"
Michi : "Ahahahah.... Buat kelakarlah kau ini. Aku bukannya robot. Adakalanya masakan aku ini teruk juga rasanya."
Ruelle : "Tak adalah. Okey sahaja rasanya."
Michi : "Kenapa kau ke sini?"
Ruelle : "Sengaja. Kenapa? Tak boleh ke?"
Michi : "Aku risau kau akan letupkan gas nanti."
Ruelle sudah membuat muka geramnya dengan gurauan Michi.
Ruelle : "Sempat lagi dia menyindir aku."
Michi : "Ahaha.... Cuba kau rasa ini pula."
Ruelle : "Nanti. Ramai lagi makcik aku di sini yang boleh tolong kau merasa. Kenapa aku yang kena?"
Michi : "Hei, ini ujian memasak juga tau untuk kau."
Ruelle hanya membuat muka malas nak layan. Ada sahaja alasan Michi itu.
Michi : "Lagipun, kalau kau tak suka rasanya. Aku mungkin akan susah hati."
Muka Ruelle mula memerah sebaik sahaja Michi berkata sedemikian.
Setelah selesai memasak, mereka pun makan beramai-ramai. Ruelle bersama dengan sepupu perempuannya yang lain sementara Michi bersama sepupu lelakinya yang lain.
"So macam mana kau boleh berkenan dengan Ruelle?"
"Yelah. Kalau aku, aku tak nak sebab dia garang sangat...."
Sepupu lelaki Ruelle sedang rancak berborak dengan Michi.
Michi : "Hmm.... Sebenarnya, dia kawan aku masa kecil. Dia banyak dah tolong aku. Jadi aku tak boleh tolong selain jatuh hati dekat dia."
Ray : "Ahahah.... Kau orang ini kelakarlah. Kau kena tahu satu benda, Michi."
Michi : "Apa dia?"
Ray : "Ayah Ruelle sangat tak suka mana-mana lelaki yang nak try anak dara dia."
"Ye. Kak Rosette itu dulu selalu sahaja bawa boyfriend dia. Tapi sebab uncle, boyfriend dia dah tak tahan dan terus minta putus dengan dia."
Michi : "Dia pernah couple dulu?"
Ray : "Mestilah pernah. Cuma, exboyfriend dia tak tahan kena psycho dengan ayah dia. Itu yang dia orang putus."
"Sampai sekarang, Rosette mana ada boyfriend."
Michi hanya mampu membisu.
Ray : "So kau kalau betul-betul nakkan Ruelle. Kau kena berfikir panjang."
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...