Keesokan paginya, mereka sudah bersiap untuk memulakan aktiviti seterusnya. Semestinya aktiviti kali ini lebih memenatkan daripada semalam.
Sampai waktu tengah hari, masing-masing sudah pancit. Kini sudah tibanya masa makan tengahari.
Neru : "Aku dah tak rasa tangan aku...."
Yuu : "Seriously penat hari ini."
Kageru : "Nasiblah lepas ini kita dah boleh buat aktiviti sendiri. Kalau tak, memang masaklah kita."
Shiba : "So lepas ini kau nak buat apa?"
Michi : "Aku nak tidur."
Jawapan yang ringkas dan padat dikeluarkan oleh Michi. Memang itulah satu-satunya benda yang mereka akan buat setelah penat berlatih seharian.
Neru : "Cadangan yang bagus."
Setelah selesai makan, pelajar lelaki masing-masing berehat dan hendak tidur petang. Namun berbeza pula situasinya pada Michi.
Neru : "Michi! Kau buat apa itu? Kau cakap, nak tidur tadi?"
Michi sedang membaca buku biologi di bahagian koridor bilik mereka.
Michi : "Memang pun. Tapi aku tak boleh nak tidur pula."
Neru : "Tak ada. Sini buku itu!"
Neru terus merampas buku Michi dan mencampaknya ke luar bilik. Geram sungguh Michi dengan perangai rakannya seorang itu. Nasiblah fizikal dia tersangat penat pada masa itu. Kalau tak, memang sudah kena hempuk si Neru ini.
Neru : "Done. Pergi tidur."
Michi : "Apahal kau dengki sangat, haa?"
Neru : "Ahah.... Good night~"
Neru dengan senang hatinya baring di atas tilamnya. Cukup dia iri hati apabila pelajar contoh itu membuka buku. Sepatutnya orang macam ini, dijadikan ikhtibar dan semangat. Ini sengaja nak sekat usahanya.
Michi : "Aku sepatutnya buka buku history tadi."
Neru : "Tak payah! Pergi tidurlah!"
Michi pun setelah di paksa, dia pun membentang tilamnya betul-betul di tepi dinding.
Shiba : "Kau dah cop situ dulu?"
Michi : "Aku tak nak tidur tengah. Nanti siaplah ada kaki siapalah terbang dekat aku nanti. Malam tadi dah ada yang kena penepak dengan aku."
Neru dan Shiba yang tidur mengapit Michi malam semalam hanya membuat muka tidak bersalah. Masing-masing hanya tersengeh kerang busuk. Masing-masing tidur lasak. Cuma Michi sahaja yang tidur tak selasak yang lain-lain. Mahu terbang kaki tangan semua.
Michi : "Nasib aku memang dah tak larat. Kalau tak, memang kau orang berdua bangun pagi dah ada dekat luar bilik."
Neru : "Ihihihih.... Manalah kita orang sedar malam semalam."
Michi kini tidak mempedulikan rakan-rakannya dan terus menarik selimut untuk beransur tidur.
🌸🌸🌸
Petang berikutnya, Michi dapat rasakan gegaran yang kuat di lantai. Gempa bumi ke? Gegaran itu telah mengejutkan Michi daripada tidur. Michi pun perlahan-lahan duduk dan mula menggeliat. Baru nak buka mata, sekali sebiji bantal menghentamnya.
YOU ARE READING
White Truffle©
RomanceGENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang rakan karib yang bergelar U-chan kepada Mi-chan sebelum mereka terpisah. Namun akhirnya, dia yang berjan...