Malam tersebut, Ruelle baru sahaja selesai mandi. Kebetulan pada ketika itu, telefon bimbitnya bergetar. Ianya panggilan video daripada nombor aneh. Dia pun melihat telefonnya.
Ruelle : "Michi ke? Haiz.... Aku tak bolehlah. Okey, Ruelle. Kau buat relax sahaja."
Agak lama kemudian, Ruelle pun menjawab panggilan tersebut. Michi sedang berada di meja pejabatnya yang dipenuhi dengan fail-fail yang bertimbun.
Michi pula sedang khusyuk dengan komputernya. Ruelle hanya membisu melihatnya yang begitu khusyuk sehingga tidak perasan yang Ruelle sudah menjawab penggilannya.
Michi : "Oh, kau dah angkat ke? Sekejap ye...?"
Michi selesaikan maklumat dalam komputer dan terus mengambil telefonnya. Muka Michi nampak sangat penat dan letih. Tambahan pula di tempatnya kelihatan agak gelap.
Ruelle : "Michi? Dekat sana pukul berapa sekarang?"
Michi : "Dekat sini beza tujuh jam daripada sana."
Ruelle hanya membuat muka malasnya. Ini yang malas kalau dia nak tanyanya soalan kepadanya.
Ruelle : "Kau memang suka buat aku mengira kan? Okeylah. Dekat sini sekarang pukul 8.00. So dekat sana, 9.00.... 10.00.... 11.00.... 12.00.... 1.00.... 2.00.... 3.00...?"
Ruelle sudah membuat muka pelik bercampur baur dengan terkejut apabila kiraannya terhenti pada pukul 3.00 pagi.
Ruelle : "Kau biar betul?"
Michi : "*Yawn.... Lebih kurang. Pukul 3.05 minit pagi. Hmm...."
Ruelle : "Apahal kau tak tidur lagi?"
Michi : "Kau tak nampak fail ini?"
Michi meletakkan fail yang sangat tebal di atas mejanya.
Michi : "Fail ini aku kena semak sebelum pukul 10.00 pagi esok. Kau rasa?"
Ruelle sudah berkerut dahi mendengarnya. Fail apakah yang begitu tebal tiu? Rasanya saiznya berganda dengan saiz kamus dewan bahasa.
Ruelle : "Mesti kau bertangguh kerja kan? Kalau macam itu, padanlah muka."
Michi : "Haiz.... Kau dengar ye, jadual aku hari ini. Pukul 8.00 aku kena semak fail laporan anak syarikat di zon A. Lebih kurang tebal fail ini tapi ada tiga."
Ruelle terkejut mendengar penjelasan daripada Michi.
Ruelle : "Biar betul? Kau ini dah macam kerja cikgu sahaja?"
Michi membuat muka malasnya ke arah Ruelle. Seraya dia menyambung bicaranya.
Michi : "Pukul 11.00 ada meeting. Sampailah pukul 12. 30. Lepas itu, aku sambung semak fail syarikat yang tadi itu. Sampailah pukul 2.00, rehat. Rehat pun setengah jam sahaja.... Kemudian, aku kena ke syarikat zon B untuk membuat pemantauan dan penilaian. Pukul 5.00 datang lagi laporan syarikat. Aku kena semak juga. Pukul 6.30, rehat kedua. Kemudian, ada meeting pukul 8.00 malam sampai pukul 10.000 Aku dah rasa macam tuition dah ini. Penatlah.... Dokumen ini sampai pukul 12.00 pagi tadi. Kau rasa?"
YOU ARE READING
White Truffle©
Любовные романыGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...